seven

141 31 16
                                    



Dinda jangan marah marah
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua


"Janganlah marah sayang, meh sini kita menari. Ni lagu kegemaran sayangkan." Firash mencucuk manja pipi Melati yang sedang cemberut itu.

"Tak mahu."


Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawan


"Eh abang!" Terkejut Melati dibuatnya apabila suaminya menarik pinggangnya tanpa amaran. Dipeluk erat pinggang isterinya itu. Tangan Melati pula naik memegang bahu si suami.

Mereka berdua mula menari mengikut irama lagu sambil menghayati lagu tersebut, Dinda dinyanyikan oleh Masdo.


Dinda kanda pergi hanya seketika cuma
Inikan semua demi masa depan kita


Lama mereka bertatap mata, sehinggalah Melati membuka mulut untuk mengatakan sesuatu.

"Abang..." Melati memandang tepat suaminya. Wajahnya bertukar menjadi serius, namun terselit juga senyuman kecil di bibir gadis itu.

Firash tersenyum, tangannya naik menyelitkan rambut Melati di belakang telinga gadis itu. Tak mahu berhenti dia menatap wajah isterinya, rasa ingin tatap selamanya.

"Kalau apa-apa terjadi dengan Melati, abang tunggu Melati tau." Senyuman Firash memudar. Lagu yang dimainkan tadi tiba-tiba sahaja berhenti.

"Melati cakap apa ni?" Gadis itu masih tersenyum tanpa berkata apa-apa. Ingin sahaja lelaki itu menangis apabila melihat bayangan isterinya memudar seperti ingin lesap.

"M-melati..." Firash tidak dapat lagi merasa sentuhan isterinya. Air matanya sudah jatuh membasahi pipi.


"Abang...tunggu Melati ye..." bayangan Melati lesap.

Firash jatuh terduduk. Dia kini tersedar...

𝐑𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚𝐧 : 𝗞𝗬𝗦Where stories live. Discover now