six

137 31 10
                                    



Firash melipat sejadahnya lalu simpan ia ke dalam almari. Dia baru sahaja habis solat maghrib. Fikirkan mahu solat bersama Melati, tetapi isterinya pergi membuang air besar pula.

Firash duduk di birai katil. Kedengaran pintu bilik air terbuka, Melati sudah pun keluar dari tandas. Gadis itu lalu mengambil telekungnya, bersedia untuk solat maghrib.

Sempat dia memandang suaminya dan berkata, "Apa tengok-tengok, tahulah Melati cantik." Dijelirnya lidah pada si suami sebelum dia memulakan solatnya.

Firash hanya membuat muka redha, tidak tak tahu mengapa dia sahaja yang kena.

Selepas sahaja isterinya selesai solat, Firash menunggu Melati melipat telekungnya. Baru sahaja ingin menarik gadis itu naik ke atas katil, gadis itu sudah menjauhkan diri.

"Jangan sentuh Melati."

'Kenapa pula minah ni?' Soal Firash dalam hati. Pelik pula melihat tingkah laku Melati. Apa dia ada lakukan apa-apa kesalahan pada gadis itu? Rasanya tidak...

"Lah kenapa pula, abang nak ajak cuddle dengan sayanglah."

"Melati ada air wudhuk, Melati nak simpan sampai isyaklah– abang jangan– KANG YEOSANGGGGGG!" Tak sempat Melati mahu habiskan percakapannya, Firash sudah mencucuk pipi isterinya.

Terkekek lelaki itu ketawa melihat isterinya sudah protes dengan menghentakkan kakinya. "Abang niii jahatlahhhh! Sampai hati!"

"Alololo sorrylah sayang, abang gurau je. Nanti kita ambik air wudhuk sama-sama ha okey." Firash mengenyitkan matanya pada si isteri. Namun hanya jelingan yang dia dapat.

"Tak mahulah Melati kawan dengan abang. Abang tidur dekat ruang tamu malam ni." Kata Melati sambil menyilangkan tangannya ke dada. Merajuk pula.

"Alah sayang–"

"Tak dengar tak dengar!" Firash hanya membuat muka redha. Balasannya kerana suka menyakat si isteri.

𝐑𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚𝐧 : 𝗞𝗬𝗦Where stories live. Discover now