09

325 63 20
                                    

"Jadi kau nak pergi mana lepas ni?" tanya Sicheng sambil memasang tali pinggangnyar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi kau nak pergi mana lepas ni?" tanya Sicheng sambil memasang tali pinggangnyar.

"Em aku nak pergi kedai buku boleh? Aku nak beli beberapa buku rujukan." minta Sooyun. Sicheng mengangguk, setuju dengan permintaannya.

"Kau masih malu dengan aku ke?" Sicheng tersentak mendengar soalan Sooyun. Dia mengelipkan matanya beberapa kali supaya dia dapat fokus kembali kepada pemanduannya. Sicheng berdehem dan mengangguk teragak-agak.

Sooyun mengemam bibirnya dan mengangguk faham. Sebelum ini mereka langsung tidak pernah berbual, jadi sememangnya logik jika Sicheng masih kekok dengannya. Lagipun Sicheng memang seorang yang pemalu.

Dahulu dia mahu melihat lelaki itu bercakap dengan orang lain pun susah. Kecuali jika dia bersama dengan kawan-kawannya. Sejujurnya dia sudah berasa selesa dengan Sicheng. Dia membuatkannya berasa selamat.

Ia berlaku sejak kejadian itu.

Mereka berdua keluar daripada perut kereta lalu melangkah masuk ke dalam kedai buku itu. Sooyun dan Sicheng masing-masing mengambil laluan berlainan. Sooyun di bahagian buku rujukan dan Sicheng di bahagian komik.

Setelah beberapa minit, Sooyun mengambil beberapa buku rujukan. Matanya meliar kearah sekeliling kedai, memcari kelibat Sicheng. Matanya terhenti pada satu susuk tubuh tinggi yang sedang ralit membaca buku komik.

Hujung bibirnya ternaik melihat lelaki itu. Dia nampak terlalu kacak dengan kedudukannya. Seperti model!

Sooyun berjalan mendekati Sicheng. Lelaki itu langsung tidak sedar dengan kehadiran Sooyun disebelahnya. Sooyun menelek sedikit komik yang sedang dibaca oleh lelaki itu.

Sicheng tersentak apabila dia merasakan helaian rambut mengenai kulit tangannya. Dia memandang Sooyun yang masih memerhati komik itu dengan terkejut.

Jantungnya dengan laju mengepam darah keseluruh tubuh badannya. Atas kepala gadis itu juga cukup dekat dengan wajahnya sehinggakan dia dapat mencium haruman shampu pada rambutnya.

"Macam best je. Kau nak beli ke?" Sooyun mengambil komik daripada tangan Sicheng yang sudah melonggar itu. Sooyun kembali berdiri dalam keadaan tegak tanpa melihat kearah Sicheng yang masih terkejut. Matanya meneliti komik itu sebelum berpaling kearah Sicheng apabila soalannya dibiarkan tidak dijawab.

"Kau okey tak?" Sooyun bertanya apabila dia melihat Sicheng yang seperti terkilan. Dengan laju, Sicheng melarikan pandangannya tadi dan tubuhnya dipalingkan bertentangan dengan Sooyun.

"Kau- ambil lah buku tu." Sicheng berkata gagap dan mengangkat kaki untuk pergi daripada situ. Sicheng menyorok di rak buku paling hujung dan tinggi. Dia menyandarkan badannya pada salah satu rak tinggi itu.

Dadanya diurut perlahan sambil menarim nafas dalam sebelum menghembuskannya. Jantungnya berdegup kencang seperti hendak meletup!

Dia mula menyesal kerana bersetuju untuk keluar bersama gadis itu.

Manakala Sooyun memerhati figura Sicheng yang berada disebalik rak buku itu.

"Dia marah ke aku ambil komik ni daripada dia..." Sooyun mengomel sendirian. Dia menelek komik itu beberapa kali sebelum dia mengambil keputusan untuk mengambil dua jilid yang sama bagi komik itu.

ting!

Sooyun mengambil telefon yang berada di dalam beg tangannya dan memerhatikan skrin telefon. Dirinya terkilan sebaik sahaja melihat mesej yang baru dihantar kepadanya. Senyuman pada bibirnya mulai pudar.

--

Angin malam itu menyapa kulit mereka. Tangannya digenggam erat dan dimasukkan di dalam poket baju sejuknya. Sesekali dia berpaling melihat kearah gadis yang berada disebelahnya.

Jantungnya makin laku berdegup, dua kali lebih pantas daripada biasa. Dia melepaskan keluhan perlahan. Sooyun juga hanya mendiamkan diri.

Sooyun sudah tenggelam di dalam dunianya sendiri, memandang pemandangan malam yang gelap dan hanya diterangi dengan lampu jalan. Manakala Sicheng masih berasa kekok.

Sudah pukul 9 malam, tetapi langsung tiada tanda-tanda daripada Sooyun untuk mengajaknya pulang. Jadi dia hanya mendiamkan diri, tidak mahu menganggu gadis itu.

Kakinya berhenti melangkah. Sicheng berhenti dan menoleh ke belakang memandang Sooyun. Sooyun menarik tangan Sicheng untuk duduk di bangku berhadapan dengan sungai Han. Menikmati pemandangan disitu.

Entah kenapa, sejak mereka sampai disini, langsung tiada di antara mereka membuka mulut. Perubahan mendadak Sooyun itu membuatkan Sicheng pelik.

"Sicheng... kalau aku cerita ni kau nak dengar tak." Sooyun bersuara memecahkan kesunyian di antara mereka. Dia menoleh kearah Sicheng sambil tersenyum sayu.

Sicheng mengangguk perlahan dan menghadap kearah gadis itu, membiarkan gadis itu memulakan bicaranya.

"Patut ke aku berhenti daripada universiti?" Mata Sicheng membuntang sebaik sahaja mendengar pertanyaan daripada gadis itu. Sooyun memerhatikan reaksi Sicheng dan mengeluh perlahan.

"Buat apa yang hati kau nak Sooyun." Sicheng berkata tenang. Sooyun terdiam. Air matanya mula mengenang pada tubir matanya. Fikirannya berserabut sejak dia membaca mesej yang didapatinya tadi.

"Aku rasa tak berguna kalau belajar sekarang." sambung Sooyun. Sicheng mendiamkan diri, hanya mendengar luahan daripada gadis itu.

"Ayah aku kena jalani pembedahan, jadi ada baiknya aku berhenti belajar dan jaga dia kan?" Sooyun melepaskan keluhan kasar. Semuanya menjadi tidak kena padanya. Hatinya tidak keruan. Sooyun meraup mukanya kasar.

Gadis itu menoleh kearah Sicheng apabila merasakan pegangan seseorang pada bahunya. Sicheng memandangnya sambil tersenyum. Rambutnya diusap lembut.

"Semuanya akan okey Sooyun..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] I Love You | DSC Where stories live. Discover now