|| 17 ||

99 18 1
                                    

"Pergunungan Fire Nest ni kan katanya ada makhluk pelik-pelik, ada apa je dekat sini?" Soal Raeya sambil menjongketkan kening kirinya. Kedua belah tangannya direhatkan di belakang kepala manakala kaki pula melangkah tanpa henti. Ny yang berada di sebelahnya dipandang sekilas.

Ny mengeluh kecil sebelum membalas. "Kan saya beritahu yang kita ke sini untuk ambil barang Helena. Barang orang, tak akanlah saya nak beritahu. Lagipun, masih belum ada benda 'pelik-pelik' yang dijumpai selain daripada dua orang The Hunters itu." 

Raeya dan Taikuri saling berpandangan sebelum menoleh ke arah Melaine yang mengekori dari belakang. Mendapat pandangan hairan itu, Melaine sekadar menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

"Sudah kenapa gadis Helena itu tinggalkan barangnya di pergunungan begini?" Tanya Raeya, tidak mengerti. Meskipun dia tahu tujuan mereka ke sini, tetapi apabila melihat keadaan pergunungan tersebut di hadapan matanya sendiri membuatkan dia sangat hairan.

Melaine terbatuk kecil kemudian berdehem perlahan. Mendengarkan soalan Rayea itu, membuatkan dia ingin tertawa dengan nada yang digunakannya namun terhenti apabila jelingan maut diberikan oleh Ny kepadanya.

"Cuai kot." Itu sahaja yang dibalas Melaine sebagai jawapan Raeya tanpa menghiraukan jelingan Ny yang semakin tajam.

"Haha, saya pun tidak tahu." Ny membalas persoalan Raeya dalam nada dingin. Matanya melilau ke sana dan ke sini bagi mencari apa yang ingin dijumpainya.

 Taikuri merehatkan tangan kirinya di atas bahu Raeya manakala tangan kanannya itu pula digerakkan-gerakkan di udara bagi menunjukkan bicaranya. "Biasalah tu, Rae. Pengembara kan, lagi-lagi gadis itu dicari ramai bak kata Datuk Nicholas, pastilah dia sentiasa bergerak-gerak ke sana dan ke sini. Rezeki Helena, dapat kawan macam Ny, boleh ambilkan barang untuk dia." Ujarnya.

"Yalah, aku pula dapat kawan macam kau. Dah tahu orang tak boleh terbang, cari pasal. Lepastu ada pula dia bawa girlfriend dia ikut sekali, tahulah aku single." Balas Raeya sambil memandang ke arah yang bertentangan. Wajah Taikuri yang dia tahu sudah berubah riak itu memang tidak dipandangnya. Perhatiannya kini dipusatkan pada bentangan padang rumput yang luas yang mana terletak di bahagian bawah kawasan pergunungan itu.

"Pfft- Hahahaha!" Melaine yang sedari tadi memang menahan tawa entah sebab apa telah pun melepaskan niatnya untuk ketawa. Tidak kurang juga dengan Ny yang mendengar, dia sudah menutup mulut menggunakan tangan.

Buk! Bahu Raeya ditumbuk perlahan oleh Taikuri bagi melepaskan geram. Raeya hanya ketawa kerana telah berjaya menyakitkan hati sahabatnya. Dia tahu, Taikuri bukannya boleh buat apa sangat pun sekarang ini memandangkan teman wanitanya ada bersama untuk melihat.

"Eh, aku yang teman kau larikan diri dari universiti semata-mata nak cari perkara sebenar, aku pula kena salah. Kang aku hantar kau balik ke pihak atasan Universiti Antarabangsa Noctu Aviary, mampus kau." Marah Taikuri kerana terasa seperti dimalukan.

Ny segera menoleh ke arah mereka secara tiba-tiba. "Apa jadi sebenarnya sampai awak dapat quest untuk berjumpa dengan Helena itu?"  Soalnya seperti baru tersedar. Selama ini dia membawa tiga sahabat ini mencari apa yang diperlukan tanpa mengetahui kisah sebenar. Raeya pernah memberitahu bahawa ianya rahsia tetapi apabila bercerita tentang sayap ini, dia memang ingin tahu.

"Saya pun kurang jelas sebenarnya. Saya ikut sahaja mereka sebab terjumpa dekat pasar Kota Northwing. Kebetulan mereka ingin ke Aveast, saya dapatlah balik sekejap."Melaine turut bersuara kemudian memandang Raeya dan Taikuri yang sudah berhenti berbalah.

Tangan dibawa ke dagu, mata memandang ke atas. Minda Raeya ligat berfikir untuk menceritakan keadaannya dalam bahasa yang mudah disenang faham.

"Ada sekali tu, saya dan Rae jalan-jalan dekat Kota Flightwest. Orang nak terbang, elok pula dia jatuh sebab sayap dia tak nak muncul. Tak pasal-pasal saya jadi hero hari itu. Maka, bermulalah pengembaraan kami ini." Taikuri bersuara terlebih dahulu apabila Raeya tidak membuka bicara.

"Ya, itu betul." Sambut Raeya yang memandang Ny. "Tapi over-lah cerita kau, Taikuri. Aku pula jadi mangsa padahal aku yang jadi watak utama." Tutur Raeya yang mana menoleh ke arah Taikuri pula. Jari telunjuknya mencucuk-cucuk bahu Taikuri sebagai tanda tidak puas hati.

"Senang cerita, aku dapat tahu sayap aku warna emas bila asyik tak nak keluar je. Masalahnya, aku dapat tahu masa aku keluar dari sekolah. Pelepah sayap aku yang warna emas tu tertinggal dekat kawasan uni, apa lagi, jadi entiti misteri aku pula ni. Boleh dikatakan, wanted." Cerita Raeya dalam nada malas. Kepalanya ditelengkan ke kiri dan ke kanan.

Ny mengangguk faham di sebalik hud yang dipakainya itu. Melaine melirik Ny melalui ekor matanya, gadis itu seperti sedang memikirkan sesuatu yang tidak dapat dia ketahui.

"Kita dah sampai." Ucap Ny setelah beberapa minit berjalan dengan sepi setelah mendengar kisah Raeya yang agak mengejutkannya tadi. 

Raeya, Taikuri dan Melaine yang berjalan di belakang Ny segera mengintai apa yang berada di hadapan. Satu khemah lusuh bersama tikar yang terdapatnya sebuah beg dan beberapa buku terlihat di hadapan mata.

"Aku rasa dia terkejar ni, sampai benda penting macam ni boleh tertinggal." Tebak Taikuri apabila melihat buku-buku tebal terkeluar dari beg yang terbuka di atas tikar itu.

"Kan? Dia kena kejar dengan orang jahat yang kejar kita masa tu kot." Melaine pula menyambut lalu mengangguk serentak bersama Taikuri.

Lirikan malas diberikan Ny sebelum melakukan rolleyes. Lantas dia mendekati khemah yang dinyatakan  bagi mengambil barang yang dicarinya itu. Namun begitu, belum sempat dia membongkokkan diri untuk mencapai beg dan buku-buku tersebut, derapan tapak kaki seseorang kedengaran hadirnya dari arah yang bertentangan. 

Kawasan berbukit yang agak menjunam dari hadapannya itu membuatkan dia tertanya-tanya, siapa pula yang sanggup mendaki sehingga ke sini?

"Ada orang datang ke?" Tanya Melaine, sedikit gerun.

Raeya dan Taikuri sudah berada dalam posisi masing-masing bersama senjata di tangan. Mereka sudah tiba dia tempat yang ingin dituju, mereka tidak akan lari semata-mata untuk menyelamatkan diri dan meninggalkan apa yang dicari. 

Seseorang yang ditunggu mereka itu akhirnya memunculkan diri jua. Bagaikan terkejut dengan keberadaan mereka di situ, dia terus sahaja berdiri pegun, tidak bergerak. Kepalanya ditutupi hud, menambahkan lagi rasa curiga yang bertandang di hati masing-masing.

"Siapa kau?" Tanya Raeya sebagai langkah berjaga-jaga. Pisau lipat yang berada di dalam pegangannya dipusing-pusingkan bagi menunjukkan aksi. 

Insan yang ditanyakan itu segera mengangkat tangannya ke hud yang dipakai lalu menariknya ke bawah. Wajah mulus dan rambut kemerah-merahan terserlah indah sebaik sahaja tiada lagi kain yang menutupi wajahnya. Jelas riak terkejut terpapar di wajahnya.

"Huh?" Ny menyoal pelik. Tangannya yang bakal mencapai barang yang ingin diambil terus sahaja dijatuhkan ke sisi. Hilang niatnya untuk melakukan kerja yang tergendala.

Setelah melihat keberadaan Ny di situ, gadis yang berambut kemerah-merahan itu tadi tersenyum gembira. "Errr, hai? Saya nak ambil barang saya?" Tuturnya seperti meminta izin pula untuk mengambil barang kepunyaannya. 

Ny menoleh ke arah tiga sekawan yang dibawanya itu tadi kemudian berpaling semula ke hadapan. Dia mengerutkan keningnya, pelik dengan kehadiran gadis itu.

"Helena?"

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now