Zalchria berdiri di jalan masuk ke Aves Dale. Dia bercekak pinggang, memerhatikan kawasan yang mereka gunakan untuk memuja portal hari itu. Di sebelahnya pula, terdapatnya Taikuri dan Urshia yang turut merenung sama sambil berpeluk tubuh.
"Melaine kata portal yang kita gunakan hari itu di sini, bukan?" Tanya Taikuri.
"Betul, dekat sini. Saya yang buat portal tu untuk kalian." Balas Zalchria, mengusap dagu. "Tapi sini saja jalan masuk untuk ke Aves Dale. Tak nampak-nampak pun batang hidung The Hunters yang dikatakan akan ceroboh masuk tempat ini."
"False alarm?" Tanya Urshia hairan. Dia mendongak memandang langit bagi mencari-cari sesuatu yang sememangnya tiada di situ.
Selepas beberapa minit berdiri di situ, satu deruan angin hadir menerpa wajah mereka bertiga. Satu kilauan emas menyilaukan semua yang berada di situ. Kemudian, Raeya melompat turun setelah melenyapkan sayapnya.
"Tak ada lagi? Aku dah round satu kawasan pun masih tak nampak apa-apa lagi." Ujar Raeya yang kini berdiri di sebelah Urshia. Dia juga mengambil posisi yang sama, berpeluk tubuh.
"Kita tunggu apa yang Melaine dan Ny cakapkan. Alat komunikasi pun tak ada bunyi apa lagi." Balas Taikuri, mengeluarkan alat komunikasi dari poketnya. Alat tersebut diteliti bagi mencari sesuatu.
Tiada satu mesej pun yang ada. Pelik.
Secara tiba-tiba, Zalchria berasa tidak sedap hati apabila Taikuri berkata demikian. Tiada naga-naga yang berkeliaran pula itu. Adakah sesuatu telah terjadi?
"Taikuri, ikut saya kejap. Saya nak pergi tengok hujung Aves Dale sana pula." Ajak Zalchria tanpa menerangkan dengan lebih lanjut. Dia segera terbang sebelum menerima kata putus Taikuri.
"Aik? Aku?" Soal Taikuri, hairan. Namun begitu, dia tetap melebarkan sayap dan terbang ke udara, meninggalkan Urshia dan Raeya berdua di situ.
Urshia dan Raeya saling berpandangan. Mereka kemudiannya berbincang dan membuat keputusan untuk berpisah. Tempat tersebut ditinggalkan, Raeya dan Urshia bergerak ke tempat lain pula bagi mencari punca dan perkara yang dikatakan Melaine tadi.
30 minit berlalu, masih tiada apa-apa yang mendatangkan saspen. Jantung Raeya sudah berdegup kencang. Adakah benar atau tidak penungguan mereka ini?
Terlalu banyak yang harus dia fikirkan. Sudahlah Datuk Nicholas diculik, pelepah emasnya pula berjaya diambil orang. Ini semua salahnya kerana terlalu cuai dan tidak berhati-hati! Raeya seharusnya mengambil tanggungjawab dalam keadaan ini kerana Aves Dale merupakan hasil kerja keras ayahnya.
Dia... Dia perlu memikul tanggungjawab ini. Dialah yang seharusnya memberi arahan dan mencari para penduduk untuk bersedia dengan apa yang akan berlaku.
Tetapi... Mampukah dia?
Layakkah dia?
Jika bukan kerana dia, semua ini tidak akan berlaku.
Selepas tahu akan kewujudan sayap emasnya, dia perlu melarikan diri dan berkurung di rumah. Tetapi ini tidak, dia mengembara bagi mencari kebenaran.
Namun bukankah Pakcik Asher yang memberikan quest itu?
Tidak, bukan salah pakciknya.
Dan bukankah keluarga Urshia punca segalanya?
Sudah! Jangan cari salah orang lain.
Engkau yang salah, engkau yang salah, engkau yang salah!
Tling!
Satu bunyi notifikasi mengejutkan Raeya dari kecamuk mindanya. Dia lantas memandang sekeliling dan tersedar bahawa dia telah bergerak jauh dari kawasan penempatan. Alat komunikasinya dicapai dan menekan butang terima.
YOU ARE READING
Pelepah Emas
FantasyNoctu Aviary, terbahagi kepada empat kota utama. Kota Flightwest, Kota Northwing, Kota Aveast dan Kota Feasouther. Penghuninya bukan biasa-biasa, mereka mengamalkan teras alchemy yang berbeza-beza. Apa yang istimewanya tentang dunia ini adalah setia...