four

149 30 24
                                    




Melati melihat suaminya yang sedang duduk di balkoni sambil memandang langit yang gelap. Tersengih gadis itu apabila satu idea terlintas di dalam kepalanya.

Pantas dia menuju ke arah Firash lalu mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Yeosang tengah buat apa tuu?" Firash menoleh memandang isterinya pelik. Manakala Melati hanya membuat muka polos lalu dia kembali membuka mulut.

"Kenapa Yeosang tengok Melati macam tu? Melati cantik sangat ke? Hihi malulah." Melati memukul manja lengan Firash. Semakin berkerut wajah lelaki itu.

"미친..." Balas Firash sambil tersenyum. Dia tahu isterinya tidak memahami apa yang dia katakan. Riak wajah Melati bertukar. "Abang cakap apa tadi?"

"미친 여자..." Firash menggeleng-geleng. Wajah Melati semakin berkerut. "Abang ni...speaking Korea dengan Melati pula. Tahulah Melati tak faham ish."  Melati menyilangkan tangannya ke dada. Dia kenakan orang, dia dapat balik.

Firash ketawa terkekek lalu dia menarik tangan Melati. Ditatapnya wajah si isteri lalu dia berkata, "사랑한다."

Melati memandang suaminya, dia diam. Tidak lama Firash mulai perasan wajah Melati sudah memerah, hampir sahaja dia menjadi tomato. Lagi sekali Firash ketawa. "Sayang faham ke apa abang cakap tadi hm?"

Pantas Melati mengalihkan pandangan, tidak mahu dia bertatap mata dengan suaminya, malu. "S-sarang tu kan c-cinta. Mestilah Melati tahu."

Firash tersenyum kecil. Kedua-dua tangan isterinya digenggam erat.

"Thank you, sayang."

"Terima kasih sebab sudi terima Firash untuk jadi teman sehidup semati Melati. Peneman hingga hujung nyawa."

"Firash tak mahu kehilangan Melati sebab Firash sayanggggg Melati. Melati tahu..."

"Once I knew you I never wanted to know anyone else."

"Nggak bisa bahasa inggeris." Melati menggaru kepalanya. Sengaja mahu bergurau dengan si suami. Melati ni seorang yang suka main-main. Salah satu sebab mengapa Firash suka pada Melati. Comel betul.

"Sayang ni! Spoil lah!" Firash menghentakkan kakinya sambil mencebik. Melati sudah tersengih. Dia lalu memegang kedua-dua pipi suaminya.

"Iya iya, Melati sayang Abang juga. Abang jangan tinggalkan Melati tau. Nanti Melati sunat abang kali kedua–" Kata gadis itu sambil menggomol pipi Firash.

"Sayang ni..." Firash menjuihkan bibirnya.

"Alololo Melati gurau je. Sudahlah, Melati malulah cakap dengan abang. Abang buat Melati tak keruan aAAAaaaA–" Melati menutup mukanya dengan kedua tangan sambil berlari masuk ke dalam bilik mereka lalu dia terjun ke atas katil.

Malu dia bukan main. Firash tersengih sambil menggeleng-geleng. Comel melihat ragaman si isteri.

𝐑𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚𝐧 : 𝗞𝗬𝗦Where stories live. Discover now