12

163 33 24
                                    

Bella berjalan tanpa hala tuju. Selepas mendengar cerita Kai, dia betul - betul rasa bersalah terhadap Rian. Tanpa sedar, dia tiba di hadapan sebuah cafe. Tempat yang sama di mana dia berjumpa dengan Niel buat kali pertama.

Sweety Cafe merupakan sebuah cafe yang terkenal dengan kecomelannya. Ia amat sesuai untuk semua peringkat umur, daripada kanak - kanak sehinggalah dewasa.

Cafe yang diuruskan oleh seorang lelaki bernama Jackson, lelaki kacak dan menawan berdarah China yang berasal dari Hongkong itu sering menarik perhatian para pelancong yang datang berkunjung.

Bella tidak melangkah masuk ke dalam, sebaliknya hanya melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan di luar cafe. Tiba - tiba, matanya terpandang satu maskot yang baru melangkah keluar dari cafe itu.

Dia tersenyum melihat maskot itu, nampak comel je. Lebih - lebih lagi apabila maskot itu melambai ke arah orang yang lalu - lalang di kawasan itu. Tiba - tiba, maskot itu memandang ke arah Bella. Bella hanya menatapnya lalu tersenyum manis.

Maskot itu berjalan masuk ke dalam cafe. Bella hanya ketawa kecil melihat tingkah laku maskot itu, ey comel! Bella memandang kasutnya sebelum ada kaki lain yang muncul.

Sebaik sahaja dia mengangkat kepala, kelihatan maskot tadi sedang berdiri di hadapannya sambil menghulurkan aiskrim. Dia tersenyum lalu mengambil aiskrim itu.

"Terima kasih." Ucap Bella.

"Bunny." Panggil Bella memandangkan maskot itu berupa seekor arnab.

"Duduklah sebelah saya." Ajak Bella lalu menepuk tempat duduk kosong di sebelahnya, maskot yang dipanggil Bunny itu terus melabuhkan duduk.

"Saya panggil awak Bunny, boleh?" Tanya Bella, laju sahaja maskot comel itu mengangguk.

"Awak comellah." Kata Bella sambil ketawa.

"Bunny, saya sedih. Tadi, saya marah kawan saya sebab dia buat salah. Tapi, baru je beberapa minit lepas saya tahu kenapa dia buat macam tu. Awak rasa kalau saya minta maaf, dia akan maafkan saya tak?" Tanya Bella, Bunny mula membuat isyarat menggunakan tangan.

[ Bila kita sedar yang kita dah buat salah, jalan terbaik ialah meminta maaf. Walaupun dah banyak kali kita minta maaf tapi dia tetap tak maafkan, itu bermaksud dia masih perlukan masa. Kita kena sabar. 

Sekurang - kurangnya, kita dah cuba untuk dapatkan kemaafan daripada dia. Kita dah jalankan tanggungjawab kita sebagai orang yang buat salah. Dan yang paling penting, kita dah sedar dekat mana salah kita. ]

"Yeah! You're right, Bunny! Thanks!" Ucap Bella lalu terus memeluk Bunny.

"Saya dah dapat idea nak buat apa. Nanti saya datang lagi untuk jumpa awak, pergi dulu tau! Bye!" Ucap Bella sambil melambaikan tangannya, Bunny membalas lambaiannya sehingga gadis itu hilang daripada pandangan.

***

"Aku harap Rian suka dengan hasil tangan aku ni." Ujar Bella sambil tersenyum ketika melihat hasil air tangannya.

"Bel, kau buat apa?" Tanya Kai yang tiba - tiba datang ke dapur.

"Aku nak mintak maaf dekat Rian lah." Jawab Bella.

"Don't worry, Bel. Rian tu nampak je dingin, tapi hati dia lembut. Dulu Rian tu happy go - lucky orangnya, tapi tu lah. Pengalaman boleh ubah personaliti seseorang." Ujar Kai.

"Aku harap dia boleh jadi macam dulu balik." Ucap Bella tanpa sedar.

"Not just you. But, me too. Aku, Fara, Izz dengan Niel pun harapkan benda yang sama." Balas Kai.

"Korang semua dah lama kenal ke?" Tanya Bella.

"Lama jugalah. Sejak aku start hidup berjauhan dengan kau dan appa, dioranglah yang selalu ada dengan aku." Balas Kai lalu tersenyum.

"So maksudnya sekarang ni Rian tak move on lagilah daripada cinta pertama dia?" Tanya Bella.

"Dia dah move on. But like I said, dia trauma untuk jatuh cinta." Balas Kai.

"Macam mana dia nak tangani trauma kalau dia tak cuba?" Ujar Bella.

"Dia bukan tak cuba, tapi dia tak boleh. Rian tu selalu bagi derma dekat rumah anak - anak yatim dan dia selalu pergi melawat rumah orang - orang tua. That's why ramai perempuan yang jatuh sayang, tapi dia tak boleh nak terima diorang." Cerita Kai.

"Kita tak boleh buat apa - apa ke untuk tolong dia?" Tanya Bella.

"Buat masa sekarang, aku rasa biarlah dulu." Balas Kai.

Sebenarnya, aku nak kau yang buat, Bel. Aku nak kau yang tolong Rian, that's why aku cerita tentang dia dekat kau. Aku nak beritahu sekarang, tapi ada sesuatu yang buat aku rasa terhalang.

***

"Kai, kelas Rian dekat mana ea?" Tanya Bella sebaik sahaja mereka berdua tiba di sekolah.

"Kelas dia dekat 5V - 1." Jawab Kai.

"Okey, aku pergi dulu. Bye!" Ucap Bella lalu terus berjalan ke destinasinya.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum." Ucap Bella, semua pelajar memandang ke arah pintu kelas lalu mula berbisik - bisik.

"Eh, tu bukan junior kita yang dapat lompat kelas tu ke?"

"Dah lah bijak, cantik pula tu! Memang perfect lah!"

"Manusia ke bidadari ni?"

"Waalaikumussalam. Ya, cari siapa?" Tanya gadis yang berbaju biru bernama Balqish, seorang pengawas sekolah.

"Saya cari Rian. Dia ada tak, akak?" Tanya Bella sopan.

"Ouh, Rian. Rian! Ada orang cari kau ni!" Kata Balqish sambil memandang ke dalam kelas.

"Kejap lagi dia datang." Kata Balqish.

Gadis itu tersenyum sebelum berlalu masuk ke dalam. Pada masa yang sama, Rian melangkah keluar. Balqish yang berselisih dengan Rian tersenyum nakal.

"Apa?" Tanya Rian tanpa nada.

"Nah." Jawab Bella sambil menghulurkan sebuah kotak bersaiz sederhana.

"Apa ni?" Tanya Rian.

"Hadiah minta maaf. Saya mintak maaf sebab marah - marah awak semalam." Ucap Bella.

Rian menayang wajah pelik. Semalam kemain marah - marah, harini tiba - tiba mintak maaf. Siap bagi hadiah bagai. Namun Rian tersenyum nipis lalu mengambil kotak itu, Bella terpaku.

"Rian, awak...senyum." Ujar Bella gembira.

"Mana ada." Cepat - cepat lelaki itu menafikannya.

"Saya nampaklah, Rian. Okeylah, saya pergi dulu tau. Bye!" Ucap Bella lalu terus beredar.

Rian tersenyum nipis sebelum melangkah masuk.  Baru sahaja hendak melangkah ke tempat duduk, dia sedar bahawa perhatian seluruh kelas sedang tertumpu ke arahnya.

"Amboi, Rian. Junior tadi tu awek kau ke?" Tegur classmatenya Ashraf dengan nada mengusik.

Rian hanya menayang wajah bosan lalu terus melangkah ke tempat duduknya yang terletak di bahagian paling belakang. Dia mengambil nota yang dilekatkan pada kotak yang diberikan oleh Bella tadi.

•••

Saya minta maaf sebab marah awak semalam. I'm so sorry, Rian. By the way awak senyumlah, sikit pun takpe. Kalau awak senyum confirm nampak makin handsome, lagi senang awak nak pikat hati saya nanti. Cia, cia, cia.

•••

"Berani kau ea." Kata Rian sendiri lalu menggelengkan kepalanya.

***

Gomawo for your votes, reads and comments 💚

kerana dia salsabella ✔︎Where stories live. Discover now