"Argh." Kelopak matanya dibuka apabila dia sudah tersedar. Matanya memerhati kearah sekeliling. Ah dia sudah berada di dalam bilik tidurnya. Apa yang jadi semalam?
Dia langsung tidak dapat mengingatinya. Setelah dia pulang ke Seoul semula setelah majlis pengebumian ayahnya, dia pergi minum seorang diri sebelum pulang ke rumah. Ingatannya terhenti disitu.
Kepalanya berpusing dan berdenyut. Sakit sangat. Agaknya memang banyak yang dia minum semalam sehingga dia tidak boleh mengingati langsung kejadian semalam.
Sooyun bangun daripada katil dan keluar daripada bilik tidurnya. Perlahan-lahan dia menuruni tangga sambil berpaut pada dinding, dia masih tidak boleh berdiri dengan stabil.
"Kau dah bangun?" Sooyun menoleh kearha ruang tamu, Minyoung sedang duduk sambil bermain dengan telefonnya. Sooyun hanya mengangguk dan berjalan mendekati dapur.
Dia mengambil gelas dan menuangkan air kosong ke dalam gelas itu. Tekaknya masih terasa perit. Rakus dia meminum air itu.
"Kenapa kau tak balik terus semalam?" tanya Minyoung apabila dia dapat merasakan kehadiran Sooyun disebelahnya. Dia memandang sekilas kearah Sooyun yang sedang memicit-micit kepalanya yang masih berdenyut itu.
"Aku cuma... terlalu banyak masalah yang jadi sekali gus." Sooyun mengeluh perlahan. Kejadian pada minggu lepas mula bermain-main difikirannya. Mendapat berita tentang pembedahan ayahnya yang gagal dan Sicheng yang salah faham padanya.
Cukup membuatkan dia tertekan sekarang. Banyak perkara yang difikirkan sekarang. Dia sepatutnya mengambil cuti untuk melawat ayahnya, dan dia akan dapat berjumpa dengannya untuk kali terakhir.
Salah faham ini juga tidak akan terjadi.
"Sampai kau call Sicheng untuk ambil kau?" kata-kata Minyoung itu membuatkan Sooyun terkejut. Matanya membuntang memandang kearah Minyoung.
"Ak-aku call Sicheng?" Sooyun meraup wajahnya kasar apabila dia mendapat anggukan daripada Minyoung. Jung Sooyun kau dah gila ke? Kenapa kau telefon Sicheng dalam banyak-banyak orang!
Sudahlah tabiat mabuknya memang buruk, dan yang paling dia geram, dia langsung tidak dapat mengingati semua kejadian semalam. Entah berapa banyak yang dia merepek pada Sicheng.
"Weh kau dah lambat." kata Minyoung tenang sambil memandang kearah jam dinding. Sooyun yang baru teringat tentang kelasnya pada tengah hari ini secepat mungkin berlari masuk ke dalam biliknya semula.
"Tapi siapa yang hantar aku?" Sooyun memberhentikan langkahnya diatas tangga. Dia tidak mahu apa yang difikirkannya ini betul. Bukan Sicheng kan...
"Sicheng lah yang hantar kau."
Bagus Jung Sooyun.
--
"Maafkan saya Prof." Sooyun menunduk sedikit kepada Mr. Park yang sedang mengajar di depan. Mr.Park hanya mengangguk dan membenarkan Sooyun masuk. Haih dia telah terlambat 15 minit. Nasib baik dia tidak dimarahi.
Kakinya melangkah kearah Yihyun. Matanya tertangkap pada Jaehyun yang duduk disebelah Yihyun. Kenapa pula Jaehyun duduk disebelah Yihyun ini? Selepas kejadian minggu lepas, dia tidak selesa apabila bertemu dengan Jaehyun.
Sooyun melabuhkan punggungnya disebelah Yihyun dan mula fokus pada slide yang sedang dipasang di hadapan.
--
"Sooyun!" Sooyun yang baru sahaja melangkah keluar daripada bilik kuliah itu menoleh kearah suara garau yang memanggilnya. Sooyun memandang Jaehyun sekilas sebelum dia menarik tengan Jaehyun untuk keluar.
Mereka berdua sedang menghalang pintu masuk kuliah. Sooyun melepaskan pegangan tangannya pada pergelangan Jaehyun dan berdehem.
"Kenapa?" Sooyun cuba berlagak tenang. Tipulah jika dia tidak berasa gugup dengan Jaehyun. Walau apapun yang berlaku, dia tidak boleh mengubah fakta yang Jaehyun tetap merupakan bekas teman lelakinya. Kadang-kadang dia memang berasa kekok dengan Jaehyun.
"Macam mana dengan mak kau?" tanya Jaehyun. Sooyun hanya mengangguk. Tidak sangka Jaehyun akan bertanya tentang ini padanya.
"Jadi aku pergi-" Baru sahaja Sooyun mahu melarikan dirinya, Jaehyun terlebih dahulu memotong percakapan Sooyun.
"Kau ada jumpa Sicheng?" soal Jaehyun. Sooyun terdiam. Tak akanlah dia nak menceritakan hal malam semalam. Dia mabuk dan Sicheng membawanya pulang ke rumah? Tidak akan dia bercakap tentang hal ini kepada sesiapa lagi. Cukuplah dia malu apabila melakukan hal itu di hadapan Sicheng.
"Aku-" suara Sooyun mula mengendur apabila dia menangkap figura Sicheng yang berada tidak jauh daripada mereka. Jaehyun yang perasan akan perubahan wajah Sooyun itu menoleh ke belakang.
Sicheng sedang berjalan mendekati mereka. Sooyun mula berasa gementar. Buat kali pertama dia berasa gelisah sebegini apabila mahu berhadapan dengan Sicheng. Padahal sebelum ini yakin sahaja apabila dia mengusik Sicheng.
"Si- Sicheng..." Jaehyun juga turut terkejut. Badannya sudah berpaling kearah Sicheng. Mereka berdua memandang Sicheng tanpa mengeluarkan suara.
Lelaki itu berdiri di hadapan mereka dan memandang mereka berdua bersilih ganti dengan pandangan kosong. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Sicheng dengar apa yang aku nak cakap-"
"Tak biar aku yang cakap Jaehyun." Sooyun menghalang Jaehyun daripada terus berbicara. Jaehyun mengemam bibirnya dan mengangguk. Dia melangkah sedikit ke belakang, memberi ruang kepada Sooyun. Sooyun perlu menjelaskan semuanya sendiri.
Sooyun melangkah setapak ke hadapan untuk mendekati Sicheng. Dia mengumpulkan segala keberaniannya untuk memandang wajah lelaki itu.
"Aku sukakan kau Dong Sicheng."
4 chapter left!
YOU ARE READING
[C] I Love You | DSC
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ i love you- but i can't love you. ❞ ❏ ⨾ dong sicheng ft. jung sooyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 160221 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 030321 ▗ ▘resonance series﹙2﹚