.
Ayangku, jom la spam komen dan vote = voment. Nanti sis lanje update lagi. Nak tak?
Ambil feel sikit, dan jangan pernah move on dari trailer / teaser sis yaya yang noob ni. Uhuk— 😭
.
[ Author's side ]
Mereka tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok tepat jam 4pagi. Ten dan Lisa turun dari pesawat dengan memakai mask mulut dan topi bagi mengelak mereka dikenali orang lain.
"Penatnyaaa..." Rungut Lisa, membetulkan topinya.
"Jom." Ajak Ten, yang sudah menggenggam tangan Lisa.
"Apa pegang-pegang ni?" Soal Lisa, cuba menarik tangannya dari tangan Ten.
"Kita kan nak kahwin tak lama lagi. Kau kena biasakan diri, sayang." Balas Ten selamba, mengenggam erat tangan bakal isterinya.
Lisa terdiam, hanya mengikuti kata Ten. Betul cakap Ten tu, dia harus membiasakan diri, tak lama lagi nak bergelar isteri Ten. Oh, tak lama lagi Lisa akan jadi Lalisa Leechaiyapornkul.
Nasib baik lah Lisa memakai mask mulut, kalau tak, mesti dah kena kecam dengan Ten sebab rona pipi Lisa berubah merah seperti buah tomato.
Tiba-tiba telefon pintar Ten berdering, lalu Ten mengangkatnya.
"Hello Tern, wassup sis. Pe cite?"
"Phī̀ chāy (abang), peminat kau dah tunggu kat airport ni." Jawab adik Ten iaitu Tern.
"What?"
YOU ARE READING
『𝐂』 Hey, Jom Kahwin Run! • Ten • nct
FanficStatus : COMPLETE ✅ ❝ Kau rasa.. kalau aku kahwin lari dengan kau, YG dan SM tahu tak? ❞ - Ten Chittaphon Leechaiyapornkul Kisah dua Idol yang nak kahwin lari ke Thailand tanpa pengetahuan agensi mereka. Tapi kenapa nak kahwin lari kalau boleh kah...