Kting!
"Selamat data- Ah, kau orang lagi." Nicholas mencebik tatkala pelanggan yang dinantikan tidak muncul pun meski seorang. Tetapi apa yang datang berkunjung ialah dua orang remaja pembuat masalah di bengkelnya ini.
Taikuri dan Raeya tersengih panjang. Dua kerusi tinggi yang kosong diduduki mereka. Barang yang dibawa pula diletakkan ke atas meja kayu di hadapan mereka.
"Apa hajat kau orang datang sini?" Tanya Nicholas kemudian menyangkut sebilah kapak yang baru digilap di dinding. Senyuman puas terbit di bibirnya tatkala terlihat hasil tangannya yang berkilat cantik.
"Hajat kami adalah..." Taikuri mengeluarkan sehelai pelepah dari celah buku Raeya lalu diletakkan ke atas meja. "...Ini, datuk."
Raeya memukul meja kuat lalu menoleh ke arah Taikuri pantas. "Hajat kita datang sini untuk aku belajar alchemy teras api. Bukan pasal pelepah emas!" Tegurnya garang.
"Memang patut jadi pyromancer. Garang sangat." Sempat lagi Taikuri berbisik pada Nicholas yang baru melabuhkan punggung ke kerusi di sebelahnya.
Nicholas mengangguk faham. "Okey, okey. Kita bincang tentang pelepah ini dulu kemudian datuk ajar kamu. Okey, Raeya?" Dia cuba untuk bertolak ansur.
Walaupun geram dengan tindakan Taikuri, Raeya mengangguk meski terdapat cebikan kecil di bibir.
Pelepah itu diambil dengan berhati-hati oleh Nicholas. Diperhatinya dengan penuh teliti kemudian mengusap pelepah itu lembut.
"Ini pelepah emas betul." Ucap Nicholas dalam nada terkejut. "Mana kau orang dapat?"
"Tadi jalan-jalan lepastu terjumpa dekat atas jalan." Balas Taikuri, selamba.
Bertambah-tambahlah kejutan buat Nicholas. Sekali lagi dia meneliti pelepah tersebut.
"Peliknya. Kalau macam tu, masih ada lagilah wujud orang yang bersayap emas." Dia menyatakan spekulasinya sendiri. Walaupun begitu, dia masih sukar untuk percaya akan kewujudan insan yang sebegitu.
Raeya dan Taikuri saling berpandangan sebelum tersenyum nipis. Ha, adalah tu rancangan mereka.
"Nampaknya, ada quest baru untuk kita." Tutur Raeya sedikit sinis.
Taikuri mengangguk mengiyakan. "Aku setuju."
Terus sahaja Nicholas menoleh ke arah kedua-dua pemuda itu. "Quest apanya ha?! Kau orang tu belajar pun belum habis, ada hati nak buat quest apa semua. Alchemy kau orang sendiri pun belum boleh kuasai semuanya ada hati nak buat benda lain." Tegurnya pedas.
"Biar datuk yang simpan pelepah ni." Sambung Nicholas lagi kemudian bergerak ke bahagian belakang bengkel.
"Alah... Macam mana nak cari orang tu kalau pelepah tu kena ambil?" Rengek Taikuri kemudian bersandar keras.
Namun, kerusi tersebut tiada penyandarnya. Mujur sekali Raeya sempat menarik tangan sahabatnya itu lekas sebelum terjatuh ke atas lantai.
"Kau ni, bahaya tahu tak?!"
"Manalah aku tahu."
Taikuri kembali memperbetulkan kedudukannya dengan penuh rasa malu. Tidak lama selepas itu, Nicholas kembali ke depan.
"Okey, ini bahan-bahan yang kamu perlukan untuk lakukan alchemy teras api yang jenis-"
Kting!
"Heya pakcik Nik! Ada lagi tak dagger yang sesuai untuk kegunaan pengguna alchemy teras angin? Saya punya dah nak patahlah." Seseorang melangkah masuk, mengganggu sesi pembelajaran yang baru sahaja ingin bermula.
Nicholas menoleh lalu tersenyum senget. "Kamu ni Easton, parah betul cara kamu guna dagger yang pakcik buat. Berapa kali kamu nak tukar dalam masa setahun ha? Kejap, pakcik pergi ambil." Bebelnya kemudian beralih ke belakang semula.
Mendengarkan nama yang agak dikenali itu, Raeya dan Taikuri segera menoleh ke belakang. Maka terlihatlah wajah pemuda yang sangat mereka kenali itu.
"Eh, Abang Easton!" Sapa Raeya, gembira sekali.
"Hey... Abang Easton." Taikuri menyapa dalam nada tidak acuh.
Easton yang sibuk melihat keadaan kedai itu sedikit terkejut dengan kehadiran dua orang insan itu. "Woah, Rae dan Tai! Hello."
"Jangan panggil saya Tai..." Tegur Taikuri yang gayanya seperti biasa dipanggil sebegitu.
Tanpa segan silu, Easton mendekati mereka berdua dan mengambil sebuah kerusi agar dapat duduk bersama.
"Apa khabar? Rae, kamu ada langgar lagi undang-undang udara?" Tanya Easton, dalam nada yang sedikit seram.
Cepat-cepat Raeya menggelengkan kepalanya. "Ish, saya dah besarlah. Sudah ada lesen untuk terbang jika ada keperluan." Balasnya, menoleh ke arah lain.
Tertawa Easton melihatkan Raeya yang sudah merajuk. Kini, perhatiannya dialihkan pula pada Taikuri.
"Tai, kamu macam mana belajar? Okey?" Soalnya pula pada saudaranya yang seorang itu.
Taikuri menganggukkan kepalanya malas. "Okey sahaja."
"Baiklah! Pakcik ada lima jenis bentuk ni. Pilihlah, nanti bagitahu pakcik bila nak buat pembayaran." Nicholas yang baru keluar dari belakang bengkel meletakkan senjata itu ke atas meja. Selepas itu, dia mula bergerak ke arah Raeya dan Taikuri semula.
Raeya dan Taikuri menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang diajarkan oleh Nicholas. Meskipun Taikuri tidak memerlukan alchemy sejenis itu, dia tetap memerhati dengan penuh khusyuk.
Satu jam berlalu, kini berakhirlah pembelajaran mereka buat hari itu.
"Easton! Berapa lama lagi kau nak buat pilihan untuk dagger tu? Dia orang ni dah habis belajar dah pun."
"Cantik sangatlah pakcik bentuk dia. Tak boleh pilih..."
Nicholas menepuk dahinya kuat. "Aduhai, kalau susah sangat nak pilih, beli semua. Kalau tak nak, pergi bengkel sana tu!"
Kedua-dua sahabat itu pula hanya memerhati dari sisi. Beg yang dibawa dan buku yang digunakan sudah pun dikemas untuk dibawa pulang.
"Abang Easton, beli sajalah semua." Saran Raeya.
"Tapi abang tak tahu duit abang cukup ke tak..." Balas Easton, sedih.
Raeya tersengih lalu berkata. "Ambil je semua, bawa balik. Saya belanja."
Mata mereka semua di situ membulat. Biar betul Raeya ni?
☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆
"Terima kasih Rae!" Maka dengan itu, Easton pulang dengan gembira bersama senjata yang diingininya itu.
"Jadi..." Nicholas menoleh ke arah Raeya. "Bayaran tu?" Soalnya dengan kening yang dijongketkan sebelah.
Raeya melangkah sedikit ke arah pintu kemudian menunjukkan dua jari pendamaian kepada lelaki tua itu. "Aha pakcik, tentang tu, saya bayar guna pelepah emas yang pakcik ambil dari kami tu."
"Apa-"
Raeya segera menarik Taikuri agar pantas keluar dari bengkel tersebut. Sebaik sahaja melangkah keluar, sayapnya dilebarkan lalu terbang ke langit sebelum sempat ditembak oleh Nicholas yang menggunakan sihir apinya.
"Emas kan lagi berharga dari duit? Hahahah, bye datuk! Jumpa lagi!" Tanpa membuang masa, Raeya segera menghilangkan diri bersama Taikuri setelah melontarkan kata-kata itu kepada Nicholas.
"Berani ya kau nak jumpa aku lagi?!" Jerit Nicholas, tidak mengira manusia yang memandang.
Dengan kaki yang dihentak-hentakkan ke lantai, Nicholas kembali semula ke dalam bengkel. Pelepah emas yang disimpannya itu dilihat semula.
"Tapi betul juga kata Rae. Disebabkan emas lagi berharga daripada duitlah, warga bersayap emas tiada lagi di dunia ini."
YOU ARE READING
Pelepah Emas
FantasyNoctu Aviary, terbahagi kepada empat kota utama. Kota Flightwest, Kota Northwing, Kota Aveast dan Kota Feasouther. Penghuninya bukan biasa-biasa, mereka mengamalkan teras alchemy yang berbeza-beza. Apa yang istimewanya tentang dunia ini adalah setia...