one

274 36 31
                                    



"Abang, oh abang!" Melati menjerit memanggil suaminya dari bawah. Firash Anuar, lelaki kacukan korea merangkap suami Nur Melati itu terus turun ke bawah melihat si isteri.

"Iya Melati, nak apa terpekik-pekik panggil saya ni? Nak kata terberanak, mengandung pun belum lagi." Melati memukul manja lengan suaminya. Tergelak Firash dibuatnya.

Nur Melati, gadis kampung yang telah mencuri hati si Firash  dan kini telah bergelar isteri kepada Firash Anuar. Sudah hampir dua tahun mereka berkahwin. Tetapi masih lagi tiada cahaya mata dan sedang menunggu rezeki.

"Sayang nak apa?"

"Melati tiba-tiba rasa nak makan lasagnalah abang. Jom keluar makan lasagna jom jom." Melati menarik-narik lengan Firash, cuba mengajak lelaki itu.

Firash hanya menggeleng-geleng. "Pasti awak nak makan lasagna?" Tanya si suami untuk kepastian. Bukan dia baru kenal si Melati ini. Laju si isteri mengangguk.

"Baiklah, mari makan lasagna."


━━━


"Dua lasagna–" Melati menarik hujung baju Firash membuatkan lelaki itu berhenti berkata-kata dan memandang si isteri.

"Tiga abang tiga. Abang satu, Melati dua." Firash hanya menggeleng-geleng lalu memandang pelayan itu semula, "Tiga lasagna, sirap ais dan limau ais, itu sahaja." Pelayan itu mengangguk lalu beredar.

"Amboi, sampai dua lasagna, badan awak tu sudahlah macam gajah–"

"Oh awak samakan saya dengan gajah ye? Awak tu lagi berat dari saya tau." Melati memotong kata suaminya sambil memberi jelingan.

"Ha melawan melawan, tak baik melawan cakap suami tau." Sempat dia mencuit hidung si isteri sambil tergelak kecil. Melati pula hanya mempamerkan wajah cemberut.

Tidak lama kemudian pesanan mereka telah tiba. Firash menelan air liur melihat makanannya yang terhidang. Bukan apa, dari petang tadi dia belum makan. Memanglah lapar semacam.

Dia lalu memandang Melati di sebelah, sedang bermain dengan phonenya. Firash terus mencuit pinggang Melati membuatkan gadis itu terhinjut. "Eee Firash!"

"Jangan main phone je, makan cepat. Balik nanti saya nak tengok bola." Dia tidak mendengar kata suaminya, masih lagi bermain dengan phone.

"Nur Melati..." Terus riak wajah Melati bertukar. Bukan kerana si Firash memanggil namanya, tetapi kerana sesuatu di dalam phonenya.

"Abang..." Firash mengerutkan keningnya, pelik melihat wajah si isteri yang sedang mengolok-olok membuat muka comel. Ya tuhan, mengapa pula dengan isterinya ini...

"Kenapa pula awak ni sayang–"

"Melati tak mahulah lasagna ni...Melati rasa nak makan tomyamlah pula."

"Lepastukan abang...boleh tak rabu lusa kita makan cendol? Melati nak tomyam dengan cendol."

"Pulak dah..."

━━━

Hari Isnin kau berkata nak makan lasagna
Dah sampai kedai nak tomyam pula
Oh my God!

Petang Rabu nak cendol pula
Biar betik!
Nasib kau baik
Mood aku baik

𝐑𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚𝐧 : 𝗞𝗬𝗦Where stories live. Discover now