.
Sebelum baca tu, ahjom amek feel dulu dengan tengok trailer sis — boleh jadi lagu opening ff ni sjsjsjsjk 😂✊❤️💕
.
[ Author's side ]
Ten menolak kepala Lisa yang sudah terlentuk dibahunya. Ya, Lisa tertidur akibat terlalu penat. Ten pula entah kenapa tidak dapat melelapkan matanya. Sudah dua jam mereka berada dalam kapal terbang menuju ke Thailand.
"Ishk berat lah kepala kau ni. Dasar kepala batu." Rungut Ten. Lisa masih tidak terjaga dan dibuai mimpi indahnya. Lisa bila dah tidur, memang tidur mati weh. Kalau Bom meletup sebelah telinga dia pun, dia tak bangun! Telinga kalis bunyi si Lisa ni-
Baru sahaja Ten mahu menangkap pokemon dalam gadjet Nintendonya, kepala Lisa kembali landing di bahu tegapya.
Niatnya mahu menangkap pokemon paling rare dalam permainan video itu kembali terbantut. Ten mula rasa ralat dan rimas.
"Lisa, bangun! Yah, Bangun! Yah!" Kejut Ten yang mula rimas dengan Lisa.
Lisa masih tidak terjaga.
"Ey air liur kau meleleh! Jijik lah!" Ten menolak kepala Lisa setelah melihat air liur Lisa hampir meleleh dibahunya. Ten menolak kepala gadis itu dengan sekuat hati sehingga Lisa hampir terjatuh ke tepi.
"Eh eh cik hati-hati!" Nasib baiklah ada pramugara lelaki yang kebetulan mahu menghidangkan makanan kepada mereka, dia terus menyambut tubuh Lisa. Entahlah datang dari mana Pramugara kacak ini. Seperti didalam K-drama dimana sang hero akan muncul dari ceruk mana entah untuk menyambut sang heroin. Fuh fuh-
YOU ARE READING
『𝐂』 Hey, Jom Kahwin Run! • Ten • nct
FanfictionStatus : COMPLETE ✅ ❝ Kau rasa.. kalau aku kahwin lari dengan kau, YG dan SM tahu tak? ❞ - Ten Chittaphon Leechaiyapornkul Kisah dua Idol yang nak kahwin lari ke Thailand tanpa pengetahuan agensi mereka. Tapi kenapa nak kahwin lari kalau boleh kah...