Kuala Lumpur, Malaysia.
Tiga tahun sebelumnya...
USAI habis waktu kerja, Arluna Aurell terus mengemaskan barangnya lantas menunggu di hadapan kedai bakeri itu. Menunggu sang pemilik hati ambil. Tak sampai lima minit menunggu, kereta SUV jenama BMW X6 berwarna merah itu sudah berada di hadapannya.
Luna senyum. Sang kekasih sudah sampai. Dia keluar dari perut kereta lantas menghampiri Luna.
"Sayang!" panggil Adriel.
Luna senyum. "Awalnya sampai."
Adriel membalas senyuman Luna dengan memberikan senyuman lebar.
"Hari ni saya dah janji dengan baby girl saya ni untuk ambil dia balik kerja. Jadi, mesti lah kena awal supaya baby girl saya tak bertukar menjadi Jack Jack yang macam filem kartun The Incredible tu."
Luna buat wajah terkejut apabila Adriel mengusik. Dia mendekati Adriel sebelum memasuki kereta.
"Hei, awak sama kan saya dengan Jack Jack? Okey, awak nak saya jadi macam baby tu betul-betul. Kalau marah, dia bertukar jadi api. Kalau dia geram, dia boleh campur sesiapa dari atas langit ke bawah tau."
Adriel sengih.
"Huish! Kalau macam tu saya tak nak lah. Saya takut lah macam tu. Pendek umur nanti tak dapat nak kahwin dengan awak."
Luna tersenyum sinis. "Awak nak kahwin dengan saya tapi saya nak ke kahwin dengan awak?" terus dia masuk ke dalam kereta Adriel.
Tersentak Adriel. Gila ke Luna tak kahwin dengan aku? Hei, jangan buat hal...!
"Awak tak nak kahwin dengan saya ke? Betul?" soal Adriel.
Soalan pasal kahwin disambung di dalam kereta semasa Adriel memandu menuju ke rumah Luna.
"Hmm... macam mana nak cakap eh? Rasanya saya kena fikir dulu sama ada nak kahwin dengan awak ke tak sebab saya rasa saya ada minat lelaki lain lah."
Terbuntang mata Adriel mendengarnya. Kalau boleh, dia brek mengejut di atas jalan raya ni dah lama dia buat.
"What? Are you kidding me? Okay, tell me, who is he? Kerja kat mana dan siapa keluarga dia? Cepat! Beritahu saya."
Soalan Adriel sudah berjela-jela macam soalan polis pencen. Luna hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.
Ini kelemahan Adriel Harys. Pantang cakap pasal lelaki lain, terus jadu cemburu.
"Sayang... saya bergurau aje lah. Saya mana lah ada lelaki lain selain awak wahai Adriel Ricardo Harys.
Adriel menghembuskan nafas lega.
"Awak jangan buat saya macam tu, sayang. Rasa nak tercabut jantung saya bila tahu awak ada lelaki lain. Hei, awak jangan buat hal. Awak dah janji nak kahwin dengan saya. Jangan pernah mungkir janji dan curang dengan saya eh? Kalau tak, saya cari awak seluruh dunia."
"Ya, saya takkan curang dengan awak sebab awak kan il mio ragazzo (teman lelaki saya) dan il mio amore è solo per te solo (cinta saya hanya untuk awak seorang saja)." kata Luna.
Adriel mengangkat keningnya tanda ragu-ragu. "Veramente? Mi ami tanto quanto io amo te?"
(Betul ke? Awak sayang saya sepertimana saya sayang awak?)
Luna mengangguk.
"Sì, ti amo più di quanto pensi."
(Ya, saya sayang awak lebih daripada apa yang awak sangka).
YOU ARE READING
My Obsession Ex Boyfriend (Completed)
RomanceTiga tahun sebelum berlakunya perpisahan antara mereka, hubungan Arluna Aurell bersama Adriel Harys baik-baik saja. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain dan berjanji untuk setia berdua selamanya. Namun janji dan cinta mereka telah diragut r...