Bunyi loceng mengejutkan Nicholas daripada menungnya. Pintu yang terbuka segera dipandang dan terlihatlah sebuah susuk yang amat dikenali. Sahabat lama yang mana menemuinya sewaktu Asher hadir ke bengkelnya untuk memberikan buah tangan.
"Arabella." Sebut Nicholas dengan senyuman nipis. "Kenapa datang sini?" Soalnya pula lalu bangkit dari duduk. Wanita yang dipanggil sebagai Arabella itu segera menghampiri kaunter dengan senyuman manis.
"Saya baru lepas lawat rumah Asher tadi. Lama tak nampak Aleida." Tuturnya kemudian tertawa sendiri. Wajahnya seperti mengenangkan sesuatu kerana rautnya tampak sedih.
Nicholas kembali duduk ke atas kerusinya setelah Arabella berjaya menarik sebuah kerusi berdekatan ke hadapan kaunternya. "Yalah, adik sendiri kot." Balasnya, sedikit sinis.
Sengihan dapat dilihat di bibir Arabella. "Ya, dialah yang jaga anak saya sampai besar. Entah bila dapat tengok Raeya itu pun tidak tahu." Katanya dalam nada sedih. Kawasan bengkel itu dilihatnya dengan penuh asyik.
"Bukan dia sahaja, Asher sekali tau. Jangan lupa aku sekali. Berapa tahun entah aku layan perangai budak tu. Haish, dahlah nakal." Bebel Nicholas tiba-tiba. Keluhan kecil dia lepaskan kemudian menongkat dagu tanda bosan.
Pelanggan tidak datang pula ke bengkelnya pada hari ini. Jika tidak pun, pasti harinya diganggu dengan kedatangan Raeya bersama Taikuri. Kalau bernasib baik, dapatlah dia melihat seorang pegawai udara hadir membeli-belah di sini iaitu Easton.
Arabella tertawa tatkala mendengar bebelan Nicholas itu. Dia menggeleng kecil kemudian merehatkan tangannya ke atas kaunter. "Patut ke Raeya berjumpa dengan gadis Helena tu? Saya takut dia dalam bahayalah Nik." Ujarnya apa yang terbuku di dalam hati.
"Hmmm..." Nicholas bersenandung perlahan. "Bukankah dia sentiasa berada dalam bahaya? Sayapnya yang berwarna kelabu itu hanya satu kelegaan yang sementara. Sekarang ini lihat? Musuh sudah mula memata tahu?" Jawabnya buat soalan Arabella.
Wanita itu berpeluk tubuh lalu mengerutkan dahinya tanda keliru. "Memata?" Soalnya.
"Melihat-lihat. Lagipun bukan aku tidak tahu, setiap kumpulan jahat pasti ada kumpulan baiknya. Jika The Hunters sudah bertindak, The Protector bila lagi, Bella?" Nicholas pula bertanya. Keningnya dijongketkan sebelah sambil menongkat dagu.
Keluhan kecil Arabella lepaskan sebelum dia turut menongkat dagu di hadapan Nicholas. "Saya hanya ahli di bawah jagaan organisasi itu. Awak tahu kan siapa ketuanya? Dia sudah tiada, Nik." Balasnya seperti merintih. Matanya terkerdip-kerdip seperti melawan air mata.
"Aku tahu tu. Kalau bukan sebab dia, Kota Feasouther tidak akan menjadi seperti sekarang. Sayap Raeya itu pun... Daripada dia juga."
☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆
"Sayap aku ni, tak gunalah! Siapalah yang bagi aku sayap emas ni." Jerit Raeya di kawasan pergunungan itu tanda tidak puas hati. Kedua-dua tangannya yang digenggam dijulang ke langit tanda marah. Kepulan-kepulan asap seperti dapat dilihat keluar melalui telinganya.
"Kenapa? Tak nak keluar lagi ke sayap kau tu, Rae?" Soal Taikuri yang mendongak melihat Raeya. Ya, sahabatnya itu sedang berteleku di atas dahan pokok yang sememangnya tinggi.
Raeya menundukkan kepalanya kemudian mengangguk laju. Dia berjaya terbang ke atas tetapi tidak pula berjaya untuk turun ke bawah. Selepas itu, dia memperbetulkan kedudukannya dengan kedua-dua belah kakinya terjuntai ke bawah.
"Kenapalah aku tak ambil bidang kau. Senang sikit nak guna sihir. Tapi kalau aku geram sangat, aku bakar pokok ni karang." Bebel Raeya di atas sana.
Taikuri yang mendengar sekadar menggelengkan kepalanya tanda kesal. Apalah nak jadi dengan sahabatnya yang seorang ini. Ada-ada sahaja kerja yang dilakukannya.
"Aku nak jadi planetarium mage jadi, sebelum tu aku kena jadi astrologer dulu. Kalau kau nak sangat jadi mage untuk main sihir-sihir orang, baik pergi jadi conjurer sana nun baru jadi mage betul. Dah siapa suruh kau jadi pyromancer? Pastu bising-bising." Kini, giliran Taikuri pula yang membebel. Kedua belah tangannya mencekak pinggang dengan penuh gaya.
Ktak! Sebatang ranting hinggap tepat ke wajah Taikuri. Terkejut bukan kepalang apabila dia mendapat lemparan tepat daripada Raeya.
"Kau punya bidang complicated-lah. Aku punya lagi senang. Ambil bidang ini untuk teras api lepastu boleh guna senjata ikut suka hati kita tanpa ketetapan. Lagi pun aku faham basic, sebab ayah aku pyromancer juga." Balas Raeya bangga. Marah-marah si Taikuri di bawah dibiarkannya tidak menelinga.
Sebuah batu pula hampir melanggar dahi Raeya namun dia sempat mengelaknya. Segera wajahnya berubah kepada marah lalu menunduk memandang Taikuri yang turut mempunyai riak yang sama. Oleh itu, terjadilah aktiviti melempar-lempar segala benda yang ada.
"Hey, kalian! Nak makan tak- Ouch!" Melaine yang baru sahaja tiba di tempat itu segera merengus geram apabila adu sakitnya tidak diendahkan.
Dia menarik nafas dalam sebelum bersuara dengan suara yang memang tidak dijangka untuk dikeluarkan oleh seorang gadis. "Woi! Saya panggil ni kan, nak makan ke tak?! Kayu api yang saya minta bawa tadi pun tak habis bawa lagi, kan? Penat saya dan Ny masak dengan apa yang ada, ini yang saya dapat?! Benjol di kepala?!"
Raeya dan Taikuri segera mendiamkan diri lalu menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Membulat mata mereka melihat sang pemilik suara garau itu. Melaine Ryuu? Penyanyi terkenal Kota Aveast membuat suara yang sebegitu?
"Kalau aku rakam tadi, mesti viral." Ucap Raeya sederhana kuat. Tanpa disedari, sebuah batu kecil meluru laju ke arah Raeya dan dia tidak sempat untuk mengelaknya kerana sungguh matanya tidak dapat menangkap apa yang baru sahaja terjadi. "Aduh!"
Selepas itu, Melaine lantas kembali ke arah jalan yang dilaluinya tadi. Kakinya dihentak-hentakkan tanda marah. Bibirnya pula membebel-bebel geram.
"Melaine tu, marah jarang-jarang sangat tapi sekali dia marah... Hahahah... Jangan main-main." Taikuri bersuara sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Takut pula apabila melihatkan Melaine sebegitu.
Raeya mengeluh kuat. Kakinya dihayun-hayunkan laju tanda protes. "Aaaa, aku nak turun tapi macam mana? Lapar juga ni. Tak pasal-pasal Melaine habiskan makanan sebab marah dengan kita." Bisingnya dari atas pokok.
"Pandai panjat, pandai turun sendiri." Tutur Taikuri lalu berjalan pergi meninggalkan Raeya di situ. Kayu api yang dikumpulnya tadi diambil semula dari tempat yang dia letakkan kemudian mengikut arah jalan Melaine lalui tadi untuk ke tempat mereka berkhemah.
Ternganga Raeya dibuatnya. Apakah?
"Taikuri, kau tunggu aku turun nanti, siap kau!" Jerit Raeya dari atas pokok. Dia sudah mula berdiri dengan jari telunjuknya yang dituding ke arah Taikuri yang sempoi berjalan.
Taikuri tersenyum senget tanpa memandang ke belakang. Alah Raeya itu, tunggulah sekejap. Nantilah muncullah sayapnya itu semula. Bukannya tidak boleh terbang langsung.
Oleh itu, perjalanan Taikuri ke tempat mereka itu semula ditemani jeritan dan sumpah-seranah Raeya yang semakin lama semakin perlahan di belakang.
☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆
Hi semua! Huwaaa lama dah tak update. Semua sibuk dengan assignment apa semua. Maaf sangat-sangat sebab lambat update. Terima kasih yang masih menunggu dan masih membaca. Saya menghargainya sangat-sangat! (╥_╥)
Baru perasan selepas bab 6, saya tidak lagi letak lagu huhu. Oleh itu, marilah vibe bersama saya. (〃ω〃)
YOU ARE READING
Pelepah Emas
FantasyNoctu Aviary, terbahagi kepada empat kota utama. Kota Flightwest, Kota Northwing, Kota Aveast dan Kota Feasouther. Penghuninya bukan biasa-biasa, mereka mengamalkan teras alchemy yang berbeza-beza. Apa yang istimewanya tentang dunia ini adalah setia...