Bab 8

9.3K 555 14
                                    

"BUANG masa aje kau beritahu Luna pasal siapa aku yang sebenarnya sebab dia memang takkan percaya. Haha... kesian hidup kau ni. Kau yang buang dia tapi kau pulak yang masih tergila-gilakan dia."

Pada awal pagi, Adriel Ricardo Harys menelefon Ricky Thomas Diandro untuk mengajak lelaki itu berjumpa di restoran tertutup untuk bercakap soal Arluna Aurell.

Walaupun kedua-dua tahu pertemuan ini hanyalah sia-sia namun kerana ego, mereka berjumpa juga.

"Aku tak percaya Luna semudah itu boleh lupakan aku. Eh, aku bercinta dengan dia lima tahun."

Ricky menggeleng.

"Kau punya sembang ni memang another level lah bro. Luna cakap kat aku dia bercinta dengan ex boyfriend dia dua tahun aje. Kejadah mana sampai lima tahun? Oh, aku tahu. Kau mesti anggap yang hubungan cinta kau dengan dia masih ada sampai sekarang kan? Oops, sorry! No anymore."

"Sebab dia bercinta dengan aku sekarang ni." kata Ricky lagi.

Adriel mengetap bibir sambil menggenggam kedua-dua tapak tangannya.

"Huish! Kau tengah marah ke sekarang ni? Marah sebab apa yang aku cakap tu betul kan?" kemudian Ricky tersenyum sinis.

Patut lah Luna bermatian tak nak dengan lelaki ni, baru kena tekan sikit dah tak sabar. Dasar panas baran!

"Ini last warning, Ricky Thomas Diandro! Stay away from her if you don't want to die."

Ricky tersenyum sinis. Sedikit pun dia tidak gentar dengan ketua Dark Hercules ni.

"Terimalah hakikatnya bro. Arluna Aurell lebih selamat dengan aku berbanding kau sebab aku tak akan upah orang lain untuk bunuh kekasih aku sendiri."

Adriel terkejut sedikit. "Macam mana kau tahu tu? Luna beritahu kau?"

"Tak, Luna tak pernah langsung beritahu siapa kau pada dia. Dia cuma cakap pada aku yang dia datang ke Itali sebab nak jauh dari bekas kekasih dia. Itu aje."

"Habis tu macam mana kau tahu?" Adriel bertanya. Dia ingin tahu bagaimana Ricky boleh tahu akan hal itu.

"Sebab aku siasat siapa Arluna Aurell sebelum aku rapat dengan dia. Bro, kita sebagai ketua mafia yang sentiasa ada musuh ni kena sentiasa berjaga-jaga dengan orang sekeliling. Bila aku nak kenal Arluna Aurell, aku suruh orang aku siasat siapa dia sepertimana kau suruh orang kau siasat siapa aku."

Adriel tersenyum sinis. Lelaki ini sama licik dengan dirinya.

"So, between you and me, there is no difference." katanya.

Ricky tersenyum.

"No... no... no! Between us, have a lot of difference. One of it, I got Arluna Aurell Rizal on my side and you got nothing."

Adriel mengetap bibirnya. Kurang ajar betul sindiran Ricky Thomas Diandro itu!

"And what happened if I told her about you?" soal Adriel.

"So what? Arluna Aurell will never believed anything you said. Don't threat me, Adriel Ricardo Harys. It's just waste your precious time." jawab Ricky.

Adriel diam. Ricky bangun dari duduknya. Dia bersedia untuk beredar dari situ.

Adriel tidak menghalang. Dia hanya memerhatikan dari tempat duduknya.

Ricky berhenti kemudian menoleh ke arah Adriel.

"Aku tak rasa yang Arluna Aurell akan kembali pada kau sebab aku dah tinggalkan bekas aku pada dia jadi, dia takkan tinggalkan aku sebab dia pun dah seronok dengan aku."

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now