||23||

61 11 6
                                    

Kota Feasouther tidak seindah dan tidak sekosong yang dibayangkan. Bak kata orang, indah khabar dari rupa. Sungguh, Raeya terkejut tatkala pertama kali menjejakkan kaki di kota tersebut.

Ia mempunyai pelbagai jenis bangunan. Bangunan tinggi dibina menggunakan batu-bata manakala bangunan rendah menggunakan kayu-kayu balak. Gerai-gerai kecil bakal memiliki dinding-dinding alumunium dan beratap zink. 

Kota ini... Seperti gabungan Kota Flightwest, Kota Aveast dan Kota Northwing. Penduduk di situ tidak ramai dan berpakaian serba biasa umpama orang kampung. Biasanya, rakyat Noctu Aviary akan memakai pakaian serba mewah bagi menunjukkan kehebatan mereka dalam menjahit.

Biasalah, pengembara kan? Mereka harus menjahit atau menempah pakaian sendiri agar mencapai segala kehendak dan keperluan dalam menggunakan teras alchemy mereka.

"Dia macam... terlalu plain." Melaine menjadi orang pertama yang meluahkan isi hatinya selepas mereka jejak di kota itu. 

Mata mereka melilau melihat keadaan sekeliling. Kota Feasouther dipenuhi bukit-bukau yang hanyalah timbunan tanah mengelilinginya. Tidak sepenuh Flighwest, tidak sebising Aveast dan tidak seramai Northwing. Jalan masuk ke kota ini juga mudah, langsung tiada pengawal yang menjaga. Oleh kerana bangunan-bangunan yang berada setempat sahaja menandakan terdapatnya kota di sini.

Para pengembara dapat dilihat sedang berbual dengan para penjaja.  Kanak-kanak berlari ke sana dan ke sini. Penduduk dewasa pula merata-rata membawa keperluan hidup masing-masing.

"Agaklah, tapi tak sunyi." Sahut Taikuri pada kenyataan Melaine. Dia mula melangkah ke hadapan.

Mereka semua kini berjalan ke dalam kota tersebut sambil memerhati serata tempat.

"Jadi, ada tempat ke untuk kita berbual perkara rahsia ni? Ny, aku ada banyak benda nak tanya kau ni." Ujar Raeya.

"Saya mengembara banyak jadi saya tak ada rumah tetap. So, saya kena cari tempat dahulu." Balas Ny, memegang dagunya tanda berfikir. Kemudian, dia menoleh ke arah Zalchria dan bertanya. "Apa pendapat Tuan Zalchria?"

Zalchria kelihatan terkejut dengan soalan itu. Dia tidak menyangkakan bahawa keputusan berada dalam tangannya pula. Gadis itu, sengaja mahu mengenakannyakah?

"Err, saya tak pasti. Tapi kita bolehlah cari mana-mana kawasan untuk berteduh dan melepak serta berbual." Balas Zalchria ragu-ragu. Kepalanya digaru meski tidak gatal. 

Urshia memerhatikan sahaja segala perbuatan Zalchria. Mengapa jejaka itu terlihat resah? Tadi bukan main confident dan garang. Sekarang ini sudah seperti cacing kepanasan.

Sedang mereka berjalan-jalan seperti orang tiada hala tuju, satu kekecohan berlaku di jalan masuk Kota Feasouther. Terdapat ramai pengembara lelaki berada di situ termasuklah para alchemist perempuan yang mengintai-intai. Namun apa yang peliknya, mereka yang mengamalkan necromancy segera berlari bagi mencari tempat persembunyian.

Dari sebalik bangunan batu-bata yang membentuk sebuah menara, enam orang remaja itu berhenti berjalan dan mencari arah kedatangan kekecohan tersebut.

"That's suspicious." Gumam Melaine sambil memanjangkan leher bagi melihat apa yang terjadi. "Kalian tunggu sini, saya nak pergi tengok kejap. Jangan. Gerak." Arahnya sebelum meniup perlahan. Serta-merta tubuh Melaine hilang daripada pandangan.

Raeya, Urshia dan Taikuri menarik nafas bising disertai mata yang terbeliak memandang tempat Melaine berdiri tadi.  Gadis itu baru sahaja menjadi halimunan!

"Jangan percaya apa yang dilihat, kerana seorang Dragon Charmer bijak memainkan ilusi." Pesan Zalchria setelah melihat kawan-kawannya ternganga di situ.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now