BUKAN UPDATE, CUMA LUAHAN RASA
FYI, ENTRY INI AKU PUBLISH TIGA TAHUN YANG LALU. SEKARANG (15.11.2024) DAH ADE SAMBUTAN. INI MEMBUATKAN AKU KEMBALI BERSEMANGAT WALAUPUN TAK SEPENUHNYA. TUNGGU JE UPDATE CITER 'IMANUL' NI NANTI. TAPI BERGANTUNG KEPADA IDEA & MASA LE.. HARAP MAK LONG ROSMAH!
•••♦◄♥►♦•••
Hmm, lama gak aku termenung & cuba menilai hala tuju citer 'Imanul' ni. Apa yang pasti, sambutan dari para pembaca kian dingin saban chapter. Contohnya, chapter kelapan yang dah lebih seminggu aku publish tapi cuma mampu dapat enam vote je. Itupun satu vote daripada aku sendiri (gol sendiri/own goal.. hee) Secara tak langsung menunjukkan citer ni gagal tarik perhatian pembaca kat Wattpad. So, aku ambik keputusan nekad & dengan berat hati tak nak lagi teruskan citer ni.. 😭
Dah banyak kali aku terangkan yang mood mengarang aku seratus peratus datangnya dari feedback para pembaca semua. Tanpa sokongan korang, jari-jari aku tak mampu & tak bertenaga untuk terus menaip. Umpama kereta, ia dijana oleh petrol untuk bergerak. Penulis profesional dijana oleh jualan novel untuk mencari idea mengarang. Dan para author kat Wattpad ni plak dijana oleh para pembaca yang melontarkan komen & vote untuk citer kami. Itu sebagai pencetus semangat untuk kami terus mengarang dengan lebih giat lagi.
Mungkin ada yang anggap aku ego, nak test market, acah-acah popular, bodoh sombong, giler glamer, giler talak, giler vote, kebulur komen, pentingkan diri, jual ikan (selfish ), bengong, bangang, p*** mak, sialan, bagero, brengsek atau lain-lain kata makian lagi. Tapi terus terang aku cakap, aku mengarang ikut mood. Penggerak & pendorong untuk aku terus mengarang ialah lontaran komen & vote dari para readers semua 😑
Sebelum ini, tujuh bulan aku menyepi kerana semangat aku dah merudum teruk. 'Imanul' mengembalikan semula secebis semangat itu kira-kira sebulan lepas. Tapi, melihat pada sambutan yang muram & suram, nampaknya tak kesampaian gak hasrat aku nak tamatkan citer ni walaupun aku dah rancang untuk hasilkan 'Imanul' dalam bentuk novelet je.
Kepada beberapa orang pembaca setia yang sentiasa menyokong, aku mintak maaf banyak-banyak sebab dah kecewakan korang sekali lagi. Tapi, itu arr kenyataannya. Mood aku dah luntur teruk umpama baju murah warna merah yang direndam asid.. hee 😒
Tentang 'Imanul' ini, akan aku sambung ke nanti? Entah arr, hanya masa yang akan menentukan. Atau mungkin gak aku akan unpublish/delete novelet 'Imanul' ni dari akaun aku. Hmm, only time will tell.
Sebagai manusia biasa, aku hanya mampu merancang, tapi takdir yang menentukan pengakhirannya. Thanks kerana sudi luangkan masa berharga korang untuk baca semua citer merapu aku. Bye.. 😞
• SUNhad | 21032021 | 421 words •
YOU ARE READING
• iman𝓊l •
Paranormal• Kisah seorang budak kampung 'naif' yang mendapat peluang belajar di sekolah berprestij di bandar. Tinggal di asrama bukanlah semudah & seindah yang disangkakannya. Pelbagai ragam & kerenah kekawan serta abang-abang senior yang memualkan lagi menye...