five

145 30 34
                                    




"Abangggg!!" Firash yang sedang khusyuk menonton bola sepak terkejut mendengar teriakan dari Melati. Dengan pantas dia bangun berlari naik ke atas dan masuk ke dalam bilik mereka berdua.

Terlihat Melati yang sedang berkemban berdiri di atas katil dengan wajah yang cemas. "Kenapa menjerit ni?" Perlahan-lahan Melati mengangkat tangannya menunjuk arah bilik air.

"A-ada cicak dalam bilik air! Melati gelilah abang! Sibuk sahaja mahu usya Melati mandi."

"Dah tu nak suruh abang buat apa?"

"Halaulah cicak tu ish abang ni! Melati nak mandi ni!" Firash menggeleng-geleng melihat karenah Melati. Dia pun lalu masuk ke dalam bilik air untuk mencari binatang miang yang mengusya isterinya mandi.

"Tak ada pun, dah larilah tu. Mungkin dia takut dengan abang yang kuat ni kot." Kata Firash selamba. Melati perlahan-lahan turun dari katil.

"Betul eh tak ada?" Firash mengangguk. Matanya memandang ke arah lain selain isterinya. Iyalah isterinya sedang berkemban. Tidak fasal-fasal tergoda dia nanti.

"Okey...Melati mandi dululah hihi." Kata Melati lalu masuk ke dalam bilik air. Tetapi beberapa saat kemudian kepalanya menjenguk keluar memandang Firash.

"Abang," Firash menjungkitkan keningnya.

"Abang dah mandi ke belum? Nak mandi dengan Melati tak?" Dengar sahaja ayat terakhir yang dilontarkan isterinya, membuatkan lelaki itu terkejut. Telinga pula sudah memerah menahan malu.

"HEI!"

******

Firash menutup phonenya apabila melihat si isteri baru menapak masuk ke dalam bilik mereka. "Sayang, abang nak tanya ni."

Melati hanya mengangkat kening sebagai jawapan sambil mengambil tempat di sebelah suaminya di atas katil. Dia menepuk-nepuk bantalnya beberapa kali sebelum kepalanya mendarat.

"Sayang tahukan perkara apa yang menyebabkan wanita mandi wajib." Melati mengangguk, gila jika dia tidak tahu. Berkerut dahi gadis itu mendengar kata-kata Firash. Kenapa pula tanya soalan begini, easy pula tu.

"Apa dia?"

"Mestilah haid dan bersetubuh." Firash mengangguk. Senyuman kecil meleret di bibirnya apabila melihat wajah isterinya yang polos.


"Sayang dah mandi wajib?"

"Dahhh.."

Firash lalu merapatkan tubuhnya dengan si isteri. Terkilan Melati dibuatnya melihat perbuatan si suami. "A-abang ni kenapa pula dekat dekat ni."

Firash merapatkan wajahnya di telinga Melati lalu dia berbisik, "Esok sayang kena mandi wajib lagi sekali ya..." Melati menelan air liurnya.

Sempat dia melihat senyuman senget di bibir Firash sebelum lampu tidur mereka terpadam.

𝐑𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚𝐧 : 𝗞𝗬𝗦Where stories live. Discover now