Bab 13

8.1K 301 1
                                    

Sara yang baru terjaga dari lenanya mendapati tempat di sebelahnya sudah kosong itu menunjukkan bahawa Mikhail sudah bangun lebih awal dan tanpa melengahkan masa Sara terus bangun dan membersihkan diri sebelum dia keluar dari bilik

Mikhail yang sedang berbincang sesuatu dengan semua orang suruhannya itu terus saja berhenti saat terpandangkan isterinya yang baru turun ke bawah

"Sayang nak makan?" Tanya Mikhail dan menghampiri sara manakala orang suruhannya tadi semua sudah keluar terlebih dahulu setelah menegur Sara

"Hmm..abang dah makan ke?" Tanya Sara

"Belum, abang tunggu sayang dulu tadi abang keluar jogging aje" kata Mikhail sambil memimpin tangan isterinya ke dapur

selesai sarapan bersama, Mikhail mengajak isterinya itu keluar dan mereka berdua berjalan di pantai sambil menghirup udara yang segar

"Sayang happy lepas kahwin dengan abang?" Tanya Mikhail yang sedang berjalan sambil memeluk pinggang isterinya

"Happy! walaupun sebelum ni Sara rasa takut dengan abang tapi lepas dah kahwin dengan abang Sara rasa selamat dan selesa" Jawab Sara mesra

"Kalau abang nak tanya sesuatu boleh sayang jawab dengan jujur?" Tanya Mikhail

"Apa dia?" Tanya Sara semula 

"Sebelum Sayang kena culik dengan abang sayang baru pindah rumah kan? Kenapa Sayang tak tinggal dengan papa sayang?" Tanya Mikhail

Lama Sara mendiamkan diri sambil merenung jauh ke arah laut 

"Kalau abang nak tahu Sara ni dari kecik papa tinggalkan dekat kampung dengan arwah nenek dan mama pula meninggal selepas setahun bercerai dengan papa waktu tu Sara baru berumur 7 tahun" kata Sara dan Mikhail yang perasan akan wajah Sara yang bertukar sedih itu segera memeluk tubuh isterinya erat 

"Bila Sara dah berumur 17 tahun papa datang ambil Sara selepas sehari aje nenek dikebumikan dan waktu tu Sara happy sangat sebab ingatkan papa masih sayangkan Sara rupanya tak papa ambil Sara pun sebab nakkan harta peninggalan arwah mama dan tanah rumah nenek, tapi Sara masih sayangkan papa sebab Sara membesar tanpa papa selama ni Sara rindukan seseorang yang boleh bagi kekuatan pada Sara. Bila Sara sampai aje rumah papa Sara disambut dengan tengkingan ibu tiri Sara yang maki Sara dan cakap Sara ni pembawa sial dalam hidup diorang hampir setiap hari ibu dengan abang tiri Sara marah dan pukul Sara, pernah juga sekali tu abang tiri Sara cuba nak sentuh Sara tapi diorang buat tak tahu aje dan ugut Sara suruh diamkan perkara tu" Sara membuka cerita hidupnya kepada Mikhail 

Mikhail yang mendengar cerita Sara itu sudah menahan geram dihati tangan yang berada di perut Sara itu digenggam erat menahan sabar, rupanya selama ini isterinya ini selalu dipukul oleh ibu dan abang tirinya

"Bila Sara dah mula kerja dekat tadika tu selama setahun Sara cari rumah sewa dan lepas tu terus aje Sara pindah keluar dari rumah papa" kata Sara

"Abang minta maaf sayang sebab tak pernah ambil tahu masalah sayang dan kisah hidup sayang selama ni" ucap MIkhail yang berasa bersalah pada isterinya itu

"Abang tak salah apa2 pun dengan Sara sepatutnya Sara yang ucapkan terima kasih pada abang sebab sudi kahwin dengan Sara dan terima Sara" kata Sara lalu memusingkan tubuhnya menghadap Mikhail lalu tubuh itu dipeluk erat bagai melepaskan rindu

"Sayang jangan risau abang sayangkan sayang sangat2 dan semua orang dekat rumah tu sayangkan sayang jadi sayang tak payah lagi takut pada Kamal atau Badri diorang takkan boleh buat apa2 pada sayang lepasni" kata Mikhail

"Abang jangan tinggalkan Sara macam mana papa buat pada mama ye?" kata Sara

"Tak sayang, abang tak akan tinggalkan sayang" pujuk Mikhail apabila terasa bajunya basah dengan air mata Sara 


Bidadari Cinta (Completed)Where stories live. Discover now