Bab 5

10.3K 360 3
                                    

Bangun sahaja dari tidur Sara mendapati Mikhail di sebelahnya sudah tidak ada jadi Sara turun dari katil dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum turun makan di bawah

Selesai bersiap, keluar sahaja dari bilik air Mikahil sudah siap menunggu dengan sarapan yang terhidang di meja sebelah tingkap bilik

"Aku ada siapkan sarapan, kita makan dulu lepasni aku akan bawa kau keluar pergi beli barang kau" kata Mikhail sambil tangannya sedang sibuk menaip sesuatu di telefon

Sara tidak membantah atau banyak soal dia terus sahaja makan, lapar benar dia setelah penat didera oleh Mikhail semalam

"Lapar betul kau?" perli Mikhail

"Mestilah, awak dera saya teruk kot semalam" kata Sara sambil menjeling

"Sakit lagi ke?" Tanya Mikhail sehingga membuatkan Sara tersedak roti yang dimakannya

"Tak" balas Sara dengan pipi yang merah

"Baguslah, aku risau juga aku ingatkan aku ganas sangat semalam lepas tengok kau tidur macam dah mati aje semalam" Sindir Mikhail

'Menyesal pula aku bagi semalam' marah Sara dalam hati

"Keluarga awak dah tahu ke pasal perkahwinan kita ni?" Tanya Sara

"Aku tak ada keluarga" balas Mikhail selamba sedang mengunyah roti bakarnya

Sara diam dan memandang riak kosong lelaki itu, dia tidak mahu bertanya lagi cukup dia tahu lelaki itu tidak punya keluarga

Selesai bersarapan Sara dibawa keluar berjalan ke mall yang terletak tidak jauh dari rumah mereka

"Kau boleh pilih apa aje yang kau nak" Kata Mikhail

Sara membelek sekeliling mall, dia hairan kenapa mall itu kosong tanpa satu pun manusia yang masuk membeli belah selain mereka

"Kenapa mall ni kosong semacam?" Tanya Sara

"Aku dah tempah mall ni, aku tak suka pergi tempat yang ramai orang atau crowded  so aku dah tempah semua kau tak payah risau kau boleh aje beli semua kalau kau nak" kata Mikhail

Sara diam dia malas mahu bertanya lebih lagipun bukan dia yang akan keluarkan duit

Banyak juga yang diborong namun semuanya pilihan Mikhail memandangkan lelaki itu mengutuk jenis fesyen yang disukai Sara , Katanya pilihan Sara bagaikan makcik pasar pagi

Selesai membeli belah pada tengah hari itu Sara dibawa makan ke sebuah restoran yang agak mewah 

"Kau suka tempat ni?" Tanya Mikhail

"Suka, cantik" Balas Sara sambil tersenyum gembira kerana buat pertama kali dia dapat merasa makan ditempat yang mewah begini

"Kalau macam tu lepasni aku akan bawa kau makan tempat2 yang macam ni" Kata Mikhail

"Kenapa awak layan saya baik macam ni?" Tanya Sara setelah mereka selesai makan tengah hari

"Sebab kau isteri aku dan untuk pengetahuan kau aku takkan berkahwin lagi dah hanya kau yang akan bergelar isteri aku sebab aku bukan jenis yang romantik so aku tak ada masa nak menggatal dengan perempuan" Kata Mikhail

Entah kenapa Sara senang mendengarnya, mungkin kerana selama ini dia memang selalu berharap dia satu2 nya isteri kepada suaminya kelak


Bidadari Cinta (Completed)Where stories live. Discover now