Bab 11

8.6K 514 7
                                    

DIA dapat merasakan ada sesuatu yang melingkar di pinggangnya dan bagai sangat rapat. Lantas, dia perlahan-lahan membuka mata dan sedikit terkejut melihat tangan Adriel Harys yang melingkar di pinggangnya.

Itu bermakna... mereka tidur sekatil!

Terus Arluna Aurell bangun secara mengejut. Seperti terkena renjatan elektrik. Mukanya sudah takut dan cuak...

Hal itu, menyedarkan Adriel. Lenanya terhenti apabila melihat Luna bangun.

"Awak dah bangun?" soalnya.

Luna memandang wajah Adriel.

"Kita... kita tak terlanjur kan?" soal Luna.

Adriel tersengih. Kemudian dia menggeleng. "Tak."

Terus Luna jadi lega. Tapi... macam mana Adriel boleh tidur di sebelahnya?

"Tapi kenapa awak ada sebelah saya?"

"Sebab semalam saya tak boleh tidur lepas apa yang saya beritahu awak tu jadi saya masuk balik ke bilik awak untuk tengok keadaan awak tapi entahlah tiba-tiba saya mengantuk dan terus baring sebelah awak. Sorry!"

"Okey, tapi janganlah buat lagi. Saya tak selesa dan kita tak boleh macam tu." katanya.

Adriel Ricardo Harys mengangguk. Luna meminta Adriel melepaskannya.

"Unlock this handcuffs, please? I promise to not go anywhere and do anything."

Tanpa bicara, Adriel buka gari tangan itu. Usai buka Luna mengurut pergelangan tangannya. Sudah naik kebas dan sengal dah.

"Terima kasih." kata Luna.

Adriel mengangguk.

"I'm sorry for doing this." katanya.

Luna diam. Dia mengeluh kecil.

"Ad... stop doing all this, please? Stop make something that you already know that it can't change anything."

Adriel hairan. "Maksudnya... awak nak saya..."

Luna mengangguk.

"Ya, saya nak awak lupakan saya. Berhenti harapkan saya kembali pada awak."

"Kenapa? Hati awak sudah tertutup rapat untuk saya ke?"

"Saya tak tahu nak cakap macam mana tapi saya nak awak ingat satu perkara aje... mencintai tidak semestinya memiliki. Saya nak awak terima yang jodoh itu bukan milik kita walaupun kita cuba berusaha sehabis daya sekalipun."

Adriel kelihatan hampa. Luna faham perasaan lelaki itu namun dia harus katakan juga demi kebaikan masing-masing.

"Ad, apa yang awak buat ni salah. Awak tak boleh anggap saya hak awak sedangkan kita tak ada apa-apa ikatan ataupun pernah ada ikatan. Saya tak nak awak terus anggap saya milik awak sebab kita takkan pernah tahu apa yang akan jadi milik kita."

"Tapi niat saya baik, Luna. Saya masih sayangkan awak."

Luna mengangguk.

"Saya tahu tapi niat tak pernah menghalalkan cara. Awak dah langgar semua hukum hakam agama demi saya dan itu salah. Awak tak boleh buat saya macam sekarang ni."

"Habis tu awak nak saya move on? Luna, cinta saya ni dah tak ada makna ke pada awak?"

"Buat apa kita masih kekal bersama kalau ada saja halang datang untuk kita? Ad, kalau betul cinta sememangnya untuk kita, kenapa saya harus terluka?"

"Ni..." Luna menyentuh bahu kirinya.

"Parut yang ada pada bahu saya ni sentiasa buatkan saya teringat tentang malam tu tapi sakit kesan parut ni tak sehebat sakit hati saya bila awak masih menganggap saya hak awak tanpa sekali pun awak cuba menerangkan apa yang berlaku."

Adriel diam.

Luna mengeluh kecil.

"Saya tak minta banyak pun, Adriel Ricardo Harys. Saya cuma nak penjelasan saja. Saya pun dah penat nak harung beban persoalan dalam hati saya ni hari-hari. Dah penat nak hadap perkara dan masalah yang sama hari-hari. Saya nak bebas. Saya nak mulakan hidup yang baru."

"Tapi saya tahu awak takkan beritahu jadi saya nak sekurang-kurangnya awak lepaskan saya. Beri saya ruang dan peluang untuk hidup tanpa diri awak."

"I lost without you, Arluna Aurell! Can't you get it?!" jerit Adriel.

Dia sudah naik berang.

"I can learn to accept if you don't want me back but at least you give me some kindness same like you gave Ricky. I just want you to treat me like you treat Ricky. If you can be nice with him, why not with me?"

"Oh... awak tak layan saya baik sebab saya pernah nak bunuh awak? Sebab saya jahat? Sebab saya tipu awak? Eh, Ricky tu lagi teruk dan jahat berbanding sayalah tapi langsung awak tak percaya sebab awak memang dah cinta mati dengan dia!"

Dia terus mencengkam tangan Arluna Aurell.

"Awak juga yang cakap dulu kalau kita nakkan sesuatu, kita kena buat apa saja cara untuk dapatkan apa yang kita nak. Jadi, saya nak awak dan saya akan buat apa saja untuk dapatkan awak!"

"Saya tetap nak Arluna Aurell Rizal saya balik! Walaupun langit runtuh, saya tetap nak awak!" tekad Adriel.

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now