Indah dan bahagia, dua kata itu cukup menggambarkan betapa sempurnanya hidup Airis Qaisya. Namun, satu kejadian yang menimpa telah meragut segala-galanya. Dalam sekelip mata, indah itu lenyap.... bahagia itu ranap.
Kakak kembarnya, Alayna Naira, mel...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan rasa rendah diri, Shera nak announce yang novel ke-4 Shera dah diterbitkan untuk slot bulan Mac 2021. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi.
Yang berminat nak pre-order, boleh klink link ni ye: linktr.ee/sherazulghafar
RM26.00/RM29.00 (SM/SS)
50 yang terawal pre-order akan dapat free gift dan free shipping!
***
Blurb:
Indah dan bahagia, dua kata itu cukup menggambarkan betapa sempurnanya hidup Airis Qaisya. Namun, satu kejadian yang menimpa telah meragut segala-galanya. Dalam sekelip mata, indah itu lenyap.... bahagia itu ranap.
Kakak kembarnya, Alayna Naira, melarikan diri sebelum perkahwinannya bersama Azhar Iskandar. Ayah dan ibunya pula terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa. Belum sempat dia menyapu luka di hati, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi perempuan, rupa-rupanya bayi itu adalah anak Naira.
Sejak kehadiran Hannan, putaran hidupnya berubah, semakin huru-hara. Ada yang mahu mengambil Hannan daripadanya agar kebajikan anak kecil itu lebih terjaga. Dalam keadaan terdesak, dia perlu mencari calon suami agar tiada siapa pun yang mengganggu hidupnya bersama Hannan. Masalahnya sekarang, siapa yang sudi hendak memperisterikan gadis ting tong sepertinya?
"Tolong jadi suami Qaisya! Kahwin dengan Qaisya. Tanpa syarat! Boleh?" – AIRIS QAISYA
"Ini kerja gila, Qaisya! Mana mungkin kita kahwin tanpa cinta?" – AZHAR ISKANDAR
Mustahil untuk dia menatap wajah Qaisya tanpa memikirkan bekas tunangnya. Tetapi, dia bersimpati dengan nasib Qaisya yang sudah jatuh ditimpa tangga. Akhirnya, mereka bersetuju untuk berkahwin hanya kerana ingin membela nasib Hannan. Ingatkan Naira tidak akan muncul kembali, tetapi kepulangan kakak kembarnya mengeruhkan lagi keadaan.
"Kakak tahu kakak dah banyak buat salah. Kakak dah banyak berdosa." -ALAYNA NAIRA
Apa yang sebenarnya terjadi pada Naira? Adakah Qaisya akan meninggalkan Azhar agar Naira dapat memperoleh peluang kedua bersama lelaki itu? Layakkah status ini dipertahankan bila cinta itu sudah hilang?
Seandainya masa dapat diputar kembali, aku tetap memilih kamu. Menerima kamu apa adanya. Membahagiakanmu sebagai syarat utama kerana di sebalik mata itu, wujud sebuah duka yang perlu dihapus air matanya.