MALAM itu, dia duduk di satu bangku kayu sambil menangis bersaksikan langit dan bintang bersama. Bukan mudah untuk dia terima apa yang sudah diceritakan oleh Arthur Diandro yang merupakan ayah kandungnya.
Dia tidak menyangka bahawa inilah kebenaran yang selalu dia ingin tahu. Kebenaran yang sudah tersedia di depan mata namun dia tetap tidak sedar.
Luna menggeleng lantas mengeluh.
"May I sit here?"
Kedengaran suara Adriel Harys di sebelahnya. Tanpa Luna menjawab soalan itu, Adriel tetap duduk di sebelahnya.
"Malam ni bintang..."
"Kenapa awak tak pernah beritahu saya yang awak tahu siapa ayah saya selama kita bercinta dulu ?" soal Luna.
Kata-kata Adriel dipintas laju oleh Luna. Dia terus mengutarakan soalannya.
Adriel mengeluh kecil.
"Sebab saya ingat awak tahu. Ya, apa yang Uncle Arthur beritahu tu semuanya betul. Segala apa penjelasan yang awak nak tahu selama ni dah terbongkar malam ni."
"Tapi awak nak bunuh saya sebab saya adalah anak ayah saya? Awak ingat saya boleh hadam ke penjelasan tu?"
"Luna... macam apa yang Uncle Arthur cakapkan tadi... keluarga Ricardo dan keluarga Diandro sudah lama bermusuh sejak dari berkurun dulu lagi jadi apabila dua orang yang berasal dari kedua-dua keluarga ini ingin bersatu, seluruh ahli keluarga akan menentang."
"Keluarga saya sudah mendidik saya supaya jangan berkawan dengan keluarga Diandro kerana dendam yang mereka wujud sejak sekian lama jadi bila saya tahu awak adalah Diandro, mestilah saya akan fikir yang awak berpura-pura cintakan saya sebab nak hancurkan saya."
"Tapi saya langsung tak tahu siapa keluarga saya yang sebenarnya sampai ke hari ini!" tegas Luna.
Adriel mengangguk. "Ya, saya tahu dan saya silap tapi saya tetap nak minta maaf pasal semua tu."
Luna menggeleng. Tanda tak tahu.
"Entahlah... saya tak tahu sama ada nak maafkan awak atau tidak. I do want to know what happened but when I do, I feel like so clueless."
Adriel memandang wajah Luna. Dia mengeluh kecil.
"Macam nilah... saya lepaskan awak. Awak bukan lagi milik saya dan saya patut sedar tentang tu lama dah. Betul kata orang, cinta tak semestinya memiliki tapi saya gembira sebab saya dan awak pernah saling mencintai."
"Awak bebas dan berhak untuk cari cinta dan kebahagiaan awak sendiri, Luna. Saya tak layak untuk menghalang lagipun betul lah kata awak, saya pun dah penat nak mempertahankan apa yang bukan milik saya. Fredico pun cakap perkara yang sama dan saya rasa cukuplah saya dan awak pernah saling mencintai dulu."
Luna berasa lain apabila Adriel Ricardo Harys berkata begitu. Sudah lama dia tidak melihat sisi begini lelaki kacukan Melayu-Itali itu.
"Just go find your happiness. I always be here for you although I know you will not be mine again, baby girl."
Air mata Adriel Ricardo Harys menitis perlahan-lahan sambil merenung mata cantik Arluna Aurell. Dia sempat mengusap lembut pipi Luna dan tersenyum manis.
Dia juga meletakkan tapak tangan Luna ke dadanya.
"Selagi detak jantung ini berbunyi, cinta Adriel Ricardo Harys untuk Arluna Aurell Rizal tetap akan hidup."
Luna turut menangis. Dia dapat rasakan keikhlasan Adriel Harys apabila ingin melepaskan dirinya.
"Saya tak pernah menyesal kenal awak, Adriel Harys. Awak adalah perkara yang terbaik pernah berlaku dalam hidup saya."
Adriel senyum. Bahagia terasa apabila Luna berkata begitu.
"I have to go now and thanks for everything. Saya sayang awak... selamanya."
Justeru itu, Adriel Ricardo Harys pergi. Dia langsung tidak menoleh memandang Arluna Aurell Rizal yang mula menangis melihatnya pergi.
~~~
"RICKY non può accettare tutto questo! Papà non può rendere Ricky così!" katanya dengan nada yang sangat marah.
(Ricky tak boleh terima ini semua! Papa tak boleh buat Ricky macam ni!)
Arthur hanya diam menggeleng. Apa yang berlaku sudah tertulis dan dia tak bisa melakukan apa-apa.
"Vacci piano, Ricky! Non è volontà di papà che tutto questo accada. Devi accettare il fatto."
(Bawa bertenang Ricky! Bukan kehendak papa semua ini berlaku. Kamu kena terima hakikatnya).
"Qual è l'essenza? Il fatto che Luna sia la sorella di Ricky? Luna non può essere la sorella di Ricky perché Ricky la ama più di una sorella. Anche papà lo sa."
(Terima hakikat apa? Hakikat yang Luna adalah adik Ricky? Luna tak boleh jadi adik Ricky sebab Ricky sayang dia lebih daripada seorang adik. Papa pun tahu pasal tu).
"Okey! Papa minta maaf tapi kamu tetap anak papa walaupun Luna dah tahu hal sebenar. Kamu pun masih boleh berbaik dengan Luna macam dulu. Tolonglah Ricky, jangan jadi macam ni?"
Ricky marah. Dia memandang wajah Arthur dengan penuh rasa marah. Dia mengeluh kasar.
"Tapi tetap tak sama! Papa ingat Luna masih akan terima Ricky walaupun dia tahu yang Ricky adalah abang angkat dia? Eh, bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan kebenaran!"
"Papa sepatutnya beritahu Ricky soal ni lebih awal supaya Ricky tak ada simpan perasaan pada Luna! You know how deep my love for her, right?!"
"And when everything turns out like this, you expect me to accept it like nothing changes? How should I feel when I see her face after this?"
"Patutlah papa selalu menangkan Adriel dan tenang aje bila dia berdua dengan Luna, rupanya papa suka dia kembali dengan jantan tak guna tu!"
"Papa dengan jantan bodoh tu sama aje! Dua-dua memang tak guna!" jerit Ricky.
Pang!
Pipi Ricky ditampar oleh Arthur.
"Jangan biadap dengan papa, Ricky Thomas Diandro! Jangan hanya kerana cinta kamu jadi biadap macam ni. Sekarang ni, papa tak peduli sama ada kamu suka atau tidak, kamu tetap kena anggap Arluna Aurell sebagai adik perempuan kamu!"
Ricky hanya memandang wajah ayahnya dengan penuh amarah. Dia pantas keluar dari pejabat ayahnya tanpa mempedulikan rasa ditampar.
YOU ARE READING
My Obsession Ex Boyfriend (Completed)
RomansTiga tahun sebelum berlakunya perpisahan antara mereka, hubungan Arluna Aurell bersama Adriel Harys baik-baik saja. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain dan berjanji untuk setia berdua selamanya. Namun janji dan cinta mereka telah diragut r...