16

277 61 22
                                    

"Sicheng hyung awal bangun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sicheng hyung awal bangun." tegur Jeno yang baru keluar daripada biliknya dan menuruni tangga mendekati dapur.

Dia mengambil cawan dan menuangkan air kosong ke dalamnya. Dia memerhatikan Sicheng yang sedang mengeluarkan beberapa bahan daripada dalam peti.

"Hyung nak buat apa?" Jeno bertanya. Pelik pula dia apabila melihat meja makannya sudah dipenuhi dengan bahan-bahan makanan.

"Bekal makanan." kata Sicheng ringkas. Kata-kata Sicheng itu membuatkan Jeno tersedak. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Jeno mengurut dadanya dan memandang kearah Sicheng tidak percaya.

"Sejak bila..." Jeno memandang Sicheng. Wah jarang sekali dia mahu melihat Sicheng memasak. Lagi-lagi pada awal pagi ini.

Jeno berlalu keluar daripada dapur, meninggalkan Sicheng berseorangan di dapur. Dia tidak mahu mengangguk Sicheng. Lebih baik dia tidur semula memandangkan kelasnya tiada pada hari ini.

Sicheng membuka youtube dan mencari cara-cara untuk membuat bulgogi, makanan kegemaran Sooyun.

Sooyun langsung tidak mahu bercakap dengannya semalam walaupun sudah puas di memujuknya. Mungkin dia tidak pandai memujuk? Jadi usahanya ini mungkin berjaya hari ini?

Jadi dia mengambil keputusan untuk membawa bekal kepada Sooyun. Sooyun pernah berkata padanya, sudah lama dia tidak makan bulgogi disebabkan jadual kelasnya yang padat.

Setelah satu jam setengah dia berperang di dapur, bulgoginya telah siap. Sicheng meletakkannya di dalam bekas makanan dan diletakkan lagi di dalam beg kertas.

Sekarang dia hanya perlu bersiap untuk ke universiti.

--

"Hyung, aku balik dengan kau nanti." kata Jaemin meninggalkan Hendery dan Sicheng di belakang.

Setelah kelasnya habis, mereka berdua keluar daripada kuliah itu. Tangannya masih erat memegang beg kertas yang mempunyai bekal makanan itu.

"Aku nak pergi tempat lain. Kau pergilah tunggu dalam kereta dulu dengan Jaemin." Hendery hanya mengangguk dan menunjukkan tanda okey. Sebelum itu sempat lagi dia mengusik Sicheng tentang bekal makanan yang dibawanya.

Sudah pasti Jeno menyebarkannya kepada orang lain dahulu. Habis malu dia dibuatnya apabila diusik oleh mereka semua di rumah tadi.

Kakinya melangkah kearah bilik kelab yang sudah tidak digunakan lagi itu, atau lebih tepat ia berdekatan dengan taman yang diluar banggunan itu. Sooyun sering duduk disitu untuk membuat ulang kaji.

Kakinya terhenti di hadapan bilik itu. Sicheng mengambil nafas dalam sebelum dia memegang tombol pintu. Sebaik sahaja dia memulas tombol pintu itu separuh jalan, dia mendengar suara tangisan daripada dalam bilik itu.

"Jangan risau Sooyun. Semuanya akan okey nanti..." Sicheng mengangkat kening. Suara lelaki? Tetapi yang pelik baginya, dia seakan-akan sangat mengenali suara garau ini. Suara yang sering didengarinya sepanjang hari. Jantungnya mula berdegup kencang, dia mulai tidak sedap hati.

Sicheng mengumpulkan kekuatannya sebelum dia menolak daun pintu itu. Dia tercengang sebaik sahaja dia membuka pintu itu. Bekal makanan yang sedang dipegangnya erat tadi terlepas daripada gengamannya.

Jaehyun dan Sooyun sedang berpelukan.

Bunyi jatuh daripada pintu itu membuatkan Sooyun dan Jaehyun memandang kearah suara itu. Membuntang mata mereka berdua apabila melihat Sicheng yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu itu.

Sooyun terus menolak Jaehyun untuk melepaskan pelukan itu. Sooyun berdiri dan mengelap air matanya yang jatuh tadi dengan lengan bajunya.

"Sicheng-" Belum sempat Sooyun mahu memanggilnya, Sicheng terlebih dahulu meninggalkan bilik itu. Sooyun meraup wajahnya kasar dan mengeluh kuat.

Kakinya diangkat keluar daripada bilik itu untuk mengejar Sicheng.

"Sicheng!"

"Dong Sicheng!" Sooyun mencapai pergelangan tangan Sicheng. Sicheng berpaling kebelakang dan menyentak kuat pegangan Sooyun membuatkan gadis itu tersentak.

Hatinya bergelora dengan perasaan amarah, dikhianati dan kecewa pada gadis di hadapannya ini dan kawan baiknya. Tidak pernah dia berasa marah seperti ini.

Sejak awal dia tidak patut mendekati Sooyun. Semuanya salah sejak awal. Dia tidak patut melakukan dare itu. Dare itu ialah pemulanya.

"Sicheng dengar penjelasan aku-" Jaehyun tiba di hadapannya dan mencapai tangan Sicheng supaya tidak melangkah pergi. Sicheng menatap wajah Jaehyun geram. Sepatutnya dia sudah dapat menangkap semua perkara ini daripada awal.

"Kau tak payah nak jelaskan apa-apa lagi pada aku Jaehyun. Aku cuma rasa macam orang bodoh sekarang." Sicheng memotong percakapan Jaehyun. Dia cuma mengatur nafasnya semula. Menarik nafasnya dalam. Hatinya sudah cukup terbakar sekarang.

"Dan kau Sooyun." anak matanya beralih kearah Sooyun. Wajahnya masih penuh dengan air mata yang sedang mengalir.

"Kenapa aku tak sedar yang kau cuma pergunakan aku untuk dekatkan diri kau dengan Jaehyun semula?" Sicheng tertawa mengejek.

"Sicheng dengar apa aku nak cakap-"

"Tahniah Sooyun. Tahniah Jaehyun."

"Dan tahniah kerana buat aku rasa bodoh macam ini."

"Rasa bodoh sangat sebab aku dah jatuh cinta semula pada ex kau Jung Jaehyun."

eheheheheh, ni sebab dia kenapa aku selalu mention sicheng rasa bersalah bila dia dekat dengan sooyun 🤣

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

eheheheheh, ni sebab dia kenapa aku selalu mention sicheng rasa bersalah bila dia dekat dengan sooyun 🤣

[C] I Love You | DSC Where stories live. Discover now