💘 - Five

685 119 96
                                    

Okay, Jom ambil feel HJKR! ~ sowy sis lambat update sebab busy kijo.

💘 Here we go~

.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[ Author's side ]

[ Author's side ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


   

           Disebabkan dua-dua tak boleh duduk sekali, akhirnya Lisa dan Ten duduk berasingan tempat.

          Ten duduk bersendirian di tempat duduk belah kanan pesawat, manakala si Lisa pula duduk sorang-sorang di belakang, dan dibelah kiri.

Keadaan kembali aman....

..... seketika.

         1jam berlalu begitu sunyi, membuatkan Ten kembali hidup tak tenang. Ten mana boleh tengok Lisa hidup aman. Rasa dengki dalam diri Ten akan gadis bernama Lalisa itu membuak-buak apabila suasana dalam pesawat itu aman damai tanpa gangguan. Dalam diam dia menoleh kepala untuk melihat apa yang Lisa lakukan. Ternyata gadis itu sedang tidur.

Tidur lagi!

              Asyik tidur je Lisa ni. Ubat apa yang YG bagi pada Lisa pun, entah Ten tak tahu kerana dari awal pagi tadi sehingga lah sekarang Lisa kelihatan penat dan mengantuk.

               Lisa ke airport tanpa pengetahuan managernya. Kononnya dia mahu pulang ke thailand untuk bercuti sendiri bersama keluarganya. Tetapi keluarga Lisa tidak mengetahui hal ini. Lisa memberitahu managernya bahawa dia mahu membuat kejutan untuk keluarganya semperna menyambut anniversary perkahwinan ibu dan ayahnya.

                Sebelum terbit fajar pagi, Lisa sudah tercegat di lapangan terbang bagi mengelak dari peminat.

              Ten pula memberitahu managernya bahawa dia ada hal penting yang harus dibuat di Thailand. Pada awalnya pengurusan SM tidak membenarkannya pulang, kerana dia masih aktif di China sebagai ahli WayV. WayV pula baru sahaja selesai comeback sebulan yang lalu. Akibat kesihatan Ten yang kebelakangan ini memburuk dan Ten mengalami beberapa kecederaan semasa latihan, SM dan Level V bersepakat mahu memberi Ten cuti yang panjang. Dengan kesempatan itu, dia mengajak Lisa untuk melaksanakan misi gila mereka di Thailand. Iaitu berkahwin lari.

『𝐂』 Hey, Jom Kahwin Run! • Ten • nct Where stories live. Discover now