14

288 61 31
                                    

"Cepatlah! Dah lambat ni!" Haechan menjerit daripada dalam kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cepatlah! Dah lambat ni!" Haechan menjerit daripada dalam kereta. Dia menelek sekali lagi jam tangan pada tangannya.

Haechan sudah merungut apabila kelibat Sicheng dan Jaemin masih tidak kelihatan padahal mereka sudah lambat ke perjumpaan mereka.

Kelibat Jaemin kelihatan keluar daripada rumah dengan keadaan tenang, seperti tiada apa-apa yang berlaku diikuti dengan Sicheng dibelakangnya.

Sakit pula hatinya melihat Jaemin yang tenang memasuki kereta di tempat duduk belakang.

"Kenapa korang lambat sangat bersiap ini?" Haechan bersuara, dia sudah mula mahu mengomeli mereka berdua.

"Tadi aku nak naik kereta Sicheng hyung tak bagi, nak juga pergi sama-sama. Renjun tak apa pula pergi sorang. Bila dah lambat membebel- auch!" Jaemin berhenti membebel perlahan sendirian apabila tangan Haechan naik mencubit pehanya. Banyak pula jawapan si Jaemin ini.

Jaehyun mengabaikan pergaduhan mereka di belakang dan terus memandu keluar daripada kawasan perumahan mereka. Sicheng yang berada disebelahnya terus membuka radio, tidak mahu mendengar pergaduhan mereka.

"Kenapa aku duduk tengah." Hendery mengurut kepalanya yang pening. Dia duduk diantara Jaemin dan Haechan yang masih berlawan mulut, tidak berhenti.

Bunyi deringan daripada telefon Sicheng kedengaran. Dia mengambil telefonnya daripada poket seluar dan melihat skrin telefon.

Sooyun.

Ragu-ragu dia mahu mengangkat panggilan itu. Dia memandang Jaehyun sekilas dan mengeluh perlahan. Butang hijau ditekan untum menjawab panggilan itu.

"Em Sooyun kenapa?" Serentak dengan itu, pergaduhan antara Jaemin dan Haechan terhenti. Mereka berempat mendiamkan diri.

Hendery, Jaemin dan Haechan yang berada di belakang mendekatkan tubun mereka kearah Sicheng, mahu mendengar perbualan mereka.

Sicheng yang perasan dengan tindakan mereka bertiga di belakang tempat duduknya menjauhkan tubuhnya daripada mereka.

"Esok kau ada kelas tak?" tanya Sooyun.

"Ada. Pukul 3 petang." Sicheng menjawab ringkas.

"Jom keluar!" ajak Sooyun teruja. Bibirnya terus tersenyum, dia dapat membayangkan reaksi teruja gadis itu.

"Kelas kau bukan habis awal sikit ke?"

"Jangan risau, aku tunggu kau."

"Jumpa esok Sicheng!" kata Sooyun sebelum mematikan panggilannya. Sebaik sahaja dia meletakkan telefonnya semula diatas pehanya, dia menoleh kearah mereka bertiga yang berada di belakang, sedang tersenyum kearahnya.

"Kenapa noona call." Haechan bertanya. Sicheng terus berpaling ke hadapan semula, tidak membalas soalan Haechan itu. Dia mendengar rungutan tidak puas hati daripada Haechan.

Sicheng memandang kearah Jaehyun sekilas. Lelaki itu masih fokus pada pemanduannya, tiada reaksi daripada raut wajahnya. Rasa bersalah mula menguasai dirinya semula.

--

"Sicheng!" jeritan daripada lelaki berambut putih itu membuatkan bibirnya terus mengukirkan senyuman. Mereka berlima datang mendekati sekumpulan lelaki yang sudah berkumpul itu.

"Yuta hyung, aku pun wujud dekat sini." Haechan mencelah tidak puas hati. Yuta mengangguk-ngangguk, tidak peduli dengan Haechan.

"Sicheng lama tak jumpa!" Taeil bangun daripada duduknya dan memeluk Sicheng. Sicheng hanya tergelak kecil dan membalas pelukan itu. Yuta menarik Sicheng untuk duduk disebelahnya.

"Taeyong hyung pun ada." kata Jaemin dan memandang kearah Taeyong yang sedang berbual bersama Johnny. Bukan selalu Taeyong menyertai perjumpaan mereka disebabkan kerjayanya sebagai doktor itu membuatkan dia terlalu sibuk.

"Mana Renjun dengan Jeno?" tanya Hendery apabila kelibat dua orang itu sahaja yang masih tidak kelihatan.

"Renjun baru lepas hantar Jihyun, dia dah dalam perjalanan. Jeno... aku tak pasti. Mungkin dia dah dekat." jawab salah seorang lelaki daripada mereka, Kun.

Sicheng hanya mendengar perbualan diantara rakan-rakannya. Sudah lama dia tidak berkumpul dengan semua kawan-kawannya. Matanya menangkap kearah satu figura yang kelihatan murung.

"Kenapa dengan Doyoung hyung." Sicheng memanggil Yuta yang berada disebelahnya perlahan.

"Dia gaduh dengan Yulhee." jawab Yuta. Sicheng mengangguk perlahan. Kim Yulhee, tunang Doyoung.

"Renjun!" dua puluh satu lelaki yang berada disitu menoleh kearah Renjun yang baru memasuki kedai itu.

Selepas mereka bertegur sapa, Renjun mengambil tempat disebelah Sicheng. Kebiasaannya dia duduk disebelah Doyoung, tetapi mood Doyoung nampaknya tidak baik sekarang.

"Hyung jumpa dengan Sooyun noona ke esok?" Renjun mendekatkan diri dengan Sicheng dan berbisik padanya. Sicheng memandang Renjun terkejut. Bagaimana dia tahu?

"Hyung dah selalu keluar dengan noona sekarang." Sicheng terdiam. Jika difikirkan semula, sekarang mereka berdua memang kerap berjumpa. Tanpa sedar, dia menjadi lebih terbuka pada Sooyun dan selesa dengan gadis itu.

"Yah Lee Jeno! Kenapa dengan muka kau ini?"

banyak aku bagi spoiler untuk cerita lain dalam chapter ni 😂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

banyak aku bagi spoiler untuk cerita lain dalam chapter ni 😂

[C] I Love You | DSC Where stories live. Discover now