Bab 15

7.5K 284 0
                                    

Sejak dua menjak ini Sara dapat rasakan badannya agak lemah dan sering mual2, namun dia tidak memberitahu soal itu kepada suaminya kerana tidak mahu Mikhail risau

Tengah hari itu Sara yang sedang makan di meja makan terasa seperti mahu mengeluarkan semula makanan yang sedang dimakannya, cepat2 dia berlari ke singki dapur dan memuntahkan semula makanan

"Puan okay ke ni?" Tanya Siti pembantu rumah itu

"Saya okay cuma rasa tak sedap badan aje sikit, kak siti tolong kemas meja makan ye saya dah tak lalu nak makan" kata Sara dan berlalu naik ke tingkat atas setelah dia membersihkan mulut

Sara yang masuk sahaja ke dalam bilik tidur itu terus berbaring dan tidak sampai beberapa minit dia sudah terlena

sedang  nyenyak tidur Sara terjaga dek terasa tangan kasar sedang mengelus wajahnya

"Kenapa sayang bangun, tidurlah abang temankan sayang tidur" kata Mikhail

"Sekarang dah pukul berapa, bila abang balik?" Tanya Sara sambil menggosok matanya perlahan terasa lama dia terlena tadi

"Dah pukul 6.30, abang baru aje balik kak Siti cakap sayang tak sihat" kata Mikhail

"Sayang okay, tadi je rasa macam tak sedap badan" Kata Sara

"Sayang kalau tak sihat lagi jom pergi klinik risau abang tengok sayang lemah macam ni" kata Mikhail sambil mengusap lembut rambut Sara

"Sayang okaylah abang, jangan risau dah pergi mandi bau abang busuk" kata Sara sambil berpura2 menekup hidung

"Busuk ke, abang rasa bau minyak wangi abang tak hilang lagi ni" kata Mikhail sambil menghidu sendiri bau badannya dan ya memang masih wangi sisa minyak wangi masih melekat di bajunya

"Pergilah mandi dah nak senja ni" kata Sara dan tubuh Mikhail ditolak perlahan untuk bangun

"Yelah2 abang mandi, sayang tak nak mandi sama ke jomlah temankan abang mandi" ajak Mikhail sambil menarik tangan Sara

"Tak naklah, sayang nak baring kejap" kata Sara dan setelah melihat wajah Sara yang agak lemah itu Mikhail tidak terus memaksa dia dengan segera masuk ke bilik air dan membersihkan diri

selesai membersihkan diri Mikhail yang baru keluar dari bilik air mendapati Sara sedang memicit perlahan kepalanya

"Sayang sakit kepala ke?" Tanya Mikhail yang menghampiri dan terus mengambil alih memicit kepala isterinya

"Erm..sikit" balas Sara dengan malas terasa tidak larat mahu bersuara

"Sayang tunggu kejap abang ambilkan minyak angin" kata Mikhail dan berlalu keluar dari bilik tidur mereka lalu turun ke bawah

"Mark" panggil Mikhail pada salah seorang orang suruhannya yang sedang berbual di kawasan taman rumah itu

"Ye bos" Mark yang berlari itu menghampiri Mikhail

"Panggilkan Doktor Haziq suruh datang sekarang" arah Mikhail 

"Baik bos, tapi bos tak sihat ke?" Tanya Mark penuh prihatin terhadap majikan nya itu

"Bukan aku, Puan korang dia tak berapa sihat" jawab Mikhail

"Yelah bos, saya panggilkan sekarang" balas Mark dan segera membuat panggilan


Bidadari Cinta (Completed)Where stories live. Discover now