Bab 19

7.5K 422 5
                                    

LANGIT yang gelap tanpa terlihat sebutir bintang pun di dadanya membuatkan Arluna Aurell terasa sunyi. Sudahlah angin yang bertiup seakan memahami perasaannya.

Entah kenapa tiba-tiba terbit rasa rindu pada Adriel Harys. Hari ini sudah genap enam bulan lelaki itu pulang ke tanah air. Entahlah apa keadaannya. Tiada tahu khabar berita.

Namun diharapkan semoga sihat dan bahagia sentiasa bersama Fredico yang diutuskan untuk menjadi pengganti dirinya bagi pihak Arluna Aurell di sini.

Jikalau kau adalah suatu kesalahan maka kau adalah kesalahan terindah yang pernah berlaku dalam hidup ku namun jikalau kau merupakan suatu harapan cinta untuk ku, akan ku setia menantimu meskipun nyawa sudah hilang berterbangan meninggalkan jasad yang sedia untuk disemadikan.

Kata-kata romantis itu ditulis oleh Arluna Aurell di dalam jurnal mini miliknya. Sejak ketiadaan Adriel, dia buntu memikirkan bagaimana caranya untuk melepaskan rindu apabila dia merindui Adriel. Akhirnya, menulis sebuah kata-kata puisi adalah cara pelepas rindu untuknya.

Di malam ini yang bersaksikan dada langit Venice, aku coretkan kepadamu tentang isi hatiku wahai Adriel Harys...

Dari awal kita berjumpa dan saling mengenali, aku sudah simpan sebuah rasa yang bernama cinta untuk dirimu meskipun saat itu aku hanyalah seorang wanita yang tiada apa-apa selain rasa cinta. Aku sangat menghargai cara kau melayani aku, menghormati aku dan apabila kau mengatakan bahawa kau cintakan aku... aku merasakan bahawa aku adalah wanita yang paling bahagia di dunia kerana cinta kita terbina tanpa paksa.

Ketika Luna menulis kata-kata itu, air matanya mula mangalir sedih. Benar sekali rindunya pada Adriel Harys.

Kita menyulam cinta tanpa memikirkan tentang dugaan yang bakal muncul tiba seolah-olah dunia ini kita yang punya. Kita lupa bahawa dalam cinta juga ada dugaan dan cabarannya yang mampu memisahkan kita. Kita alpa dengan magis cinta sehinggalah kita tertipu dengan keadaan yang telah memperdaya diri kita.

Aku kecewa apabila orang yang paling aku sayang ingin membunuh aku suatu ketika dahulu. Orang yang aku anggap sebagai pelindungku berubah menjadi pengkhianat cinta aku. Disebabkan kecewa itu, aku lari ke Venice. Sebuah kota yang dimana aku berhempas pulas untuk memulakan hidup dan melupakan kau meskipun ketika itu cinta aku tetap utuh untuk kau.

Bohonglah jika aku katakan bahawa aku tidak gembira semasa kau datang mencari ku di sini. Sejujurnya aku sangat gembira apabila kau berada di hadapan mata aku semasa kita berjumpa setelah sekian lama dahulu. Namun aku masih takut... aku takut akan anggapan yang kau masih mahu membunuh aku. Aku terus sangkakan kau hanya berpura-pura untuk memohon maaf.

Kini, barulah aku sedar yang kita berdua sama-sama diperdaya oleh keadaan dan sehingga kini, rasa cinta untukmu masih kuat memeluk hatiku ini supaya tidak akan berubah hati.

Sayang, maafkan aku... untuk sekian kalinya aku terpaksa memilih untuk meninggalkanmu kerana cinta sememangnya cinta perlukan pengorbanan dan inilah pengorbananku untuk kita.

Maafkan aku juga kerana telah membiarkan kau menunggu diriku yang aku sendiri tidak tahu adakah cinta kita akan bersatu.

Maafkan aku, sayang...

Titisan air mata jatuh di permukaan jurnal itu apabila ditutup. Luna terpaksa demi cinta mereka sepertimana Adriel rela menunggu meskipun dia tidak tahu adakah jodoh itu miliknya.

"Sayang... saya cinta awak selamanya." ucap Luna sambil memeluk jurnal itu.

~~~

MATANYA tidak leka daripada merenung tingkap yang menjadi tempat untuknys termenung. Dia masih termenung.

"Dah enam bulan kau macam ni... kalau rindu, telefonlah." kata Fredico.

Adriel tersenyum sekilas.

"Kalau aku telefon, nak ke dia jawab? Mungkin dia dah bahagia di sana."

"Bahagia? Bahagia dengan siapa? Kau jangan memandai mandai nak main agak-agak lah. Aku tahu Luna masih cintakan kau."

"Dah enam bulan aku di sini, dia di sana... aku dah tak nak harap apa-apa. Biarlah dia dengan kehidupan dia di sana." ujar Adriel Harys.

Dia redha sekiranya Luna sudah melupakan dirinya.

"Cara kau bercakap ni macam dah putus asa aje? Eh, kau cakap kau ada setia tunggu dia walau lama mana sekali pun."

"Bukan putus asa, Fredico tapi aku redha. Cinta aku dan dia mungkin takkan bersama semula lagipun kebahagiaan sekarang adalah bersama dengan ayah dia. Aku bukan sesiapa pun."

"Kalau redha bukan macam ni caranya, Adriel. Kalau kau redha kau takkan termenung setiap hari macam apa yang kau buat sekarang ni."

Adriel diam. Kata-kata Fredico memang benar.

"Adriel... kejarlah Luna balik. Perjuangkan cinta kau semula. Aku tahu kau masih cintakan dia dan semua tu tak salah."

Adriel menggeleng. "Tak."

"Aku takkan kejar dia semula tapi aku tetap akan tunggu dia di sini. Di tempat pertama aku dan dia berjumpa. Kalau betul, dia dan aku ada jodoh... dia mesti akan balik ke sini, jumpa aku."

"Kau tak nak berusaha?" soal Fredico.

"Tak nak sebab kalau aku berusaha, aku akan berharap dan bila aku berharap, aku akan jadi kecewa so let time determine our love."

Fredico diam. Jika itu keputusan dan kehendak Adriel Harys, dia menurut saja. Usah dipaksa kerana itu hak dia.

"Okay, anything that makes you happy bro."

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now