Bab 3

10.9K 356 3
                                    

Sara yang baru bangun dari tidur itu turun ke tingkat bawah setelah dia membersihkan diri, kakinya berhenti melangkah saat terpandangkan lelaki itu sedang makan di meja makan dan kelihatan seperti lelaki itu sudah siap untuk ke tempat kerja 

Sara yang sudah mahu berpatah balik ke bilik tidurnya itu ditegur oleh lelaki itu

"Kau tak payah nak lari dari aku,  kau tinggal serumah dengan aku dah sah2 kita akan selalu bertembung" kata lelaki itu

Sara hanya diam dan merenung lelaki itu sambil dia berdiri di anak tangga terakhir itu

"Tak payah nak jadi salah seorang dari bodyguard aku, sini duduk makan dengan aku" panggil lelaki itu 

mahu atau tidak Sara terpaksa menurt kata2 lelaki itu dan dia mengambil tampat di sebelah kanan lelaki itu

Sekeping roti bakar diletakkan di dalam pinggan Sara dan lelaki itu menyenduk pula telur mata yang terhidang dihadapan Sara

"terima kasih" ucap Sara perlahan

"Besok kau siap, kita nikah" kata lelaki saat roti bakar itu hampir digigit oleh Sara

"Nikah?" Tanya Sara yang terkejut dengan berita itu

"Kau yang cakap semalam pasal halal haram dengan aku sekarang kau buat2 terkejut pula" sindir lelaki itu

"Saya tahu, tapi kenapa kena bernikah saya boleh jadi pembantu dalam rumah ni kalau awak nak" kata Sara

"Kau ingat aku beli kau untuk jadi pembantu ke?" Tanya lelaki itu sambil senyum senget menghiasi wajah tampannya

"Tapi-" belum sempat Sara menghabiskan ayatnya lelaki itu sudahpun berdiri dan mencapai blazernya

"Aku tak nak dengar apa2 dari mulut kau yang aku tahu kau akan bernikah dengan aku besok" kata lelaki itu sebelum berlalu pergi

Sara yang berada di meja makan itu terdiam dan hanya mampu mengeluh mengenangkan nasibnya selepas ini, entah apa akan terjadi padanya setelah menikahi lelaki itu tapi tiada sesiapa yang akan peduli akan hidupnya

Setelah puas meneroka seluruh pelosok rumah banglo itu dia duduk keletihan di sofa ruang tamu 

"Cik ada nak minum apa2?" tanya salah seorang dari bodyguard lelaki itu yangbaru masuk ke dalam rumah menghantar bekalan bahan mentah di dapur

"Tak apa, saya tak dahaga" Kata Sara

"Saya Dhanie kalau cik ada nak apa2 boleh bagitahu saya, saya akan ada dekat depan pintu masuk" beritahu lelaki itu

"Ya, terima kasih" kata Sara sekurang2nya dia lega ada juga seseorang yang baik di rumah ini

"erm..Dhanie, saya nak tanya sesuatu boleh?" Tanya sara

"Boleh cik, tanyalah" kata Dhanie

"Apa nama bos awak tu ye?" Tanya Sara 

"Mikhail Amirul" jawab Dhanie

"OH...tak apa saya saja nak tahu" kata Sara yang sudah hilang rasa tanda tanya sejak semalam lagi

"Kalau tak ada apa2 saya keluar dulu ye" pinta Dhanie sebelum dia berlalu keluar

setelah Dhanie keluar Sara yang kebosanan membuka kaca televisyen dan menonton drama yang disiarkan di kaca televisyen sebelum matanya tercantap pada iklan yang muncul di kaca televisyen

'Seorang pemuda yang sudah bergelar jutawan di peringkat umur 30-an nya, akan berkongsi tips kejayaan pada Rabu minggu depan bersama tetamu istimewa kami Encik Mikhail Amirul yang merupakan anak kepada Dato Marzuki' 

melihat figura lelaki itu di kaca televisyen membuatkan Sara diam tidak bergerak terkejut mendengar berita bahawa lelaki itu salah seorang usahawan terkenal


Bidadari Cinta (Completed)Where stories live. Discover now