last

204 35 20
                                    




Firash duduk di birai katil sambil memegang sebingkai gambar. Ya, gambar perkahwinan dia dan Melati.


Air mata jantannya mengalir deras di pipi. Perasaan rindu pada si isteri tak dapat dia ungkapkan. Rindu mahu luangkan masa bersama Melati. Tetapi itu semua hanya tinggal kenangan.


Bila lagi dia boleh bina kenangan manis bersama isteri tercinta?


Dia penat mahu menanggung rindu. Rindu mahu bergurau dengannya, rindu dengan kasih sayangnya, belaian, sentuhan- tidak dapat dia ungkapkan. Tuhan sahaja yang tahu.


"Melati...Firash rindu dengan Melati..."


"Ya Allah...tolonglah kuatkan hamba mu ini Ya Allah. Aku tak mampu menampung beban dan rindu pada si dia." Firash lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia menutup kedua kelopak matanya sambil mengimbas semula kenangan lama. Tangannya pula erat memeluk bingkai gambar mereka berdua.


Sudah hampir dua bulan Melati tiada di sisinya, tetapi bau minyak wangi kegemaran si isteri masih lagi dapat dia bau. Mana tidaknya dia rindu.


Air mata Firash semakin banyak mengalir di pipinya. Dia tahu dia perlu bersabar dan perlu terima takdir yang tuhan beri, mungkin ini satu ujian baginya.


Setiap hari, selepas solat, Firash tidak pernah lupa berdoa untuk Melati. Setiap hari dia mengadu pada-Nya bahawa dia rindu pada isterinya, sehingga hari ini.


'Inikah perasaan apabila kehilangan seseorang yang kita sayang?' Soal Firash dalam hati.


Dia kembali berdesis, 'Ya tuhan, rasanya perit dan sakit. Mengapa aku perlu tanggung perasaan begini? Aku tidak berdaya.'


Lama lelaki itu menangis sehingga dia hampir terlelap.


Baru dia mahu dibuai mimpi, phonenya berdering. Firash bangun dan mencapai phonenya yang tidak jauh. Pantas dia mengelap air matanya dan membetulkan kotak suaranya sebelum menjawab panggilan seseorang.


Tidak sempat dia berkata apa-apa, orang di sana sudah menyapa dia dahulu.











"Y-yeosang! M-melati sudah sedar dari koma! Cepat datang!"








–TAMAT–


Amacam? Harap jadilah plot twistnya- jk. Kelaut pula pengakhiran dia. Jangan marah ending macam gini HAHAHHAHA

Aku publish short story ni pun sebagai hadiah untuk aku sendiri- iya romantik sungguh juni HAHAHAHA, ok lool bye :]

terima kasih sebab sudi baca <33


terima kasih sebab sudi baca <33

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐑𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚𝐧 : 𝗞𝗬𝗦Where stories live. Discover now