"Assalamualaikum warahmatullah...assalamualaikum warahmatullah..." Firash memberi salam lalu dia menadah tangannya untuk berdoa seketika. Selepas habis membaca doa, dia melipat sejadah dan simpan ia ke dalam almari.Tutup sahaja pintu almari, hampir gugur jantung lelaki itu dibuatnya apabila melihat tubuh Melati berdiri di sebelahnya sambil tersenyum. Rasa seperti nampak hantu pula.
"Ya Allah sayang ni, buat saya terkejut tahu tak. Kalau Firash ada masalah jantung naya awak tahu tak nak angkat Firash pergi hospital. Haish Nur Melati...cubalah bagi salam ke apa sayang oi." Bebel Firash sambil tangannya menjentik dahi Melati.
Melati mengusap dahinya, hilang senyumannya. "Melati ajak gurau jelah abang ni. Duk potpet potpet macam mak leha pula." Memuncung bibir gadis itu. Firash tersengih.
Dia menanggalkan songkoknya lalu letak di atas meja tidur, lantas dia mendaratkan tubuhnya di atas katil. Melati juga turut baring di sebelah suaminya. Sengaja dia menghimpit dirinya dengan si suami.
"Duduk himpit orang nak bagi saya jatuh ke? Ni mesti ada sesuatu ni." Firash menjengilkan matanya memandang Melati. Gadis itu sudah tersenyum sumbing. Betul lah, dia sudah ada niat.
"Abang..." suara Melati bertukar lembut, lebih lembut dari yang biasa. Firash di sebelah sudah menelan air liur. Naik seram mendengar suara si isteri.
"S-sayang jangan macam-macam. Mentang-mentang Allah bagi cuti, jangan nak tukar jadi pontianak, abang tak suka tau." Firash cuba menjauhkan dirinya dari Melati.
"Abang...Melati nak minta sesuatu ni..." Kata Melati sambil tangannya naik melukis di atas perut Firash. Geli perut lelaki itu dibuatnya. Bukan geli, tapi seram.
"Abang tahukan puasa dah nak dekat..." Firash mengangguk laju sambil melihat tangan si isteri bermain di atas perutnya.
"Melati nak langsir baru."
"Bukan bulan lepas–"
"Alaaaaaaa! Dah nak rayakan, nak tukar langsir baru!" Firash menghela nafas. Tahun ni sudah kali ke-sepuluh mereka membeli langsir. Kata Melati sudah bosan dengan corak yang sama, sekali-sekala beli langsir baru.
Sekali-sekala?
"Suka hati awaklah sayang. Belum start puasa dah minta beli langsir ish ish." Firash menggeleng lalu menutup kelopak matanya perlahan. Rasa letih melayan karenah si isteri di malam begini.
Macam-macam ragam isterinya itu.
━━━
Bulan puasa baru nak mula
Dah mintak langsir macam nak raya
Ragamanmu
Hanya aku yang tahu
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚𝐧 : 𝗞𝗬𝗦
RomanceMacam-macam ragam, rasa letih mahu melayan. Inspired by Ragaman, Faizal Tahir. Published: 010321 Completed: 060321