Bab 16

7.7K 282 3
                                    

Dua Minggu Kemudian

Sara yang sedang sibuk mengemas katil itu dipeluk dari arah belakang dan Sara dapat rasakan ciuman Mikhail pada lehernya yang terdedah

"Kenapa sayang kemas katil ni, kan abang dah pesan jangan buat apa2 kerja pun biar Siti dengan Ijah aje yang kemas rumah" kata Mikhail

"Mana boleh ni kan katil kita biar sara ajelah yang kemas bukan susah pun tarik cadar dan susun bantal aje" kata Sara

"Sayang tu tengah mengandung kalau jadi apa2 siapa yang susah?" Tanya Mikhail dan pipi isterinya dicium 

Sejak dapat tahu tentang kehamilan Sara Mikhail memang menjaga Sara dengan sangat teliti sehinggakan Sara langsung tidak dibenarkan mengemas atau melakukan sesuatu yang lasak di mata Mikhail

"Abang, Sara tak buat kerja yang berat2 pun Sara kan dah janji Sara akan jaga diri Sara dan anak kita ni abang tak payah risau" Kata Sara

"Okay, tapi ingat kemas katil aje" pesan Mikhail sebelum dia berlalu keluar mahu menyelesaikan tugasan pejabatnya di rumah

Sejak Sara mengandung Mikhail memang membuat keputusan untuk bekerja dari rumah dan hanya akan ke pejabat sekiranya ada sesuatu yang penting

Selesai mengemas katil Sara turun ke tingkat bawah dan mendapati semua orang suruhan mereka sedang bersarapan di ruangan dapur

Melihat Sara yang masuk ke dapur semua berdiri dan menegur Sara

"Eh, duduklah Sara masuk nak ambil susu aje" kata Sara yang kurang selesa dengan kelakuan orang suruhan Mikhail 

"Tak apa puan biar saya hantarkan untuk puan, puan tunggu aje dekat ruang tamu" Kata Hanif

"Tak apa, bukan susah pun tuang aje dalam gelas" Kata Sara

"Puan dah makan ke?" Tanya Mark pula

"Dah, saya dah makan dengan bos korang tadi" jawab Sara dengan mesra

sejak tinggal dirumah ini dia jadi semakin akrab dengan semua yang bekerja di rumah ini dan dia mengaku dia suka apabila mereka semua melayannya dengan baik dan menemaninya sekiranya Mikhail tidak ada dirumah sekurang-kurangnya dia tidak kesunyian

Sedang Sara melayan drama di ruang tamu loceng rumah mereka berbunyi menandakan ada tetamu yang datang

Mark yang memang bertugas menjaga pintu hadapan membuka dan memeriksa tetamu mereka

"Puan, keluarga puan ada dekat luar" beritahu Mark

Sara yang kurang senang dengan kehadiran mereka itu bangun juga untuk ke pintu hadapan

"Eh perempuan, mana laki kau?" Tanya Badri sampai saja Sara di muka pintu itu

"Abang ni memang tak ada  adab ke, datang2 rumah orang tanya macam tu?" tegur Sara

"Eh betina, ni bukan rumah kau ni rumah laki kau pandai kau eh mentang2 dah kahwin dengan jantan kaya kau berlagak sekarang ni eh?" sampuk ibu tirinya pula

"Ibu, tolong jangan buat hal dekat sini Sara dah tak ada kena mengena lagi dengan keluarga Ibu" Kata Sara

"Siapa kata kau dah tak ada kena mengena, selama kau menumpang dekat rumah aku tu kau ada bayar balik ke kau ni memang tak reti kenang jasa kan" marah ibu tirinya

"Kalau ibu datang sini sebab duit Sara tak ada duit jadi ibu dengan abang tolong balik" kata Sara dengan baik

"Tak guna, kau nak halau aku?" marah ibu tirinya

"Biasalah tu ibu orang dah hidup mewah memanglah berlagak" kata BAdri

"Kau dengar sini aku nak kau minta duit dari laki kau tu, aku nak pakai duit bapa kau dah kena tahan dengan polis semalam sekarang ni kami tengah susah jadi kau sebagai anak dia kena tolong kami" kata ibu tirinya

"Sara minta maaf, Sara tak boleh tolong ibu dengan papa Sara tak nak minta pada Mikhail Sara malu ibu" Kata Sara

"Malu! Eh selama ni kau datang menumpang rumah aku kau tak malu pulak!" tengking ibu tirinya

"Eh kau jangan banyak cakap boleh tak perempuan, kalau dah kitorang suruh minta tu minta ajelah" sambung Badri

"Apa bising2 ni?" Tanya MIkhail yang baru turun setelah dimaklumkan oleh Mark

"Eh, tak ada apalah Encik Mikhail saya datang nak jumpa anak saya dah lama sangat tak balik rindu saya dengan dia" kata ibu tiri Sara

Mikhail merenung wajah Sara yang kelihatan sedih dan menunduk

"Tak payah bising2 kalau nak jumpa datang lain kali aje isteri saya tengah sakit sekarang" kata Mikhail dan bahu Sara dipeluk erat

Dia sudah mendengar perbualan mereka sejak dia menuruni tangga tadi

"Ye ke, Sara sakit kenapa tak bagitahu ibu sayang" kata ibu tiri Sara sambil berpura2 terkejut

"Dah, pergi balik korang ni akan buat isteri saya jadi lagi sakit tolong keluar sekarang" arah Mikhail

Hanif yang berada di luar diarahkan oleh Mikhail untuk mengusir dua beranak itu keluar

Ibu dan abang tiri Sara yang tidak berpuas hati itu menjeling Sara

"Masuk sayang" tubuh Sara diiring masuk oleh Mikhail

"Kenapa sayang diam aje tadi, lain kali suruh aje Mark halau dua beranak tu keluar jangan jumpa lagi dengan diorang" arah Mikhail dan tangan Sara diusap

"Papa kena tangkap dengan polis semalam" kata Sara

"Biar dia rasa sayang, siapa suruh dia ambil dadah pandai buat pandailah tanggung" kata Mikhail

"Papa ambil dadah?" Tanya Sara yang terkejut dia langsung tidak tahu hal ini

"Ye, semalam masuk berita tentang ni, sebab tu abang tak kasi sayang buka tv semalam" kata Mikhail

Sara mengeluh, tidak tahu mahu rasa apa sekarang ini dengan hal bapanya ada rasa kesian namun rasa marah dan benci lebih tinggi

"Dah tak payah fikir hal tu semua, sekarang ni sayang tak boleh stress nanti boleh effect baby kita" pujuk Mikhail dan memeluk tubuh Sara

Sara yang tidak mahu tertekan itu merehatkan kepalanya di dada Mikhail 

Bidadari Cinta (Completed)Where stories live. Discover now