Special Edition *1*

5.9K 207 2
                                    

Mikhail yang sedang sibuk menyemak kertas kerja di bilik kerjanya diganggu oleh bunyi baby walker yang masuk ke bilik kerjanya itu, memang selalu ketika dia melakukan kerja pada lewat malam dia tidak akan akan menutup rapat pintu bilik itu kerana risau jika anak2nya menangis dan kasihan untuk mengejutkan isterinya yang letih menjaga dua orang anak mereka pada waktu siang

"Anak papa ni sejak dapat kaki kemain dia eh malam2 buta pun nak berjalan" pantas Mikhail berlari mendapatkan anaknya yang belum kuat lagi kakinya untuk bergerak itu 

si kecil itu tertawa seronok apabila si bapa sudah menggendong, bangun aje tidur dia disusu oleh mamanya namun setelah mamanya meletakkan dia di tempat mainan di lantai dia sibuk pula mencari papanya

"Ni kejap lagi mesti mama risau tengok anak dia hilang" pipi gebu itu dicium geram 

wajah anak gadisnya memang seiras wajah Sara, dengan bibir yang munggil dan hidung yang tinggi cukup menampakkan wajah itu terpancar seri kecantikkan mamanya dan matanya yang sedikit kecoklatan itu memang mengikut sangat mata papanya

"Abang, Mikayla hilang" Sara yang cemas berlari masuk ke bilik kerja Mikhail yang terletak bersebelahan dengan bilik tidur mereka, yang memisahkan bilik kerja itu dan bilik tidur hanya pintu kayu yang bersaiz besar sahaja

"Ni ada sini, dia datang cari papa" kata Mikhail sambil tersenyum

"Ish...Mikayla ni mama baru tinggal kejap pergi tandas dia dah buat mama risau" bebel Sara dan bersandar pada pintu kayu itu hampir hilang nyawanya melihat tempat mainan anaknya kosong tanpa si comel itu 

"Sayang jangan risau lah, dekat luar tu ada budak2 abang takkan lah diorang nak biar aje anak bos diorang ni berjalan malam2 buta" kata Mikhail

"Saya bukan risau pasal tu saya risau dia jatuh ke apa" kata Sara dan menghamipri suami dan anaknya

"Abang bila nak tidur, tak habis lagi ke kerja?" tanya Sara sambil mengerling ke arah meja kerja yang berselerak dengan kertas

"Ada sikit lagi, abang nak siapkan cepat lagipun esok kan abang dah janji dengan anak2 nak bawa bercuti" kata Mikhail

"Kalau abang sibuk kita tundakanlah dulu sampai kerja abang siap, abang jangan manjakan sangat anak2 nanti diorang berharap" kata Sara yang kurang senang dengan Mikhail yang selalu manjakan anak mereka lebih2 lagi anak sulung mereka 

"Anak kita sayang, nak marah pun abang tak sampai hati lebih2 lagi bila anak2 abang ni semua ikut perangai mama diorang yang manja, sayang pun abang manjakan apa " usik Mikhail sambil mencium dahi Sara

"Sayang lain, anak2 lain" kata Sara sambil bermanja dalam pelukan suaminya itu 

Disebelah kiri Mikhail menggendong Mikayla manakala sebelah kanan pula dia memeluk Sara 

"ha'ah, manja mama untung dia papa dapat kan" usik Mikhail 

Sara mencubit perlahan perut Mikhail, geram dengan kegatalan suaminya itu

"Mana anak teruna abang?" tanya Mikhail

"Dah tidurlah dia, sekarang ni dah pukul 12 lebih anak dara abang ni aje yang ikut perangai abang suka tidur lewat" kata Sara

Mikayla dicium lagi, dia tidak akan puas menggomol anak perempuannya itu walaupun berada di tempat kerja mesti setiap 15 minit dia akan membuat video call untuk melihat wajah comel anaknya2 

Sara mengeluh, dalam hati terkadang dia hairan bagaimana lelaki yang dulunya ketua gengster boleh berubah jadi penyayang sampai begini rupa langsung tidak seperti Mikhail yang dia kenal buat pertama kali 

Melihat Mikayla yang mengusat matanya Sara terus mengambil Mikayla dari dukungan papanya 

"Jom tidur, mama pun dah ngantuk ni" kata Sara 

"Goodnight anak papa, nanti papa masuk okay" kata Mikhail saat anaknya itu menarik lengan baju tidurnya mengajak tidur bersama barangkali

Kuat si kecil itu merengek apabila si papa tidak mahu ikut sama, memang susah nak tidurkan si Mikayla ini hanya Mikhail yang mampu tidurkan si puterinya itu 

"Papa ada kerja lagi ni, nanti papa masuk sayang tidur dengan mama dulu" kata Mikhail dan mencium pipi serta dahi anaknya bertubi-tubi

"Dah2, jom tidur jangan nak mengada sangat mama dah letih ni" bebel Sara dan memisahkan anak serta bapa itu 

masuk ke bilik senyap pula dia pulas tidur, mengantuk sangat lah tu 

selepas mencium dan mendodoikan anaknya Sara turut baring di sisi anaknya itu, letak sahaja kepala dia pun turut terlena


Bidadari Cinta (Completed)Where stories live. Discover now