💞- Thirthy

52 9 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[ Author's side ]

Jam menunjukkan jam 2 pagi. Selewat itu mereka meluangkan masa, berbual, Ten sangat puas dengan sesi mengenali pasangannya itu. Namun Lisa tidak banyak bercerita seperti dirinya.

"Kenapa awak tak cerita tentang kisah awak?" Soal Ten.

Lisa tersenyum. "Bukan ke awak dah tahu semua tentang saya?" Soal Lisa.

"Maksud awak?"

"Sejak kita kenal, dari zaman trainer lagi, hanya saya yang bercerita pada awak tentang diri saya. Apa yang terjadi pada hari-hari yang saya lalui, saya ceritakan semua pada awak tanpa saya tanya awak, 'how's your day?' 'harini awak buat apa je?, Apa yang jadi harini?'. Selama ini, saya tak sedar awak pendengar yang baik, selalu tanya tentang saya, ambil berat pasal saya, tanpa awak complain atau compare masalah yang awak hadapi. Saya tak tahu pun awak hampir kena buang company sebab kecederaan awak masa awal debut dulu, saya tak tahu pun awak kesempitan duit semasa trainee dulu, sebab awak tak pernah cerita. Bukan awak taknak cerita tapi awak tak ada kesempatan nak cerita pada saya. Setiap kali kita call, atau chat, hanya saya sahaja yang menceritakan masalah saya tanpa saya sedari awak juga mengalami kesusahan ketika itu." Ucap Lisa panjang lebar.

Ten terdiam seribu bahasa. Hatinya terusik. Sungguh mendalam kata-kata Lisa itu, namun dia tidak pernah mahu Lisa mengerti dirinya, cukup dia sentiasa berada disisi Lisa. Dia tidak mahu Lisa membebani dirinya setelah mendengar masalah Ten.


"T-tapi saya tak bermaksud..." Tak sempat Ten menghabiskan ayatnya, Lisa memegang salah satu tangan Ten.

"Its okay. Saya faham. Bukan awak taknak cerita, mungkin sebab waktunya tak sesuai. Awak taknak saya serabut dengan masalah awak bukan?" Soal Lisa, Ten mengangguk.

"Kalau awak tak cerita tentang diri awak hari ini, mungkin saya tak tahu sampai bila-bila. Bila saya tahu tentang awak hari ini, saya rasa bersyukur... Yang pertama, sebab saya tersedar bahawa kita berdua harus lebih terbuka selepas ini, masalah awak, masalah saya juga kerana kita bakal berumah tangga. Yang kedua, saya rasa bersyukur kerana saya dah kenal awak dengan lebih dalam lagi." Kata Lisa, sambil mencubit pipi Ten.

Ten terkedu. Rasa terharu dengan dikatakan Lisa.

Rasa hatinya berbunga-bunga. Mahu sahaja Ten mencium bibir gadis itu.


Namun ini bukan waktu yang sesuai. Betul tak guys? 🤭😉


"Mulai hari ini, tiada rahsia diantara kita." Ujar Lisa. Ten mengangguk perlahan.

"Ya, tiada rahsia diantara kita."

"Janji?" Lisa menghulurkan jari kelingkingnya.

"Janji." Ten menyambut jari kelingking lisa, dan mereka menyilangkan jari kelingking mereka, ber - 'pinky promise'.

"Saya bersyukur kerana awak lah bakal isteri saya." Ujar Ten, lalu mencium tangan Lisa.


Chupp

Dikucupnya sekali.

Kemudian,

Chuppp

Dikucupnya buat kali ketiga tangan gadis itu.


Dilihatnya jari jemari Lisa, yang bakal dia sarung cincin di hari pernikahannya kelak.

'aku yakin, kau bakal milikku, Lalisa'

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sementara itu,

"Bam, tolong cari Lisa. Pakcik kena halang dia."

Bambam membaca mesej dari seseorang.

Bersambung-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bersambung-

『𝐂』 Hey, Jom Kahwin Run! • Ten • nct Where stories live. Discover now