BAB 1-Nota 1

108K 286 7
                                    

              Ustazah Sakinah baru sahaja selesai membuat liputan secara langsung bersama-sama panel pendakwah bebas yang lain. Tajuk perkongsian agama mengenai "Tanggungjawab isteri solehah dari segi syarak" yang di berikannya nyata mendapat respons yang menggalakkan dari para hadirin, biarpun hanya dibuat melalui YouTube. Nama Ustazah Sakinah kini meniti di bibir-bibir muslimat majoritinya. Sering membuat live perkongsian ilmu di laman media sosial, pendakwah bebas berusia 39 tahun itu yang juga merupakan ibu kepada 5 orang anak sememangnya seorang yang jelita, berperawakkan lemah lembut di sebalik pakaian muslimah lebar yang sentiasa menjaga aurat. Berkahwin pada usia yang sangat muda ketika berumur 19 tahun, suaminya yang berusia 5 tahun tua daripadanya merupakan salah seorang pegawai kanan di JAKIM.

Selesai siaran 'live' dakwahnya tadi, Ustazah selebriti itu mula membuka inbox google mail miliknya.Selain email2 berkaitan kegiatan dakwah dan agama, kelihatan terdapat beberapa email dari berberapa akaun yang berbeza. Persamaannya hanya tajuk di email tersebut: Pondok Muslimah.

        Apabila email-email itu dibuka, terdapat lampiran berupa borang permohonan pada setiap e-mail. Jika diteliti setiap borang itu, kesemua nama-nama pemohon adalah berbangsa Melayu, beragama Islam dan juga berstatus Ustazah. Tidak kiralah sama ada ustazah sekolah, tahfiz, IPT mahupun pendakwah bebas. Pada setiap borang lengkap diisi latar belakang pemohon seperti agama, pendidikan, pekerjaan terkini, status perkahwinan serta turut dilampirkan dengan satu gambar scan berukuran passport dan satu gambar penuh seluruh tubuh.

            Ketika membuat saringan terhadap permohonan-permohonan tersebut, Ustazah Sakinah mula mula rasa terkejut juga apabila menyemak Gmail nya itu. Ini kerana dia menerima permohonan nama Hidayatul Zahra bt Dr. Hj Dzukri usia 24 tahun.

"Allahuakbar, anak menantu aku sendiri" termenung Ustazah Sakinah membaca email permohonan penyertaan itu.

              Dia tak menyangka menantunya yang sedang sarat mengandung sulung 5 bulan serta anak bongsunya, Haifa Zahirah bt Hj. Akbar Tajuddin yang baru berusia 24 tahun juga mengetahui dan turut serta berminat memohon menyertai pekerjaan sambilan itu. Hanya ada satu kemungkinan, iaitu mungkin menantunya itu mendapat tahu mengenai tawaran pekerjaan ini dari ustazah kenalannya atau disekolah tempat dia mengajar yang turut melakukan kerja sambilan tersebut. Selain itu tidak mungkin, kerana gerakan kumpulan mereka adalah sangat rahsia dan teliti, malah jaringan pelanggan mereka juga sangat tertutup. Mungkin dari situ menantunya itu turut memujuk anaknya, Haifa. Memandangkan mereka memang agak rapat.

            Agak lama juga Ustazah Sakinah berfikir, mengambil kira baik buruk sama ada mahu menerima atau mereject permohonan anak dan menantunya itu. Banyak perkara yang perlu ditimbang berat olehnya. Setelah melakukan solat Istiqarah memohon petunjuk Allah, dan berbincang serta mendapatkan nasihat dari Puan Haslinda, rakan kongsinya, Ustazah Sakinah akhirnya membuat keputusan, mengambil risiko menerima penyertaan Haifa dan Hidayatul ke dalm jaringan Pondok Muslimah. Mungkin ada hikmah, fikir Ustazah Sakinah, berhusnuzon.

            Tetapi sebelum itu, dia perlu bersemuka dengan mereka dan berbicang hati ke hati terlebih dahulu. Dia perlu menyiasat sendiri sama ada kedua menantu dan anak gadisnya itu benar2 rela, sanggup dan berminat dengan pekerjaan ini. Dia juga perlu menerangkan terlebih dahulu details pekerjaan yang akan mereka ceburi agar mereka benar-benar faham akan risiko, pro dan kontranya.

            Dan seperti jangkaan, Hidayatul dan Haifa sangat terkejut bila Ustazah Sakinah bersemuka dengan mereka mengenai permohonan mereka menyertai Pondok Muslimah. Terkejut kerana tak sangka rahsia gelap mereka kantoi dengan Ustazah Sakinah. Lebih-lebih lagi Hidayatul yang sedang mengandung, malu kepada ibu mertuanya itu kerana kantoi. Tapi lebih memeranjatkan mereka berdua ialah apabilaUstazah Sakinah bukan sahaja tidak marah, malah juga turut mengaku yang dia merupakan pengasas Pondok Muslimah.

       Fikiran Ustazah Hidayatul mengimbau kembali ketika dia diperkenalkan dengan pekerjaan sambilan ini oleh sahabatnya, Ustazah Kamariah yang juga mengajar di sekolah yang sama dengannya. Ustazah Hidayatul pada awalnya tertarik dengan gaya hidup Ustazah Kamariah yang agak mewah. Walaupun hanya bekerja sebagai guru agama di sekolah menengah tetapi Ustazah Kamariah mampu memakai beg tangan berjenama mewah seperti LV sedangkan Hidayatul tahu, pendapatan Ustazah Kamariah dan suaminya yang bekerja sebagai Jururawat lelaki di hospital kerajaan tidaklah sebesar mana.

Selepas banyak kali bertanya dan cuba mengorek rahsia, akhirnya Ustazah Kamariah mendedahkan rahsianya.

'Part-time' call girl di sebuah agensi yang menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan VVIP, itulah rahsia pendapatan mewah Ustazah Kamariah. Mulanya sukar Hidayatul untuk mempercayai kata-kata sahabatnya itu, segalanya berkontradiksi dengan status sahabatnya yang bukan sahaja merupakan ustazah dan pendidik, malah juga sebagai wanita muslimah yang telah bersuami.

"Aku tak nak la racun kau ke, hasut ke, tapi kalau kau nak merasa hidup senang macam aku, boleh pakai beg branded, pergi bercuti oversea, duit banyak, aku boleh je rekomen kau dekat 'ummi'. Itupun kalau kau berani dan serius nak buat kerja ni."

Berbulan-bulan tawaran ini bermain di fikirannya, dan akhirnya dia nekad mahu mencuba rezeki menjadi 'bidadari' di Pondok Muslimah. Perkara itu turut dikongsikannya dengan adik iparnya sendiri, bakal ustazah yang baru sahaja balik dari Mesir dan masih menganggur. Memandangkan amat sukar untuk mencari peluang pekerjaan dan jawatan kosong mengajar pada ketika ini, Haifa juga berminat untuk join. Berbeza dengan kak iparnya yang mengambil masa berminggu-minggu sebelum membuat keputusan, Haifa tanpa berlengah terus sahaja membuat permohonan. Lagipun Haifa sendiri mempunyai pengalaman melayan beberapa Pak Arab ketika dia masih belajar di Mesir dahulu bagi mencari duit lebih menampung perbelanjaannya di sana.

Namun tidak pernah terdetik di fikiran mereka bahawa 'ummi' yang dimaksudkan adalah ibu mereka sendiri, Ustazah Sakinah!

BERSAMBUNG...


BUKU NOTA USTAZAHWhere stories live. Discover now