|| 14 ||

120 19 0
                                    

Kawasan pergunungan yang tinggi-tinggi membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti berasa gayat. Untuk melintas dari satu gunung ke gunung yang lain, terdapatnya banyak jambatan yang memudahkan perjalanan mereka. Setibanya di kaki gunung Fire Nest, mereka berempat mendongak ke atas.

"Bawah Gunung Fire Nest banyak khemah peninggalan para pengembara. Jadi tak susah sangat nak cari tempat teduhan. Gua banyak juga tapi kita tak tahu ada apa di dalam jadi jangan pandai-pandai masuk tanpa sebarang sebab." Pesan Ny persis seorang pengembara serba tahu.

Raeya, Taikuri dan Melaine mengangguk faham. Gadis ini seperti sebaya atau lebih muda daripada mereka namun, gayanya sudah seperti pengembara dewasa yang punyai lesen.

"Ny, umur berapa?" Tanya Taikuri, tanpa segan-silu.

Melaine segera menampar lengan Taikuri dengan wajah marah. "Apa awak ini, tanya umur seorang gadis? Tidak baik, tahu?" Tegurnya.

"Tapi, dia nampak muda lagi jadi, apa salahnya?" Raeya mempertahankan Taikuri setelah melihat sahabatnya itu mengadu kesakitan.

Tersenyum sendiri, Ny tidak memandang ketiga-tiga sahabat yang berbalas kata itu. Dia hanya mengeluh kecil kemudian menjawab. "Mungkin muda sedikit daripada kalian? Kalian bertiga pelajar universiti bukan?"

Taikuri menghalang dirinya daripada dipukul Melaine menggunakan tangannya. Pandangnnya segera dihalakan pada gadis kecil itu. "Ya? Bagaimana awak tahu kami ini pelajar universiti?" Soalnya.

"Cara pemakaian dan bahan yang dibawa, hanya mereka yang sudah matang dan belajar sahaja yang mengetahui pelbagai perkara sebegitu. Saya serba tahu namun saya masih belum ada kemahiran untuk melakukan sedemikian. Disebabkan itulah, saya hanya mampu memanah sebagai alat mempertahankan diri." Balas Ny, fasih sekali.

Terangguk-angguk mereka yang mendengar. Oh begitu rupanya. Barulah mereka faham akan perbezaan umur dan pengetahuan manusia mengikut tahap masing-masing.

"Ny tinggal di...?" Raeya membiarkan kata-katanya tergantung. Riak gadis itu tidak dapat dilihat, kerana tersembunyi di sebalik hud yang dipakainya.

"Tinggal di Feasouther." Balas Ny, sebaris. Langkahnya dilajukan agar tiada lagi soalan yang bakal diajukan buatnya. Dia faham, pasti ketiga-tiga remaja itu ingin mengenalinya sebagai rakan pengembara namun pertanyaan yang diberi membuatkan dia rimas dan risau.

Identitinya harus dijaga rapi, agar rahsia yang tersimpan tidak terlepas begitu sahaja. Lagi pun dia tahu, dia harus melekat dengan remaja-remaja tersebut buat beberapa lama untuk membantu mereka.

"Sudahlah! Jambatan sudah berada di hadapan sana tu. Ayuh kita daki gunung!" Ajak Melaine lalu berlari terlebih dahulu.

"Daki? Baik terbang, lagi senang!" Balas Taikuri kemudian mengejar Melaine.

"Tapi-" Serentak Raeya dan Ny bersuara.

Sedang mereka kejar-mengejar di atas jambatan itu, dua orang manusia berpakaian sedikit aneh sedang menunggu di hujung. Kedua-duanya memakai jaket labuh tidak berlengan serta terdapatnya senjata di belakang. Seorang bertopi, seorang lagi berselendang di leher.

Ny yang perasan akan kehadiran dua orang insan itu segera menghentikan larian, meninggalkan mereka yang sudah pun ke hadapan. Riaknya kelihatan takut seperti pernah berjumpa dengan dua orang insan itu.

"Raeya, sini!" Panggil Ny lalu menarik tangan Raeya. Taikuri dan Melaine yang turut terdengar akan panggilan itu segera melangkah ke arah gadis itu semula.

Dua orang insan itu tersenyum kecil apabila melihat pergerakan mereka. Nampaknya, ada salah seorang daripada keempat-empat remaja itu tahu siapakah mereka.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now