Bab 17

7.8K 465 13
                                    

"TERIMA kasih sebab sudi datang jumpa saya kat sini." ucap Luna pada Adriel.

Adriel Ricardo Harys senyum saja. Dia duduk di sebelah Arluna Aurell. "Tak payahlah ucap terima kasih. Too formal lah."

Arluna Aurell ketawa kecil. Namun masih tidak memandang wajah Adriel Harys sebaliknya dia memandang ke arah lautan yang ada di hadapannya.

"Kenapa awak ajak saya jumpa hari ni? Awak ada masalah lagi ke?" soal Adriel.

Arluna menggeleng.

"Tak, saya okey aje. Sebenarnya saya tak tahu nak panggil siapa untuk ajak berjumpa hari ni. Nak ajak Fredico, dia sibuk. Nak ajak Ricky, dia pulak hilang entah ke mana. Jadi... saya fikir biar saya ajak awak ajelah lagipun dulu kan saya selalu cerita semua hal saya pada awak."

"Oh, nak cerita sesuatu? Apa dia?"

"Saya... dah boleh terima Arthur Diandro sebagai ayah kandung saya. Semalam dia datang apartmen saya dan ceritakan segala-galanya dan saya rasa apa yang berlaku ni bukan salah dia atau pun salah sesiapa jadi saya buat keputusan untuk terima dia sebagai ayah saya semula."

Adriel tersenyum manis apabila mendengarnya. Itu satu perkara yang baik dan dia tumpang gembira dengan perkara itu.

"Wah, alhamdulillah! I'm happy to hear that. Betul lah apa yang awak buat tu. Saya gembira untuk awak."

"Itulah... saya sendiri pun tak boleh terlalu benci dia kan sebab dia aje keluarga yang saya ada dalam dunia ni lagipun baik atau buruk dia tetap ayah kandung saya sampai bila-bila."

Adriel mengangguk.

"Betul. Akhirnya, awak dapat bersama dengan ayah awak walaupun dalam keadaan yang awak sendiri tak sangka. It's still a good thing."

"Jadi, apa rancangan awak dan Uncle Arthur selepas ni? Awak akan balik Malaysia ke?"

"Entah, saya pun tak fikir lagi sama ada akan balik Malaysia atau tidak tapi rancangan papa untuk saya adalah pindah masuk ke rumah dia dan berhenti kerja sebagai pakar psikologi di sini. Kata papa, dia nak saya uruskan empayar keluarga Diandro."

"Oh, that's good! Sekurang-kurangnya awak di bawah perlindungan Arthur Diandro. Tapi awak jangan risau... saya akan pastikan yang keluarga Ricardo takkan kacau awak sekeluarga."

Luna tersenyum kecil. "You should be. I already tired with the mafia gang's thing. Kalah filem KL Gangster tau."

Adriel ketawa. "Haha! Sejujurnya saya pun penat tapi tulah... susah nak betulkan semula apa yang dah salah."

"Hah, bercakap pasal dunia mafia ni, apa yang awak akan buat pada Dark Hercules? Awak masih nak terjebak dengan kumpulan tu ke?" soal Luna.

Adriel mengeluh kecil. Dia menundukkan badannya ke depan sedikit.

"Saya dah malas nak hidup dengan dunia tu lagi. Sejak dari kita bersama dulu saya dah nak keluar dari dunia tu tapi baru sekarang saya ada kekuatan untuk betul-betul keluar dari dunia tu."

"Saya pun dah berbincang dengan ahli keluarga Ricardo yang lain dan mereka bersetuju untuk benarkan saya keluar dan hidup sendiri. Saya dah buat keputusan untuk serahkan Dark Hercules dan semua perniagaan keluarga Ricardo pada pakcik saya iaitu Carlos Bennett Ricardo secara sah."

"Jadi, awak akan balik ke Malaysia?" soal Luna.

Adriel Ricardo Harys mengangguk.

"Ya, saya pun dah rancang untuk buka perniagaan baru di Malaysia dan majukan perniagaan tu dengan usaha saya sendiri. Mujurlah ayah dan mak saya sudah meninggalkan harta yang cukup untuk saya bina hidup baru dan saya akan guna nama Adriel Harys saja lepas ni."

"Fredico akan ikut awak ke?"

"Sebelum saya berfikir untuk berhenti, dia dah beritahu saya awal-awal yang kalau saya berhenti, dia akan ikut saya jadi nampaknya dia akan ikut saya lah."

Jeda. Diam.

Arluna Aurell tiba-tiba menjadi kelu. Dia tiba-tiba tidak tahu ingin berkata apa.

Adriel pula mula bangun dari duduknya. "Eh, saya pergi dulu lah. Masih ada beberapa kerja yang saya kena buat sebelum tinggalkan semuanya."

Adriel ingin pergi namun Luna menahan dengan soalan yang tidak dijangka akan keluar daripada mulutnya.

"Tinggalkan semuanya tu bermaksud awak akan tinggalkan saya juga ke?"

"Hanya jasad saja yang meninggalkan awak, Luna tapi hati tak. Saya percaya pada takdir seandainya awak adalah jodoh dunia akhirat saya, kita pasti akan bersatu walaupun jaraknya beribu batu. Saya akan sentiasa tunggu awak."

Luna rasa mahu menangis kerana dia tahu bahawa apa yang dikatakan oleh Adriel itu sememangnya ikhlas dan jujur dari hatinya.

"Sebab tu jugalah awak sanggup langgar prinsip hidup awak untuk tidak kembali lagi ke Itali semata-mata untuk saya?"

"Cinta perlukan pengorbanan dan itu adalah pengorbanan saya untuk awak tapi saya takkan sesekali menyesal kerana saya tahu awak akan hargai pengorbanan saya suatu hari nanti."

Jeda.

Adriel berpaling wajah memandang Arluna Aurell yang menahan air matanya lantas senyuman diberikan.

"Good bye, baby girl!"

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now