Bab 2: Surat Misteri

233 10 0
                                    

Bab 2

"QAISYA minta maaf, kak. Qaisya tak bermaksud nak buat kakak menangis hari ini."

Qaisya memegang tangan Naira selepas mereka pulang dari makan malam bersama Azhar dan menghantar lelaki itu ke hotel supaya dapat berehat. Qaisya cuba tersenyum tetapi merasa bersalah apabila Naira terus berdiam diri selama beberapa minit. Hatinya lega apabila Naira akhirnya tersenyum. Naira mengangguk perlahan dan membelai tangan adik kembarnya dengan penuh kasih sayang.

Sejujurnya, ini bukan salah Qaisya. Semua ini berpunca daripada dirinya sendiri. "Tak, jangan minta maaf. Qaisya tak buat salah apa-apa pun pada kakak. Kakak aje yang sensitif tak tentu pasal. Kakak minta maaf juga, ya?" Naira tersenyum kemudian menarik Qaisya ke dalam pelukan yang erat.

"Kita tak gaduh, kan?"

"Pernah ke kita gaduh lebih dari sehari?"

"That's right! Fuhh, lega Qaisya. Kalau tidak, mesti tunang kakak marahkan Qaisya."

"Tak ada maknanya dia nak marah. Dia tu jenis penyabar. Tenang aje 24 jam. Susah nak tengok Abang Azhar tu marah, Qaisya."

"Iyalah tu. Qaisya bukan kenal dia sangat. Entah-entah dia jenis pendendam ke dengan Qaisya. Kita tak tahu kan?"

"Macam-macamlah Qaisya ni."

"I love you, you know?"

"I know. Dan, kakak pun sayangkan Qaisya juga."

Naira dan Qaisya menjarakkan diri dari satu sama lain dan tersenyum. Tangan Qaisya diusapnya lama. Dia melihat adik kembarnya sambil termenung panjang. Kalaulah aku boleh cakap perkara yang sebenar pada Qaisya. Aku takkan rasa bersalah macam ini! Dia ingin mengajak Qaisya. Tetapi, dia tidak mahu pentingkan diri. Apa akan jadi nanti kalau mereka berdua lari dari rumah? Siapa pula yang akan jaga orang tua mereka?

Tetapi, Naira tahu dia tidak boleh tinggal di sini lagi. Dia tidak sanggup hendak mengecewakan orang tuanya jika mereka tahu akan keadaan dirinya yang kini sudah berbadan dua hasil perbuatan terkutuknya dengan bekas teman lelakinya sebulan yang lalu.

Tambahan pula, keluarganya sangat dihormati ramai orang. Takkanlah dia hendak menconteng arang di wajah orang tuanya dengan berita kehamilan ini? Tapi, dia lebih tak sanggup untuk menggugurkan kandungannya. Itu membunuh namanya! Naira tak sanggup! Naira menghela nafasnya panjang dan meletakkan telapak tangan di perutnya, membelainya sedikit dan akhirnya membuat keputusan muktamad.

Tidak peduli apa keputusannya, dia tidak boleh membiarkan Qaisya terlibat dalam hal ini. Dia tidak mahu menyusahkan Qaisya lagi. Di dalam keluarga mereka, Qaisya sudah sering dilihat seperti anak yang sentiasa memberontak. Sentiasa tak dengar cakap dan nasihat orang tua mereka. Kalau orang tua mereka cakap A, Qaisya akan buat B. Qaisya bukanlah anak yang nakal tetapi Qaisya lebih memilih untuk membuat sesuatu perkara mengikut kata hatinya.

Bukan mengikut kata-kata orang di sekelilingnya. Sebab itulah Qaisya tidak pernah kisah dengan apa yang orang nak cakap. Dan, sebab itu jugalah Naira tidak sampai hati hendak mengajak Qaisya lari bersamanya. Sudahlah orang tua mereka lebih menyayanginya daripada Qaisya. Kalau Qaisya ikut lari bersamanya malam ini, bukan ke Qaisya akan dilihat seperti orang jahat? Naira takut nanti Qaisya pula yang dituduh telah menghasutnya untuk lari dari rumah dan membatalkan perkahwinannya dengan Azhar di saat-saat genting begini.

"Dah kenapa pula mengelamun ni?" tanya Qaisya sambil tertawa pada dirinya ketika dia melambaikan kedua tangannya di hadapan muka Naira. Dia pelik melihat kelakuan Naira sejak akhir-akhir ini. Senang mengelamun dan kadang-kadang seperti hilang arah.

Naira segera dibawa kembali ke realiti apabila dia mendengar Qaisya memanggilnya. "Boleh kakak tanya Qaisya something?" Dia menanya sambil menarik bantal kegemarannya dan memeluknya erat.

Setelah Kita Bertemu [ TERBIT ]Where stories live. Discover now