Bab 16

8.1K 424 4
                                    

PINTU apartmen dibuka untuk membenarkan Arthur Diandro melangkah masuk. Ini kali pertama Arthur berjumpa dengan Arluna Aurell selepas semuanya terungkai seminggu lalu.

"Cantik hiasan rumah ni... pandai Luna hias. Nampak pun teratur, tak ada habuk, bersih aje." puji Arthur.

Luna tersenyum sekilas.

"Thanks un... hmm... " katanya terhenti. Tak tahu sama ada nak panggil apa. Awkward masih terasa.

"Tak apa, papa faham. Nanti bila Luna dah sedia, Luna boleh panggil papa."

Luna senyum malu. Dia mempersilakan Arthur untuk duduk di atas sofa.

"Ada apa datang hari ni? Ada nak bincang apa-apa ke?" soal Luna.

Arthur mengangguk. "Ada... papa nak bincang pasal Luna dan pasal Ricky."

Luna hairan.

"Ricky? Kenapa dengan Ricky?"

"Dah seminggu dia tak balik rumah. Papa dah cari dia merata-rata tapi tak ada. Dia ada datang sini jumpa Luna tak?"

"Tak ada pun. Luna pun tak tahu dia tak balik rumah. Sejak hal malam tu, Luna tak jumpa dia langsung."

Arthur mengeluh. Ke mana sajalah budak itu pergi? Buat orang risau ajelah.

"Hmm... tak apalah. Papa cuma risau dia tak balik saja. Luna tahu sajalah perangai dia kalau ada sesuatu yang tidak kena di hati."

Luna mengangguk.

"Tapi macam mana... papa... boleh ambil Ricky sebagai anak angkat?" soalnya.

"15 tahun dulu papa jumpa Ricky di sebuah pasar pagi. Masa tu, Ricky tengah cuba nak mencuri sebiji buah epal untuk dia makan. Nak bayar, dia tak ada duit sebab hidup merempat saja."

"Tuan punya kedai buah tu dapat tangkap dia lepas tu suruh dia bayar tapi dia tak ada duit langsung. Baju yang dia pakai pun koyak rabak. Lepas tu, dia kena tampar dengan tuan punya kedai buah sebab mencuri. Satu pasar pagi tu jadi kecoh dan kebetulan pulak masa papa tengah cari bahan mentah untuk masak, papa ternampak dia dengan tuan punya kedai tu. Papa terus datang pada dia dan bayarkan duit harga buah epal tu."

"Masa papa nak balik, Ricky ikut papa sampai ke kereta lepas tu mulut dia tak henti-henti cakap terima kasih. Papa kasihan tengok dia macam tu dan papa terus bawa dia balik rumah dan jadikan anak angkat papa."

"Papa hantar dia ke sekolah dan universiti, jadikan dia manusia yang berpelajaran tinggi. Lepas dia tamat pengajian, papa suruh dia ambil alih semua perniagaan termasuklah kumpulan Black Rose."

Black Rose... mendengar tentang kumpulan itu, Arluna Aurell jadi tertanya-tanya.

"Papa, kenapa papa masih libatkan diri papa dengan dunia macam tu? Sorry if it seems rude but I never thought that my father is a mafia gang leader."

Arthur mengeluh.

"It's about family things, Luna. Papa tahu papa tak sepatutnya terlibat dalam dunia tu lagi tapi it's what Diandro do. No matter what I have still to continue with this."

"Yes but I don't want to be in danger zone. I don't want us to be in danger zone. Papa, sebab dunia mafia nilah Luna terpaksa tinggalkan Adriel. Dunia mafia ni akan hancurkan hidup kita."

Luna jujur dengan kenyataannya.

"Tapi... Luna..."

"Kalau papa nak Luna terima papa, you have to end your gang. Luna tak nak ayah Luna masuk penjara dan terus tanggung dosa." tegas Luna.

"Papa faham tapi Luna percayalah yang papa dah tak buat semua kerja tu. Black Rose masih wujud sebab kami membantu ramai orang susah. Ya, memang pada dasarnya Black Rose merupakan geng mafia namun sejak papa dah masuk Islam, papa dah ubah corak pergerakan Black Rose."

"Betul ke?" soal Luna.

Arthur mengangguk. Dia benar-benar sudah berubah demi anaknya sejak dulu lagi.

"Papa sayang Luna?"

Arthur tersenyum.

"Papa sentiasa sayang Luna walaupun dari jauh. Hadirnya Luna depan mata papa buatkan rasa rindu papa pada arwah ibu terubat."

Luna mengukir senyuman. Sudah tiba masanya untuk dia menerima kehadiran Arthur Diandro sebagai ayah kandungnya. Tidak guna dia menyimpan amarah dan dendam kerana yang penting, ayahnya masih menyayangi dirinya.

Dia memandang papanya dengan penuh rasa rindu. Dari dulu dia sentiasa menginginkan kasih sayang daripada seorang ayah. Dari dulu dia sentiasa berharap bahawa suatu hari nanti dia boleh memeluk papanya dengan erat dan penuh gembira.

"Papa..." panggil Luna kemudian dia terus memeluk tubuh Arthur Diandro dengan erat sambil air mata yang mula mengalir di pipi.

Arthur pula membalas pelukan itu dengan bersungguh-sungguh. Dia juga rindu ingin memeluk puteri tunggalnya yang pernah dia tinggalkan berpuluh-puluh tahun dulu.

"I'm sorry, Luna. I'm really sorry for everything that happened in your life. I know it was my fault."

Luna menggeleng. "Tak, itu bukannya salah papa. Apa yang berlaku dah tertulis pada takdir, Luna tak salahkan papa. Luna dah faham sekarang."

Arthur tersenyum kemudian mencium dahi anaknya dengan penuh kasih sayang. Sudah lama dia menunggu saat ini berlaku di dalam hidupnya dan alhamdulillah, Tuhan sudah pun makbulkan doanya.

~~~

BIR yang diteguk dengan penuh rakus itu sudah menjadi bir yang keempat untuk Ricky Thomas Diandro. Malah lelaki itu sudah pun mabuk teruk.

"Enough, Ricky! Sei così ubriaco. È abbastanza..." kata Ivan, orang kanannya.

(Cukup, Ricky! Kau sudah mabuk dengan teruk sekali. Cukuplah tu...)

"Ah! Non c'è bisogno di essere impegnato con i miei affari. Mi sono ubriacata a causa di Arluna Aurell. È lui la causa!" marah Ricky.

(Ah! Tak payah nak sibuk dengan urusan aku. Aku mabuk pun disebabkan Arluna Aurell. Dia adalah puncanya!)

Dia takkan mabuk sebegini teruk jika bukan kerana gadis itu. Arluna adakah punca dia begitu. Gadis itu langsung tidak menghargai segala apa yang telah dia lakukan selama ini dan masih memilih untuk setia bersama Adriel Harys!

"Arluna Aurell non ha torto. Era solo una vittima delle circostanze e lui stesso non ha mai detto di amarti, Ricky! Non incolpare lui o nessun altro." balas Ivan.

(Arluna Aurell tak salah. Dia hanya mangsa keadaan dan dia sendiri pun tak pernah mengatakan bahawa dia mencintai kau, Ricky! Jangan salahkan dia atau pun orang lain).

"Quindi stai dicendo che sono stupido ad amarlo? Mi sta cercando Ivan. È lui che mi dà speranza! Lui!" jerit Ricky.

(Jadi kau nak cakap aku bodoh sebab cintakan dia? Dia yang cari aku Ivan. Dia yang bagi harapan pada aku! Dia!)

Ivan mengeluh. Apa benda lah masalah lelaki ni?

"Dopo di che ora cosa vuoi fare? Costretto ad accettarti? Ricky, molte più donne sono migliori di lui. Per favore apri gli occhi!" nasihatnya.

(Habis tu sekarang ni kau nak buat apa? Paksa dia terima kau? Ricky, ramai lagi perempuan yang lebih baik daripada dia. Tolonglah buka mata kau tu!)

Ricky tetap berdegil. Dalam kepala otaknya sekarang ni hanya memikirkan tentang Arluna Aurell.

"No! Voglio solo Arluna Aurell. Solo lui può rendermi felice e farò di tutto per lui! Lo giuro!" tekad Ricky.

(Tidak! Aku hanya mahukan Arluna Aurell. Hanya dia yang boleh bahagiakan aku dan aku akan buat apa saja demi dia! Aku bersumpah!)

Ivan hanya mengeluh menggeleng. Orang apabila sudah gila bayang... yang salah menjadi betul dan yang betul menjadi salah.

"Pazzo!" desis Ivan.

(Gila!)

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now