🌷8🌷

13 17 0
                                    

💐💐💐

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💐💐💐

Wuishh!

Alhamdulillah, Naim selamat sampai di tanah airnya iaitu Malaysia. Banyak juga perubahan yang dapat dia lihat. Sudah hampir 5 tahun dia tidak menjejakkan kakinya disini.

Naim menempah teksi untuk pulang ke rumah. Sebelum itu dia singgah di tepi jalan untuk membeli buah-buah untuk membawa pulang.

Tersenyum Naim apabila dia melihat mangga muda yang kelihatan ranum itu. Terus dia capai dua tiga biji untuk dibeli.

🥀🥀🥀

"Assalammualaikum!!!" herit Naim sambil menekan loceng beberapa kali, yang membolehkan seluruh orang di rumah itu pekak.

"Allah sapa pulak yang memekak ni" bebel seseorang di dalam rumah, dan buka sahaja pintu Nurin dan Amal terus sahaja memeluk Naim bersama kerana teruja, terkejut,apabila Naim pulang Malaysia. Hampir sahaja badan Naim hendak tumbang, sebaik dia dapat mengimbang diri daripada terjatuh.

"Ya Allah rindunya Abang Im" kata Amal sambil memeluk erat seerat tadi. Hampir lemas dibuatnya Naim, apabila dua orang memeluknya erat.

"Ha'ah dah sampai pun Naim, meh masuk, hampa dua ni kan bagi la Naim ni masuk dulu lemas dia dibuatnya" kata Datuk Mohd Fauzi sambil membebel panjang.

"Jom Abang Naim" ajak Nurin dan Amal sambil menarik kedua-dua tangan Naim. Naim terdorong ke hadapan apabila tangannya di tarik secara kasar.

"Abang! Abang! Abang ada beli yang Mal mintak tak?" tanya Amal kepada Naim.

"Ada nah, oh ni lagi satu untuk Kak Ika" Naim menghulur dua sederhana besar kepada Amal, berseri-seri wajah Amal melihat semua barang yang diminta ada didepan matanya.

"Terima kasih Abang Im!"

"Untuk Mel ada tak Abang?!" tanya Nurin pula kepada Naim.

"Nah ni pulak untuk Mel" Naim menghulurkan sebuah lagi beg yang sederhana besar.

"Terima kasih Abang Im, Nurin naik dulu eh" kata Nurin sambil membawa beg sederhana besar itu. Amal yang melihat Nurin terus bangun sambil mengejar Nurin dari belakang.

"Weii slow la sikit, Weii Nurin, tunggu la" kata Amal yang sedang mengejar Nurin yang berlari ke arah biliknya sambil membawa dua buah beg sederhana besar.

Datuk Fauzi dan Naim hanya tersenyum sahaja melihat telatah kami.

"Ni kenapa Naim balik sini?" tanya Datuk Fauzi kepada Naim

"Sebenarnya Naim balik sini sebab keja, abah" Naim hanya tersenyum memandang Datuk Fauzi.

"Ohh, sebab itu, kalau Naim letih Naim pergi lah naik bilik Naim dulu"

[OG] •1• ɗєɯƛƨƛ Ɗƛɲ Ʀєmƛʆƛ  (Ԋιαƚυʂ)Where stories live. Discover now