(NEW 2023) 💞 - Thirty eight

46 11 15
                                    

Yesss, lagi 2 chapter nak end!! Selamat membaca semua!!



[ Author's side ]

[ Author's side ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



       Ten pergi ke tokong tempat mereka sepatutnya disatukan. Tiada persiapan majlis, tiada tetamu yang hadir, yang ada hanya sami yang mahu melakukan ibadah.

        Semuanya sudah batal. P'Nanon sudah menerangkan perkara itu kepada penjaga kuil. Semuanya selesai dengan baik, tanpa salah faham.

Ten kesini bukan untuk menjadi pegantin lelaki, dia kesini untuk berdoa.

"Wahai putra raja, sudahkah kau mendapatkan bintang?" Soal tok sami yang entah dari mana datangnya, berdiri disebelah Ten.

Ten menoleh, memandang tok sami tersebut.

"Maksud mu?"



"Ya, bintang yang kau kejar? Dia sedang menunggumu disana." Kata Tok sami tersebut, sambil mengukir senyuman.

"Langit itu luas, dan ada bintang yang kau kagumi. Tapi, saranku.. kau jangan berputus asa untuk mengejarnya. Aku yakin, Bintang itu akan sentiasa bersinar denganmu." Balas Tok sami membuatkan Ten mengerutkan keningnya, tak mengerti dengan kata-kata tok sami tersebut.



Bintang?

Oh! Tilikan di tokong Wat Phra That Doi Suthep!


"Kau akan mendapatkan bintang."

Itu tilikan tok sami disana! Ia berkaitan bintang yang ada kena mengena dengan dirinya.

"Bintangmu sedang menunggumu disana. Ya, disana." Ujar Tok Sami lagi, sambil menunjukkan kearah tokong kecil yang tak jauh dari mereka.

-



           Ten pun melangkah perlahan memasuki tokong lama, sederhana kecil itu seperti diarahkan oleh tok sami budha tadi.

Ten tersenyum melihat seseorang dihadapannya.

Gadis cantik persis bidadari. Itu dia, Lalisa Manoban.

        Ten yakin dia sedang berhalusinasi. Membayangkan Lisa memakai baju perkahwinan adat Thailand berwarna putih, berdiri dihadapannya.

Sungguh indah. Ten sangat merindui sosok wanita yang tidak pernah menjadi haknya itu. Meski angannya untuk berumah tangga musnah begitu sahaja, tidak salah berhalusinasi seperti peminatnya yang 'ber-halu' mengahwini bias mereka.


『𝐂』 Hey, Jom Kahwin Run! • Ten • nct Where stories live. Discover now