22

287 59 5
                                    

Suasana hening diantara mereka berdua berterusan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana hening diantara mereka berdua berterusan. Masing-masing tidak berani mengeluarkan suara. Sooyun terlalu malu untuk menghadap Sicheng sehinggakan dia langsung tidak memandang Sicheng.

Manakala Sicheng pula hanya membiarkan Sooyun berdiam diri. Sedaya upaya dia cuba menahan tawanya sekarang. Tidak pernah dia melihat Sooyun yang banyak mulut dan berani ini menjadi pendiam.

Sooyun menunduk, memandang jari jemarinya yang sedang bermain di antara satu sama lain. Bibirnya digigit. Tiba-tiba dia berasa kekok dengan Sicheng, padahal sebelum ini dia tidak berasa begini.

Dia masih tidak percaya Sicheng telah meluahkan perasaan padanya dan telah menciumnya. Jangan tanya tentang perasaannya sekarang. Dia terlalu terkejut. Dia seperti mendapat serangan jantung tadi disebabkan kelakuan Sicheng.

"Sooyun..." Sicheng memanggil perlahan namanya dan memecahkan kesunyian di dalam kuliah itu. Laju Sooyun mengangkat wajahnya dan memandang Sicheng yang berada disebelahnya. Matanya berkelip-kelip memandang lelaki itu membuatkan Sicheng tersenyum kecil.

"Dah lewat ni. Nak aku hantar kau balik ke?" Sicheng menyengetkan wajahnya sambil memandang Sooyun.

Disebabkan kelakuan Sicheng itu, makin laju jantungnya mengepam darah. Jantungnya semakin berdebar. Kenapa tindakan Sicheng itu sungguh comel bagi pandangan matanya! Dia boleh gila apabila melihat kecomelan lelaki ini!

"Aku- aku bawa kereta." jawab Sooyun gagap. Sicheng mengangguk faham dan tersenyum kecil. Dia bangun daripada duduknya dan menghulurkan tangannya di hadapan Sooyun. Sooyun memandang huluran tangan itu pelik.

"Jomlah." Sicheng tertawa kecil melihat raut wajah Sooyun yang sedang terpinga-pinga itu. Gadis ini benar-benar keliru sekarang.

Sooyun meneguk air liurnya. Dia memandang Sicheng lama dan lelaki itu mengangguk. Sooyun tersenyum lebar dan menyambut huluran lelaki itu.

Sicheng tersenyum apabila Sooyun menyambut huluran tangannya. Dia mengeratkan lagi pegangan tangannya dengan Sooyun dan menarik gadis itu supaya berjalan lebih rapat dengannya.

"Jadi kan..." Sooyun akhirnya bersuara setelah dia mengumpulkan keberaniannya. Sicheng menunduk memandang gadis yang lebih pendek daripadanya itu, menunggu kata-kata daripada Sooyun.

Tetapi ayatnya tergantung disitu. Sooyun tidak menyambung ayatnya. Sebaliknya dia berpaling kearah yang bertentangan dengan Sicheng untuk menyorokkan wajahnya yang sedang membahang sekarang.

Dia terlalu malu untuk bertanyakan tentang hal itu. Tentang hubungan mereka sekarang.

Sicheng tersenyum nakal apabila dia dapat menangkap apa yang cuba dimaksudkan oleh Sooyun.

"Kita bercinta lah." kata Sicheng selamba. Sooyun terus mendongak memandang wajah Sicheng yang sedang tersenyum kearahnya. Sooyun mengemam bibirnya dan turut tersenyum pada Sicheng.

"Lagi satu, mission kau untuk dapatkan aku dah berjaya lah kan?" Sicheng memandang Sooyun dengan senyuman nakal. Membuntang mata Sooyun apabila mendengar kata-kata Sicheng.

Padahal hal ini hanya diketahui oleh dia, Jaehyun dan Haechan!

"Jangan risau. Mission kau dah berjaya." Sicheng mengusap lembut rambut Sooyun. Haih Sooyun malu lagi.

Mereka tiba di tempat parker kereta. Tetapi Sooyun mulai cemas. Dia langsung tidak nampak kelibat keretanya. Padahal pagi tadi dia memang meletakkan keretanya disini.

Sooyun mula menyelongkar beg tangannya untuk mencari kunci kereta miliknya. Namun hampa, dia tidak menjumpainya. Sooyun mengambil telefon di dalam begnya dan menekan nombor Yihyun untuk menelefonnya.

Sicheng hanya memerhatikan tindakan Sooyun dengan senyap.

"Yihyun." suara Sooyun sesak memanggil nama kawan baiknya itu.

"Kereta aku tak ada." Sicheng memandang Sooyun terkejut. Kereta dia hilang ke?

"Kau bagi aku kunci kereta kan masa kelas tadi. Aku tunggu 30 minit dalam kereta dan Jaehyun bagitahu aku yang kau ada hal dengan Sicheng. Aku blah la. Nanti dia boleh tolong hantarkan kau." bebel Yihyun di hujung corong telefon. Sicheng yang dapat mendengar bebelan Yihyun itu tertawa kecil.

Sooyun mengemam bibirnya. Baru dia teringat tentang Yihyun yang pulang dengannya. Kepalanya digaru.

"Ke-kenapa tak bagitahu aku..."

"Aku dah mesej kau lah!" Yihyun menjerit kecil dan terus meletakkan telefonnya. Tersentak Sooyun dibuatnya. Nampaknya Yihyun dalam mood yang tidak baik sekarang.

Sooyun memandang telefonnya kosong. Perlahan-lahan dia menoleh kearah Sicheng yang masih mendiamkan diri disebelahnya.

"Nak tumpang kau boleh...?" Sooyun tersengih. Sicheng terus mengangguk dan membawa gadis itu mendekati keretanya.

--

"Terima kasih Sicheng." ucap Sooyun sambil mencabut tali pinggang keledarnya. Sicheng memerhatikan kelakuan gadis itu.

Baru sahaja Sooyun mahu membuka pintu kereta, Sicheng terlebih dahulu menahan pergelangan tangan Sooyun. Menghalang gadis itu keluar. Sooyun berpaling kearah Sicheng dengan terkejut.

Sicheng tiba-tiba mendekatkan dirinya dengan Sooyun dan mencium pipi gadis itu sekilas. Sooyun terdiam. Tersentak.

Jantungnya makin laju berdegup. Wajahnya habis berona kemerahan. Kenapa Sicheng benar-benar buatkan dia gila malam ini! Sudah banyak kali wajahnya membahang disebabkan Sicheng hari ini.

"Good night." ucap Sicheng tenang. Perlahan-lahan bibir Sooyun mula mengukirkan senyuman pada lelaki itu. Sooyun keluar daripada keretanya.

"Kejap Sicheng." Sooyun memasukkan wajahnya sedikit supaya dapat melihat Sicheng, dia memegang pintu kereta supaya tidak tertutup.

"Mana telefon kau. Aku tak nampak hari ni." soal Sooyun pelik. Kebiasaannya Sicheng ada juga bermain dengan telefonnya ataupun akan ada notifikasi daripada telefonnya kedengaran. Tetapi pada hari ini tiada.

"Kau dah campak masa mabuk semalam."

dah nak habis shshshshshs XD

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

dah nak habis shshshshshs XD

[C] I Love You | DSC Where stories live. Discover now