Firash mengelap peluh menggunakan lengan bajunya. Apron pula dicabut lalu sangkut ia di belakang pintu dapur. Dia memandang lauk pauk yang terhidang di atas meja sebelum melangkah ke ruang tamu memanggil si isteri."Melati oh Melati! Abang sudah siap masak, marilah turun makan! Abang nak tengok bola lepas ni!" Jerit Firash dari bawah lalu dia duduk di ruang tamu dan membuka televisyen, mencari siaran bola.
Melati yang berada di dalam bilik sedang bersolek. Lipbalm dia ambil dan calit pada bibirnya. Lagaknya seperti mahu keluar. Tapi benarlah, dia memang mahu keluar.
Dia bangun dan melihat pantulannya di cermin sambil berpusing, melihat baju yang tersarung pada dirinya. Dia tersenyum suka sebelum mencapai beg tangan lalu turun ke bawah.
"FUH GOLLLLL!" Sorakan Firash membuatkan gadis itu terkejut. Dia mengurut dadanya sebelum melangkah ke arah si suami.
"Abang oh abang, jomlah." Melati mencuit bahu suaminya. Firash menoleh memandang Melati, pelik dengan penampilan isterinya. Dengan muka yang bersolek, mahu pergi mana?
"Sayang nak pergi mana? Tak cakap pun mahu keluar."
"Jomlah abang, kita ambil angin. Melati rasa sudah lama kita tak ambil angin."
"Tapi abang tengah tengok bola ni. Sayang pergi duduk depan kipas, makan angin sepuas-puasnya."
"Abang ni! Main-main pula. Cepatlah, jom keluar. Bola ni nanti-nanti ada ulangan kan." Firash mengeluh. Mahu tidak mahu dia perlu akur. Nanti si isteri merajuk, siapa lagi mahu memujuk kalau bukan Firash Anuar.
******
"Mana pula bini aku ni, tadi dah bersiap beria nak keluar. Ni batang hidung pun aku tak nampak." Kata Firash seorang diri di dalam kereta sambil menunggu isterinya.
Phone Firash tiba-tiba berbunyi. Pelik lelaki itu dibuatnya apabila dia dapat mesej dari Melati.
Sayanghehet><
Abang matikanlah enjin tu.
Melati rasa tak mahu keluar.
Perut Melati sakit.Sayanghehet><
Ha sebelum balas chat Melati
Jangan marah eh
Salahkan period Melati ni haSayanghehet><
Sayang abang!
Grr meowwFirash menutup phonenya lalu dia meraup wajahnya. "Ya Allah, kuatkanlah aku..."
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚𝐧 : 𝗞𝗬𝗦
RomanceMacam-macam ragam, rasa letih mahu melayan. Inspired by Ragaman, Faizal Tahir. Published: 010321 Completed: 060321