Bab 20

8K 278 2
                                    

Sara yang sedang memiih baju bayi itu tiba2 ditolak kasar oleh seseorang dari arah belakang sehinggakan perutnya yang sudah besar itu terkena pada rak kayu di kedai itu, nasib saja rak itu dihiasi dengan kain2 yang agak tebal jadi tidaklah kuat mana hentakan yang terkena tadi

"Eh perempuan!" marah Sally yang muncul dibelakang Sara

"Kau lagi,  apa lagi yang kau tak puas hati ni hah?" Tanya Sara yang geram dan meletakkan semula baju yang dipegangnya tadi

"Aku memang takkan pernah puas hati dengan perempuan kampung macam kau ni, disebabkan kau Mikhail tinggalkan aku dan dia dah lingkupkan company papa aku!" marah Sally

"Eh, kau jangan nak menuduh eh aku tak ada kena mengena dengan company papa kau yang dah lingkup tu lagipun Mikhail yang jauh hati pada aku bukan aku yang goda dia macam kau" Sara turut sama naik memarahi Sally

Sejak dari kejadian yang berlaku dulu sehinggakan dia dan Mikhail bergaduh itu Sara sedar dia tidak sepatutnya lagi menjaga hati orang yang tidak suka padanya kerana sejauh mana sekalipun kebaikan yang ditunjuk dia tetap akan dipijak sama seperti keluarganya

"sejak kau muncul dalam hidup Mikhail semuanya dah berubah, dia dah tak macam dulu sekarang ni aku nampak dia dah jadi macam lembu kena cucuk hidung kau tahu tak" 

"Siapa lembu kena cucuk hidung tu?" Tanya Mikhail yang muncul dan memeluk bahu Sara

"Mikha you kena sedar perempuan ni cuma nakkan harta you aje dia bukan betul2 sukakan you pun" kata Sally

"You tu yang kena sedar, Sara lebih baik dari you bukannya i tak tahu you tu yang sebenarnya nakkan harta i kan sebab syarikat papa you dah nak jatuh" Kata Mikhail sambil senyum senget

"Sampai hati you kan Mikha, You lebih pilih perempuan yang you tak kenal asal-usul dia berbanding i yang dah lama kawan dengan you" Sally berpura-pura menangis meminta simpati dari lelaki itu namun apa yang diterima hanyalah jelingan maut Sara

"Habis kau kenal sangat ke laki aku?!" Perli Sara dengan marah

Mikhail yang mendengarnya turut terkejut dan memandang isteri yang berada dalam pelukannya itu

"Mestilah i kenal, semua pasal Mikhail ada dalam poket i aje" kata Sally dengan berlagak

"Habis kau tahu dekat mana tahi lalat dia?" tanya Sara secara tiba2 sehingga membuatkan Sally dan Mikhail ternganga 

"Sayang?" tegur Mikhail yang pelik dengan sikap Sara

"A-apa kau merepek ni, mestilah aku tahu hubungan Mikha dengan i dah lebih dari peluk" kata Sally

"Sally! you jangan nak fitnah i eh!" marah Mikhail

"dekat mana?" Tanya Sara

"d-dekat da-da dia" kata Sally dengan perlahan

Sara yang tersenyum sinis itu terus memeluk pinggang Mikhail

"Salah...aku ni isteri dia acap kali berada dalam pelukan dia dan hubungan aku dengan Mikha lebih jauh dari berpelukkan" sindir Sara sambil tersenyum manis pada Mikhail

Mikhail pula hanya tayang senyum dan tanpa segan silu terus diciumnya bibir Sara dihadapan perempuan itu

Sally yang bertukar menjadi pontianak secara tiba2 itu terus mencapai kotak barangan bayi yang berada di atas meja bersebelahan dengannya dan membaling kotak itu ke arah Sara

Mikhail yang tangkas terus mendakap erat tubuh Sara dan kotak yang dibaling terkena pada tubuh Mikhail

"M-Mikha I tak-" belum sempat si Sally buka mulut Sara membaling kotak yang jatuh ke lantai tadi dan terkena pada wajah Sally sehinggakan wajah yang bersolek tebal itu tercalar dan berdarah dibahagian pipi

Sally yang kesakitan itu menangis dan berlari keluar dari kedai itu, dia tidak menyangka gadis yang dulu dilihat lemah hari ini bertukar ganas secara tiba2

"Sayang okay tak, ada luka dekat mana2?" tanya Mikhail yang risau

"Sara okay, bahu abang tu macam mana?" tanya Sara yang perasan kotak tadi terkena pada bahu suaminya

"Sikit aje ni" balas Mikhail dan wajah yang kini sudah tembam itu diusap manja

Dia tahu perangai Sara kini bertukar ganas semuanya kerana pembawakan budak, kemarin ketika mereka scan jantina anak mereka,  mereka disahkan akan menimang cahaya mata lelaki sulung

"Nakal eh isteri abang sekarang" perli Mikhail

"Sekarang Sara bukan lagi mudah dibuli okay" kata Sara dan sambung semula memilih pakaian bayi di kedai itu

Mikhail turut sama memilih disisi si isteri takut mahu meninggalkan isterinya berseorangan lagi 

Bidadari Cinta (Completed)Where stories live. Discover now