💐💐💐
Kring-kring!
Loceng yang dimainkan oleh Uncle Ice-cream membuatkan Qayyum, Qayyim dan Qasrina bertempiaran lari keluar rumah. Masing-masing dah bersiap-sedia dengan wang ringgit. Maklumlah orang kaya.
“Wah ini hari ini mau beli apa?” tanya Uncle Ice-cream yang selalu menunggang motorsikal aiskrimnya ke seluruh taman-taman perumahan di kawasan itu.
“Harini kami nak aiskrim potong dalam plastik 3,aiskrim 1 Malaysia nak 10!” kata Qayyum yang sudah melepaskan lelah. Uncle ice-cream hanya mengangguk lalu mengeluarkan setiap aiskrim yang dipesan.
“Semuanya RM8.” Uncle ice-cream menghulurkan plastik kepada Qasrina. Qayyim menghulurkan wangnya. “Nah ini bakinya.”
“Tak perlulah Uncle ice-cream,keep the change!”kata Qasrina lalu mereka bertiga berlari masuk ke rumah. Uncle ice-cream hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya. ‘Dah tua pun nak berlari macam budak-budak’
🥀🥀🥀
Sedang Qayyum,Qayyim dan Qasrina ralit makan aiskrim potong,tiba-tiba Mommy mereka datang.
“Ya Allah tiga ekor ni!Kome duk makan sini senyap-senyap rupanya!Puas Mommy cari!” tu diaa loghat Perak dah terkeluar dah tu.
Mereka bertiga tersengih-sengih. Bukan selalu dapat makan aiskrim potong ni. Aiskrim legend ni! Dari kecil membesar makan ni saja waktu hujung minggu.
“Hehe.. Mommy jangan marah ye. Bukan selalu kami dapat makan ni. Qasrina tinggal dekat asrama. Kami berdua ni pula pulun study tak habis-habis.”kata Qayyum sambil membuat peace ✌🏻. Yang lain pun mengikut.
“Haih budak-budak ni lah. Mommy bukan nak marah apa. Masalahnya semalam Mommy dah cakap kita semua nak keluar harini kan?” Mereka bertiga yang mendengar berkerut dahi.
“Aik bila masa pula Mommy kata kita nak keluar?”Puan Sri Jessica yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Qayyum sudah menjegilkan mata. Ha matilah kita!! Macam mana boleh lupa yang mereka akan keluar harini bersama-sama.
Qayyim dan Qasrina yang melihat Puan Sri Jessica bercekak pingang sudah bersiap-sedia. Mereka berdua melihat antara satu sama lain.
“1,–2,–3 LARIIIII!!” maka bertempiaran larilah mereka semua menuju ke bilik masing-masing. Puan Sri Jessica yang melihat, mengeluh perlahan. Orang dah cakap pun tak ingat.
🥀🥀🥀
“Assalammualaikum!” salam diberi oleh mereka. Qayyim sekeluarga melihat sekeliling rumah besar itu.
“Waalaikumussalam! Ya Allah dah lama kita tak jumpa kan.. Mari masuk.. Qayyum, Qasrina wah dah besar dah kome ye!” Puan Sri berpelukan dengan empunya suara. Qayyum hanya menggaru tengkuknya. Qasrina pula menyalam tangan Datin Rohaya.
“Jay,mari masuk”ajak Datuk Fauzi. Qayyim yang melihat terpinga-pinga. Dia nak buat apa ni?
“Anak ni sapa namanya? Jes, ni bakal menantu you ye? Segak orangnya.”Jessica tersenyum. Memang Qayyim tidak dikenali ramai. Kerana dia lebih banyak meluangkan masa dengan latihan taekwondo dan bola sepak.
“Apa you ni! Ni Qayyim lah,kembar si Qayyum. Nak ada menantu lelaki apanya kalau si Qasrina form 5 lagi..” kata Puan Sri Jessica sambil menepuk lengan Datin Rohaya. Qayyim tersenyum kelat.
🥀🥀🥀
“Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to all of you,
Happy birthday to youuuuuuu!”Tepukan gemuruh kedengaran dari tetamu yang hadir.
“Terima kasih semua! Saya tahu saya popular”kata Safiy. Nurin mencebikkan bibir.
“Sapa pula tepuk tangan untuk kau?” kata Nurin selamba. Tetamu yang hadir tergelak melihat telatah keluarga mereka.
Qayyim yang melihat dari jauh hanya mencebik melihat skrin televisyen. ‘Tu pun nak gelak ker?’ Safiy dan Airiel berada di luar negara, oleh sebab itu,mereka membuat panggilan video dengan Safiy untuk menyambut birthday party ini.
Nurin melihat sekeliling rumah atuknya. Dia tak sangka pula seramai ini tetamu yang hadir birthday party keluarga besarnya. Semua Dato'-Dato', Datin-Datin, Tengku-Tengku, Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri. Ha semua yang seangkatan dengannya datang menyambut. Semua orang, Nurin tak kenal.
Tiba-tiba Nurin ter-eye-contact dengan seorang lelaki.
‘Weh! Handsome!’ si Hati dah berbisik
‘Nurin, watch your words!’ Jantung pula dah memberi amaran.
Masalahnya si Hati ni tak nak ikut cakap si Jantung!
“Nurin, jom potong kek” Amal memanggil. Nurin berpaling membuatkan eye-contact terputus. Kesian...
🥀🥀🥀
‘Pretty’ Hati Qayyim berbisik.
‘Kan! Aku dah berdegup laju nii’ Jantung menjerit perlahan. (Hanya Qayyim yang dapat dengar.)
💐💐💐
681 words
27/02/21___________________________________
(Tekan-tekan, jangan tak tekan)
👇🏻😘👌🏻
👇🏻Vote👇🏻👇🏻Comment👇🏻👇🏻Share👇🏻
YOU ARE READING
[OG] •1• ɗєɯƛƨƛ Ɗƛɲ Ʀєmƛʆƛ (Ԋιαƚυʂ)
Teen Fiction#1 Dewasa dan Remaja Tengku Qayyim Izzqy Zaim Jayden - Dia dilahirkan kembar tiga, dia seorang lelaki dingin dan sanggup membuat apa sahaja unutk keluarga tercintanya walaupun baru berusia 16 tahun. Dia juga memendamkan perasaan cinta dan sayang kep...