(NEW 2023) 💞 - Thirty six

47 9 4
                                        

      
2023! Kak yaya akan cuba habiskan dan buat buku baru untuk korang! Skkssk

Harap korang sudi baca cerita ni sampai habis. Thank you so much ❤️


🖤

❤️


[ Author's side ]

         Ten cuba menghubungi Lisa berkali-kali, namun yang jawabnya hanya Operator

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Ten cuba menghubungi Lisa berkali-kali, namun yang jawabnya hanya Operator. Dia tdak dapat dihubungi. Mungkinkah telefon bimbitnya kehabisan bateri?

Ten terduduk, memegang kepalanya yang sakit.

Penat. Dia penat berlari mencari Lisa sehingga dia rasa tak berdaya. Hari pula sudah petang.

Senja.

Jam menunjukkan pukul 6 petang, langit juga sudah gelap.

Semuanya sia-sia.

Bukan Lisa hilang, namun hatinya yakin Lisa yang lari menghilangkan diri. Tapi Ten memujuk hatinya, mengatakan mungkin Lisa tersesat atau...

Dia memang mahu pergi dari Ten.

Chatnya tidak dibalas. Cuma di- 'seen'.

Meski begitu, Ten masih berfikiran positif, mungkin Lisa tersesat dan tak tahu jalan pulang.

"Ten, ..." P'Nanon memegang bahu Ten.

"Lisa dah pergi. Dia akan pulang ke Bangkok." Kata P'Nanon.

"Bagaimana kau tahu..?" Soal Ten, dengan suara yang perlahan, tak berdaya. Hatinya hancur, sedaya upaya dia cuba mengawal perasaannya agar air mata jantannya tidak mengalir.

"Dia.. dia mengirimkan aku voice note. Ini.." P'Nanon membuka voice note dari Lisa.

"P'Nanon pulang lah, jangan cari aku. Aku sudah bertekad untuk pulang ke Bangkok untuk bertemu keluargaku. Aku takkan teruskan perkahwinan bodoh ini. Terima kasih untuk semua yang kau lakukan." Pesan Lisa.

Ten terkekeh, "Perkahwinan bodoh?" Ten cuba menahan perasaan sakit itu.

"Dia kata perkahwinan ini perkahwinan bodoh?" Ulang Ten, membuatkan P'Nanon turut sebak.

"Dia tak tahu aku sanggup berkorban demi dia. Dia tak tahu, aku buat semua ni demi dia." Ujar Ten dengan hati yang hancur. Sungguh.

"Dalam hidup aku, aku tak pernah rasa aku diperbodohkan oleh cinta. Aku benar-benar mencintainya! Aku tak pernah anggap perkahwinan ini bodoh, perasaan ini bodoh, semua usahaku semua bodoh!" Teriak Ten, akhirnya dia menangis.

"Haha, selami dia tak mencintai aku. Semalam tu, dia cum tipu aku. Haha bodohnya aku sebab percaya dan berharap dia mencintai aku." Ten mengukir senyuman menyedihkan.

"Macam tu je dia pergi tinggalkan aku? Esok perkahwinan kita. Kau dah bersusah payah tempah dan mempersiapkan semuanya, namun dia tetap memilih pergi tanpa memberitahu aku sendiri sebabnya. Aku minta maaf Nanon, aku dah banyak susahkan kau." Kata Ten, lalu P'Nanon memeluk sahabatnya itu.

        P'Nanon turut menangis, kasihan dengan Ten. Dia tahu mesti Ten sungguh kecewa saat ini. Ten tak pernah menangis dihadapannya. Ini kali pertama dia melihat Ten sesedih itu.

"Sabarlah Ten, dia bukan jodoh kau." Bisik P'Nanon, mengusap belakang Ten bagi menenangkan Ten.

Tangisan Ten semakin kuat, dia menghiraukan orang sekeliling yang melihat mereka. Biarkan mereka melihat Ten yang sedang kesedihan, biar mereka bersimpati dengan Ten, kerana pengantin perempuannya lari pergi meninggalkan dia sehari sebelum majlis pernikahan mereka.

Ten betul-betul hancur.

       

.
.
.
.
.
.

Lisa juga, hati dan jiwanya turut hancur.

       Langit sudah gelap, hujan gerimis mula turun membasahi tanah Chiang Mai. Lisa hanya memerhati tangisan awan dari cermin kereta. Mereka akan ke rumah saudara Bambam, di Chiang Mai.

Dia tidak mahu ke Bangkok, dia malu untuk bertemu dengan bapanya.

Bapanya pasti sangat murka dengannya,
Hati Lisa takkan dapat bertahan jadi biarkan Lisa menenangkan diri dahulu di Chiang Mai. Esok pagi, mereka akan berangkat ke Bangkok.

"Kau okay?" Soal Bambam, yang mula khuatir dengan Lisa yang tidak bersuara dari tadi. Wajahnya sungguh pucat.

Lisa tidak menjawab.

"Lisa... Aku dah putus dengan Mina." Kata Bambam.

Deg!

Akhirnya, Lisa menoleh kearah Bambam.


"Aku dah tak mencintainya, sebab aku baru sedar.. aku mencintai orang lain." Sambung Bambam.

"jangan cakap... Ak—"

"Ye kau. Aku mencintai kau." Bambam berterus terang.

" Bambam berterus terang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Bersambung...

      

      

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
『𝐂』 Hey, Jom Kahwin Run! • Ten • nct Where stories live. Discover now