Bab 12

8.5K 316 0
                                    

Sara yang tertidur di sofa ruang tamu itu terganggu oleh tangan seseorang yang sedang mengusap wajahnya dengan lembut sebelum dia rasa sebuah ciuman dihadiahkan di pipinya, dia yang terjaga itu tersenyum apabila wajah Mikhail berada dekat dengan wajahnya

"Abang ganggu tidur sayang ke?" Tanya Mikhail dengan suara separuh berbisik

"Taklah, sara baru aje terlelap tadi ingat nak naik mandi tiba2 mata rasa berat pula" kata Sara

"Bagus juga tu kalau macam tu sayang boleh mandi dengan abang" kata Mikhail

Sara yang malu terus bangun dan duduk di sisi lelaki itu sebelum kepalanya direhatkan di atas bahu Mikhail

Kepala Sara diusap dengan lembut  oleh Mikhail seakan membelai isterinya itu

"Sayang buat apa dekat rumah harini?" Tanya Mikhail sambil sebelah lagi tangannya membuka tali leher

Sara yang perasan Mikhail sedang membuka tali lehernya segera membantu suaminya itu 

"Tak buat apapun cuma harini ramai pula tetamu yang datang dan salah seorangnya bekas tunang abang tu" kata Sara 

"Dia datang cakap apa dekat sayang? Dia ada pukul sayang ke?" Tanya Mikhail cemas 

"Taklah, sayang marah dia dan halau dia keluar, abang tak marah kan?" Tanya Sara yang risau jika suaminya itu tidak suka dia berkasar dengan bekas tunang lelaki itu 

"Buat apa abang nak marah, baguslah kalau isteri abang ni garang tak adalah senang dibuli abang pun tak risau nak tinggal sayang dekat rumah" Kata Mikhail

"Abang nak risau apa semua bodyguard abang ada dekat sini mana aje Sara pergi mesti diorang ikut" Kata Sara

"Still abang tetap risaukan sayang, perempuan tu bukan boleh buat main dia kalau dah gila dia boleh bertukar jadi harimau tau buatnya dia cakar sayang ke apa tak ke susah abang nanti" Kata Mikhail

Sara yang mendengar kutukan suaminya itu terhadap Sally hanya ketawa terasa kelakar pula jika dia bayangkan Sally bertukar harimau dan datang mencakarnya

"Kalau dia jadi harimau Sara pun boleh bertukar jadi monyet Sara akan tarik rambut dia yang merah tu sampai botak" kata Sara

sekarang Mikhail pula yang ketawa membayangkan apa yang dikatakan isterinya itu

"Teruk juga isteri abang ni dalam banyak2 binatang monyet juga yang dia nak bertukar kan jenuhlah abang nak jaga nanti mesti nakal"

Sara ketawa sebelum bangun dan menarik tangan suaminya untuk bangun bersama

"Jom naik mandi, Sara dah lapar ni" ajak Sara

"Jom, abang pun rasa nak bertukar ni nak jadi buaya nak ngap sayang" Tubuh Sara didukung naik ke tingkat atas, Sara yang terkejut dengan tindakan suaminya itu terjerit kecil sebelum leher suaminya dipeluk erat takut terjatuh.


"Aku nak korang ajar si Badri tu, berani dia nak naik tangan dekat isteri aku dia ingat dia siapa untuk pukul isteri aku" kata Mikhail sambil menggepal tangannya menahan geram setelah mendengar perkara yang terjadi siang tadi 

"Bos nak saya ajar dia sampai lunyai ke?" Tanya Mark

"Kalau boleh biar dia tinggal nyawa2 ikan aje, biar dia berakal dengan bini siapa dia cari pasal" arah MIkhail

"Baik bos" Balas Mark dan Hanif 

setelah mereka berdua keluar dari bilik pejabatnya dia terus masuk ke bilik sebelah dimana Sara sedang tidur keletihan dan langsung tidak terjaga apabila Mikhail naik ke katil lalu mengusap kepalanya

"Kenapa sayang tak pernah bagitahu abang sayang selalu kena pukul dengan Badri" tanya Mikhail perlahan

wajah comel itu ditenung penuh kasih, Mikhail sendiri tidak menyangka dia akan jatuh cinta dengan gadis yang diculiknya ini rupanya bukan dia yang menculik Sara malah Sara yang menculik dirinya sehiggakan dia sendiri tergila-gilakan gadis itu, sering saja wajah comel ini bermain difikiran sekiranya mereka berjauhan sementara


Bidadari Cinta (Completed)Where stories live. Discover now