Bab 9: Kita Kahwin

321 14 0
                                    

Bab 9

KAMELIA tertawa kecil apabila Qaisya menceritakan semuanya padanya. Akhirnya, berhasil juga rancangannya hendak meminta tolong Azhar. Tak sangka juga Azhar bertindak sepantas itu.

Fikirnya, Azhar sudah tidak peduli dengan Qaisya. Adakah Azhar membantu Qaisya hanya kerana Naira semata-mata? Azhar masih sayangkan Naira ke?

Atau pun, Azhar benar-benar ambil berat tentang Qaisya? Ah, tak apalah. Mana-mana pun tak apa asalkan Qaisya dibantu.

"Comel kan baju ni, Mel? Abang Azhar yang belikan tau," kata Qaisya lagi sambil menyarungkan dres baru yang dibeli Azhar minggu lalu ke tubuh kecil Hannan. Comel betul!

Kamelia turut sama tersenyum. Dia mengangguk setuju. Seronok melihat Qaisya yang tersenyum gembira. Sudah lama dia tidak lihat Qaisya gembira begitu.

Lega hatinya melihat Qaisya yang kembali ceria. Tidak perlu risau lagi hendak membeli barang-barang keperluan Hannan kerana telah Azhar belikan semuanya.

Kamelia mencubit pipi comel Hannan kemudian memandang Qaisya yang sedang leka menyikat rambut Hannan yang sedikit itu.

"Macam mana dengan interview kau, Mel? Dapat tak kerja tu?" Qaisya menanya apabila melihat Kamelia masih mendiamkan diri. Pelik pula melihat kelakuan Kamelia hari ini. Selalunya, Kamelia lah yang paling banyak cakap!

Kamelia hanya mengangguk. "Alhamdulillah. Dapat, Sya. Aku start kerja minggu depan. Tapi, kita terpaksa berjauhanlah. Aku ditempatkan di Johor," balas Kamelia dalam nada kesal.

Tidak sampai hati hendak berjauhan dengan kawan baiknya yang seorang itu. Risau kalau nanti terjadi apa-apa pada Qaisya dan Hannan.

"Tak apalah, Mel. Nak buat macam mana? Takkanlah aku nak halang kau pula."

"Tapi, aku tak sampai hati, Sya. Nak tinggalkan kau dengan Hannan."

"Jangan risaukan kami! Pandai-pandailah nanti aku jaga Hannan, Mel."

Kamelia mengeluh lagi. Dia tergelak kecil melihat Hannan yang sibuk bermain dengan anak patung yang dibeli oleh Azhar. Bibir Kamelia menguntum senyuman.

"Sebenarnya.. aku yang call Abang Azhar suruh datang jenguk kau, Sya." Kamelia berterus-terang dengan kawan baiknya. Dia menelan liurnya sementara menunggu Qaisya untuk memberikan respons.

Qaisya mengangkat wajahnya lalu memandang Kamelia. Dia turut sama tersenyum. "Aku dah agak! Mesti kerja kau punyalah. Aku memang tak percaya bila Abang Azhar cakap dia kebetulan lalu di rumah ni," ujar Qaisya sambil mencuit pinggang Kamelia.

"Sorry, Sya. Aku tak berniat nak menyibuk hal kau. Aku cuma nak bantu aje."

"Aku faham. Tapi, lepas ni jangan buat lagi tau."

"Maksud kau?"

"Dah cukup banyak aku susahkan dia. Biarlah kali ini, aku handle masalah aku sendiri."

"Tapi, dia risaukan kau. Buktinya, dia datang ke sini untuk tengok kau lepas aku bagi tahu dia yang kau ada masalah. Itu maksudnya dia ambil berat tentang kau, Sya."

"Kau nak cakap apa sebenarnya ni, Mel?"

Qaisya menelan liur. Dia malas hendak melayan Kamelia yang penuh dengan idea. Kadang-kadang, idea Kamelia boleh dipakai. Tetapi, hari ini Qaisya memilih untuk tidak terpengaruh dengan idea Kamelia.

Azhar dan dia? Tak boleh, tak boleh. Azhar kan pernah bertunang dengan Naira? Hampir jadi abang iparnya. Jadi, hanya setakat itu saja hubungan mereka. Sekadar abang dan adik. Tidak lebih daripada itu.

Setelah Kita Bertemu [ TERBIT ]Where stories live. Discover now