08

338 70 22
                                    

"Hyung, kau nak pergi mana cepat sangat ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hyung, kau nak pergi mana cepat sangat ni." Hendery menegur Sicheng yang seperti terburu-buru itu.

Tangannya laju mengemas barang - barangnya yang berada diatas meja dan dimasukkan ke dalam beg galasnya.

"Adalah." Sicheng menjawab ringkas, langsung tidak memandang kearah Hendery. Terakhir sekali, laptopnya dimasukkan ke dalam beg dan dengan pantas kakinya melangkah keluar daripada kuliah itu.

Jam tangannya ditelek buat kali ketiga. Dia sudah agak terlambat untuk menjemput Sooyun. Dia mula berasa menyesal kerana menipu Sooyun tadi.

Sememangnya dia mempunya kelas lain untuk IT. Tetapi disebabkan rasa gementarnya dan dia sedaya upaya untuk mengelak untuk berbual dengan Sooyun, dia telah menipu gadis itu.

Tempat parker kereta menjadi tujuannya. Baru sahaja dia menekan punat pada kunci keretanya, seseorang telah menahan tangannya.

"Kau nak pergi mana terburu-buru sangat ni?" Sicheng berpaling kearah orang yang menegurnya itu. Jaehyun. Sicheng terdiam seketika. Rasa bersalah mula menguasai dirinya.

"Tak- aku pergi dulu." Sicheng melepaskan pegangan daripada tangan Jaehyun itu dan memasuki perut keretanya sebelum kereta itu meluncur laju keluar daripada kawasan universiti.

--

Sooyun melihat jam pada dinding rumahnya. Sudah lebih sepuluh minit daripada waktu yang telah dijanjikan oleh mereka berdua.

"Kau nak pergi mana?" tanya Minyoung yang baru keluar daripada dapur dengan secawan kopi pada tangannya. Dia merenung kawannya yang sedang menunggu di kerusi berdekatan dengan pintu masuk rumah.

"Keluar dengan Sicheng." jawab Sooyun tenang, dia masih fokus pada telefonnya. Minyoung membuntang mendengar jawapan Sooyun itu. Cawan kopi itu diletakkan semula diatas meja dan kakinya berlari anak mendekati Sooyun.

"Kau dengan dia dah bercinta ke?" tanya Minyoung teruja. Sooyun menoleh memandang Minyoung yang sudah terseyum teruja. Sooyun mengangkat bahu, tidak tahu. Sama ada ya atau tidak?

"Kau terima ke luahan dia malam tu ?" tanya Minyoung lagi, dia tidak berpuas hati dengan jawapan Sooyun tadi. Tetapi Sooyun hanya mendiamkan dirinya, tidak menjawab persoalannya.

Sebaik sahaja Sooyun mendengar bunyi enjin kereta kedengaran pada luar rumahnya, dia lantas bangun daripada duduknya dan melangkah ke luar rumah.

Bibirnya mengukirkan senyuman gembira apabila melihat wajah Sicheng daripada dalam kereta. Kasutnya disarungkan dan dia melangkah masuk ke dalam kereta Sicheng.

"Hai!" Sooyun menegur teruja. Sicheng hanya menjawab tegurannya dengan anggukan. Dia kekok.

"Enjoy your date Sooyun!" Serentak mereka berdua memandang kearah dalam rumah. Minyoung sedang melambai dan tersenyum nakal pada mereka berdua. Membahang wajah Sicheng mendengar kata-kata Minyoung itu.

--

"Kau nak apa?" Sicheng menoleh kearsh gadis yang lebih pendek daripadanya itu.

"Mango cake dan Iced chocolate."

"Ice latte" Lelaki itu menghulurkan beberapa keping not duit daripada beg dompetnya dan mengambil buzer sebelum mereka mengambil tempat duduk berdekatan dengan cermin besar kafe.

Anak matanya merenung kearah luar kafe itu. Melihat orang ramai yang lalu-lalang disepanjang jalan itu. Cuaca pada hari ini juga bagus, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Sooyun memandang kearah Sicheng yang ralit termenung ke luar kedai itu sehingga tidak menyedari buzer yang telah berbunyi itu. Sooyun mengambil buzer yang berada di hadapan Sicheng itu dan melangkah kearah kaunter untuk mengambil pesanan mereka.

"Sicheng?" Sooyun menegur lelaki itu. Dia mula tersedar daripada khayalannya dan memandang kearah minuman yang dipesan olehnya tadi.

"Maaf, aku tak perasan." kata Sicheng perlahan. Sooyun menggeleng laju.

"Tak apa."

"Sicheng." Sicheng mengangkat wajahnya bagi melihat anak mata gadis itu.

"Kau ada adik beradik?" Dia mengangguk perlahan. Dia menunjukkan satu jarinya yang bermaksud dia mempunyai seorang adik beradik.

"Adik?" Sicheng mengangguk sekali lagi dengan soalan Sooyun itu. Sooyun mengemam bibirnya. Dia seakan bercakap dengan dirinya sendiri sekarang. Sicheng hanya mengangguk dan menggeleng dengan setiap soalan yang dilontarkan padanya.

"Sicheng, kalau kau tak suka. Kita boleh balik je." Sooyun memaksa dirinya untuk tersenyum. Salahnya juga kerana seperti mendesak Sicheng untuk keluar bersamanya hari ini.

Dan semua ini tidak seperti yang dibayangkan olehnya. Sicheng sememangnya hanya mendiamkan diri dengannya. Dia berasa bersalah kerana memaksa lelaki itu.

Sooyun bangun daripada duduknya, beg tangannya diambil dan ingin melangkah pergi tetapi pergelangan tangannya sempat ditangkap oleh Sicheng.

Sicheng menarik tangan itu semula untuk duduk di tempatnya. Tersentak Sooyun apabila dia dapat merasakan pegangan Sicheng pada kulitnya. Sicheng mengeluh perlahan sebelum berkata.

"Aku cuma kekok." jawab Sicheng perlahan. Belakang tengkuknya diusap sambil menunduk memandang meja. Sooyun kembali tersenyum ceria dan mengangguk perlahan.

"Jadi makan ini." Sooyun menyuakan sesudu kek mangga di hadapan wajah Sicheng. Sicheng berkelip beberapa kali, dia teragak-agak untuk membuka mulutnya.

Apabila kelihatan senyuman gadis itu mulai luntur dengan cepat dia mengangakan mulutnya. Sooyun menyuapkan sesudu kek itu ke dalam mulutnya. Hati gadis seakan-akan sedang meloncat kegembiraan sekarang

Sicheng tersenyum kecil melihat reaksi teruja Sooyun itu.

Sicheng tersenyum kecil melihat reaksi teruja Sooyun itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

esok kelas online ;-;

[C] I Love You | DSC Where stories live. Discover now