ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Wow, tajuk. Sungguh menggetarkan sukma.. hee. Cam biasa, akan ade beberapa babak tak senonoh dalam chapter ni. Anggap arr ia sebagai satu bentuk hiburan & secara tak langsung sumber ilmu pengetahuan berguna, kay? 🥴️
Ape yang aku gambarkan dalam citer ni sesetengahnya dari pengalaman aku selama dok kat asrama sekolah dulu. Tapi tak le sedaring cam kisah yang aku tulis ni. Aku tambah beberapa insiden & situasi yang unbelievable untuk melazatkan ramuan & rencah. Jangan terpedaya, semuanya hanya dari fantasi & imaginasi aku je.. hee 🤪
Tentu ade readers yang dok tertanya-tanya, mana hantunya? Dah masuk chapter kelapan tapi bayang seekor hantu pun tak muncul-muncul. Asyik babak lucah & merapu je. Sabar, ekk? Memang style aku melalut meraban di awal citer, cam 'Budak Bukit' & lelain tu.
FYI, chapter ni aku dah pernah publish pada tahun 2021 lalu. Ini versi yang diedit sebab banyak sangat reader berhati mulia & suci dok cari salah aku & suka mereport. Harap Mak Long Jenab! 🙃
•••♦◄♥►♦•••
"Cer korang tengok si Manul ni. Dia lena tapi muka ade senyum. Tangan plak dok dalam seluar, main kote kot? Tak senonoh betul anak Pakistan celup ni," leter Fathi tatkala mereka pulang ke dorm dan mendapati Imanul terlena di katilnya.
"Wey, Manul. Awalnya kau tidur? Bangun arr, kita borak-borak. Ni, hah, kami bawak dua bijik karipap pusing dan teh susu untuk kau dari dewan makan tadi. Tapi kau kena basuh dulu tangan kau yang tercemar tu.. he he."
Suara Shahmi itu kedengaran sayup-sayup oleh Imanul. Perlahan-lahan dia membuka mata. Menguap sambil menenyeh-nenyeh* kedua belah mata.
Nampak olehnya wajah-wajah enam kekawannya tersengih mengelilingi katil.
"Eh, korang dah balik? Pukul berapa sekarang ni?"
"Hmm, dah sebelas lapan belas pun. Kau letih, ekk?" tanya Awad.
YOU ARE READING
• iman𝓊l •
Paranormal• Kisah seorang budak kampung 'naif' yang mendapat peluang belajar di sekolah berprestij di bandar. Tinggal di asrama bukanlah semudah & seindah yang disangkakannya. Pelbagai ragam & kerenah kekawan serta abang-abang senior yang memualkan lagi menye...